Hari Raya Semua Bagai Nak Gila..

 Asslaammualaikum...
Hari raya bukanlah sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ianya juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Apa yang menyedihkan kita sekarang ialah segelintir daripada manusia melakukan banyak kesalahan dalam menyambut hari raya. Malah ramai yang tidak mengerti apa sebenarnya tujuan mereka merayakannya. Sebaiknya kegembiraan itu diraikan dalam suasana ibadah dan janganlah iannya bertukar menjadi menderhakai Allah s.w.t. OK.

 Saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Pada kesempatan saya dahului ucapan :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيرٍِ 

Jawabnya :

مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيمٌ

Syawal menjadi penerus kepada maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain dalam Ramadhan. Maka kita seharunya menyambut hari raya dalam keadaan tunduk, patuh, penuh keinsafan dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, hari raya yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya

Saya hysman mohd, tuan tanah kepada teratak buruk SmileMyfta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat keluarga, saudara-mara, semua sahabat handai termasuk sahabat blogger yang sentiasa mengikuti ceritera teratak buruk ni secara langsung atau tidak walaupun penulis blog ni dah macam biskut kejap ada kejap tak ada. Hehee.. Selamat semua ya.. :)

Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

9 komen:

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

selamat hari raya aidilfitri...

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

SELAMAT HARI RAYA,,,!!!! (^_^)SELAMAT HARI RAYA,,,!!!! (^_^)

eqbalzack berkata... [Maklum Balas]

salam hysman,
terima kasih singgah ke blog abg eq.
selamat berbuka puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. maaf zahir & batin...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@MR. SYAH

selamat juga buat incik Shah.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@nabilah_2908

ok ok ok...
selamat selamat selamat...
he he he... ;)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@eqbalzack

selamat berbuka juga...
dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin... :)

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

selamat hari raya, maaf zahir batin adik man.....
tahun ni takde plak akak terima kad raya cantik dari JB ye.... :)

Citarasa Rinduan berkata... [Maklum Balas]

rindunya dengan kamu dik..
kalau lah kamu tak masuk blog sis..
sungguh sis pasti tertanya2.. kemana kamu......

akhirnya kamu muncul juga

dik.............
salam lebaran y kian hampir..
nanti beraya lah ke rumah sis..
harap sangat kamu sudi singgah ke teratak sis....
dah ada no telefon sis kan??

::FAIZ FARISH:: berkata... [Maklum Balas]

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

~Faiz Farish~