Jauhi Sodium Laureth Sulfate..

Semua ini syampu menggunakan bahan kimia yang dipanggil SLS yang sebenarnya pencuci lantai. Mereka digunakan untuk menghasilkan buih yang lebih. Ada beberapa produk syampu yang mengandungi SLS. SLS ialah kepanjangan bagi Sodium Laureth Sulfate. SLS sebenarnya digunakan untuk cecair pencuci lantai. SLS juga menyebabkan buih yang banyak. Jadi, jika anda guna syampu yang mengandungi SLS, ibarat anda mencuci rambut anda dengan pencuci lantai. Kesannya, akar dan rambut anda akan rosak serosak rosaknya. Fikirkan...

Sodium Laureth Sulfate agen pembersih yang tidak mahal ini biasanya digunakan di dalam pembersih kosmetik, syampu rambut, gel mandian dsb. – Ia adalah kandungan berbahaya yang digunakan di dalam produk penjagaan kulit dan rambut. Dalam industri pembersihan, Sodium Laureth Sulfate (SLS) digunakan di dalam pembersih lantai garaj, pembersih enjin, sabun pembersih kereta dsb. Ia mudah menghakis dan amat mujarab membersihkan kotoran degil di atas permukaan.

SLS digunakan di seluruh dunia dalam ujian klinikal utama iritasi kulit. Makmal menggunakannya untuk mengiritasikan kulit pada haiwan atau manusia ujian supaya mereka boleh menguji agen penyembuhan untuk melihat keberkesanannya pada kulit yang teriritasi.

Satu kajian di University of Georgia Medical College, menyatakan bahawa SLS masuk ke dalam mata, juga ke otak, jantung, hati dsb, dan menunjukkan kebolehannya untuk berada dalam suatu jangka masa yg lama di dalam tisu. Kajian tersebut juga menunjukkan SLS memasuki mata kanak-kanak dan menghalang mereka daripada membesar dengan sempurna dan juga menyebabkan pembentukan katarak bagi orang dewasa. Boleh menyebabkan keguguran rambut dengan menyerang folikel. Diklasifikasikan sebagai dadah di dalam buih mandian kerana ia memakan perlindungan kulit dan menyebabkan ruam serta jangkitan berlaku. Berpotensi merosakkan kulit dan rambut. Membersih dengan menipiskan kulit. Mengeringkan kulit dengan mengalihkan lapisan perlindungan daripada permukaannya supaya ia tidak boleh menggalakkan kelembapan.

Satu lagi masalah serius ialah hubungan SLS dengan kontaminasi nitrate. SLS bertindak dengan banyak jenis kandungan yang digunakan dalam produk kulit dan membentuk nitrosomines (nitrates). Nitrates adalah karsinogenik yg berpotensi menyebabkan barah.

Kerana kuasa penyerapan yg tinggi SLS ini, jumlah besar karsinogen ini diserap melalui kulit ke dalam tubuh. Salah satu SLS ialah SODIUM LAURETH SULFATE (Sodium Lauryl Ether Sulfate- SLES). Ia menunjukkan ciri2 yg sama dan variasi SLS yg lebih berbuih.

Selepas membaca catatan ini, sila pastikan kandungan syampu anda tiada kandungan  SLS. Kalau ada kandungan SLS dalam syampu anda, sila gunakan syampu tersebut untuk mencuci lantai rumah anda. Hehe..

Best Regard,
Posted by: http://draft.blogger.com/goog_442200925

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

4 komen:

NzA berkata... [Maklum Balas]

ooooooooooooo....amat bahaya.

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

idea nya , macam coke la ? orang guna untuk cuci toilet . kalau kotoran pun boleh terhakis , ini pula usus kita .

uh ?

=)

wahida berkata... [Maklum Balas]

gila ah...nnt balik aku nak check ada SLS tak kat shampoo aku tu..

Aisya J berkata... [Maklum Balas]

wahhh nice info! taktau pun before this! :D