Program Meriah Ramadhan..

 Assalammualaikum semua.
Tamat sudah puasa untuk hari pertama Ramadhan 1432H. Esok dah masuk hari kedua.
Pejam celik dah sebulan, lepas tu dah raya. (Raya pula yang dikejarnya ko ni Man. Hehe...)
Bulan puasa ni lah orang dok lipat ganda nak buat amal ibadah, terkejar-kejar nak rebut malam Lailatulqadar. Alhamdulillah program pertama untuk MAIJ di bulan Ramadhan ni telahpun berjalan lancar. Telah dipecahkan beberapa kumpulan, saya ditugaskan untuk memeriahkan program di Tol Skudai. Seronok juga edarkan 'goodies' untuk pengguna lebuhraya PLUS. Program ini berlangsung di 5 tempat, Plaza Tol Skudai, Kulaijaya, Air Hitam, Pagoh dan Tangkak secara serentak bermula dari 8 pagi sehingga tengahari.
Tak sangka pula wartawan dari Sinar Harian datang.  Terima kasih Sinar.
Dengan itu, tercetaklah sudah gambar kami semua. Hahaa...

 Bermula dari program ini juga, MAIJ juga akan membuka kaunter bergerak bersama amil fitrah di Plaza Angsana, The Zone, Jusco Tebrau City, Jusco Taman Universiti untuk memudahkan orang ramai menunaikan zakat masing-masing. JOM TERJAH!!! 
Kadar fitrah untuk tahun ni sama seperti tahun lepas, RM5.00 dan RM7.50.

**Sucikan harta dengan berzakat, Jom berzakat...!

Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

5 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

owhh di johor je erk

program ni

ermm fitrah rm5 dan rm7.50???
x fhm..

huhu

al maklum la baru thn ni kena bayar sebelum ni x abah.. huhu

khairul berkata... [Maklum Balas]

Posa pon ada autoshow ! .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/super-star-avenue-autoshow-aug-6-2011.html

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

waaaah masuk paper ! aahahha !

ADfeez berkata... [Maklum Balas]

mana gmbrnya? nk tgk jugak muka2 fame :P

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H