Nyambut Merdeka..

Alhamdulillah, selamat sudah Sambutan Hari Merdeka 2011 peringkat negeri Johor pada Sabtu lepas. Tahun ini daerah Batu Pahat yang menjadi tuan rumah. Secara keseluruhan bagi aku OK tapi aku berharap akan datang, pihak urusetia harus peka dan sepatutnya lebih awal duduk berbincang merancang apa sepatutnya yang perlu dibuat mengikut tentatif majlis sambutan bagi mengelakkan kecelaruan bila hari sebenar berlangsung. Tidaklah dihari kejadian pihak urusetia baru ingin menyusun atur budak-budak yang pegang papan MERDEKA, test mikrofon, terpekik melolong ikrar dengan keadaan peserta yang tengah panas lencun bermandi peluh di tengah padang gara-gara pengacaranya yang kurang profesional. Apa-apa pun kami 'seronok' walaupun basah kuyup apabila acara sebenar berlangsung.

Biarpun masa untuk kami berlatih amat terhad (bulan Ramadhan), kami cuba buat yang terbaik dan sehabis baik. Dengan izin Allah kami berdoa, moga kami dapat membawa pulang trofi buat kali ketiga berturut-turut perbarisan kawad kaki terbaik dan pakaian terbaik.


Sesi raptai, bersemangat! Semua sakan bergambar. Adeii...

Hari berlangsungnya majlis. Baju kali ni serba biru, agak tenggelam sedikit.
Kami berkawad sejauh lebih kurang 2km.
Awal paginya panas, tapi jejak jam 10 pagi, hujan dah mulai turun.
Lebat dan terus turun selebatnya.
Basah kuyup kami gagahkan juga bediri tegak sehingga ke akhir acara.
Akhirnya kami kecundang di tangan Kastam, JPJ dan Jabatan Penjara.
Kali ni yang menang kebanyakannyaa badan beruniform dan tuan rumah Batu Pahat.
Walaupun nampak kurang adil tapi kami akur dengan keputusan.
InsyaAllah tahun depan kita cuba lagi. Moga berjaya, aminn...
Cuba bawa nama unit beruniform kami pula, Briged Ansor. Hehee..

Balik dari perbarisan hari merdeka hari tu terus aku demam.
Dapat MC 2 hari. Kena pula pada hari lahir aku. Dugaan...


Hari ulangtahun aku disambut dengan keadaan aku terbaring depan TV dan Laptop sambil ber'Mukabuku'. Hahaa... Kata orang demam-demam ni penghapus dosa-dosa kecil.
Iya ke?

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

8 komen:

Amieynna berkata... [Maklum Balas]

Demam di hari lahir..
Salamat hari lahir..

Kereta idaman Toyota Wish,
Maaf lambat wish..

Saya suka minum teh boh..
semoga cepat sembuh..

Edy Zaidi berkata... [Maklum Balas]

nampak bendera johor la..idup johor...hehe

kesian demam time birthday

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

kalau bab berkawad..dari sekolah dulu mmg tak adil...

bayngkan badan uniform macam puteri islam berlawan kawad dengan pasukan kadet....tentu2nya kadet menang yer tak...? :)

takpe la...badan minta rehat..tu yg sakit... ;)

Wahidah berkata... [Maklum Balas]

confirm dh baik kan demam..


mcm mn raya?? gmbr raya mn??

me_nazri berkata... [Maklum Balas]

kalo kita sakit tanda ALLAH bagi perhatian kat kita.. jadi gembirala bila sakit... :)

Areef Ibn Naim berkata... [Maklum Balas]

salam,

wah, cayalah... tkpe, menang kalah tu rezeki dr allah... semua staf maij ke?

hepi belated bezday :) mg sentiasa dlm rahmat, berkat n maghfirah...

ckLah berkata... [Maklum Balas]

Selamat hari lahir....moga pulih ya!

NzA berkata... [Maklum Balas]

SMARTNYA baju......apa pn tahniah w.pn xberjaya.