Minta Maaf atau Memaafkan..

Manusia memiliki kesalahan dalam menjalani kehidupan kerana kita bukannya maksum. Oleh kerana ketidak sempurnaan inilah kita membuat kesalahan dan seharusnya meminta maaf atau dalam keadaan “memaafkan” jika orang lain yang bersalah.

Kita sering di dalam keadaan meminta maaf dan kadang-kadang kita merasa seseorang bersalah kepada kita, maka kita di posisi “memaafkan”. Cuba anda kira berapa sering anda di dalam posisi memaafkan? Dalam sehari, seminggu atau sebulan? Pasti sangat banyak dan itu menandakan ketidaksempurnaan manusia sebagai peribadi yg diciptakan bukan menciptakan.

Sekarang, dunia menjadi lebih bersifat keakuan dan semakin berprinsip “hidupmu adalah masalahmu, hidupku adalah masalahku” sering orang berkata “ini hidupku, suka hati aku la nak buat apa..”, “kubur asing-asing” dan sebagainya.


Orang yang berada di posisi bersalah tetapi sangat sukar untuk “meminta maaf” tapi orang dalam keadaan benar pun susah untuk memberi maaf.


Meminta maaf bererti merendahkan diri kepada orang lain yang ditinggikan, kerana kita memerlukan sesuatu dari dirinya, dan itu jelas sangat sukar dilakukan oleh manusia tentunya kerana bersifat “ego” kerana “ego” itulah manusia sukar untuk turun ke bawah dan meminta sesuatu kepada orang lain, terutama meminta maaf kepada orang lain.

Padahal cara meminta maaf lebih mudah daripada makan, cara meminta maaf hanya dengan satu perkataan “sorry” atau dengan dua patah perkataan – “Minta Maaf” tapi kita susah mengatakan satu perkataan itu, dan penyebab utamanya adalah ego yang menjadi sifat utama manusia, dan sangat sukar untuk mengalahkan ego. Sebab itulah ada pepatah yang menyeebut “musuh terbesar dalam hidupmu adalah dirimu sendiri”

Kemudian yang kedua inilah adalah bagaimana jika kita memaafkan orang? Mengapa ini juga sukar? Memaafkan orang lain, hanya memerlukan sedikit tenaga dan usaha untuk mengatakan dua huruf iaitu “ok” kerana kadang-kadang jika seseorang meminta maaf pada kita, kita tidak memaafkannya, padahal hanya dengan 2 huruf “ok” atau “ya” tetapi kita sangat sukar melakukannya, kalau difikir-fikir lagi lebih jauh, manusia itu hebat, memiliki macam-macam kemampuan dan memiliki banyak keunikan, tapi untuk berkata 2 huruf sahaja menjadi amat sukar sekali.

Punca utamanya adalah kerana kita sebagai manusia memiliki kedudukan dan ego, kita selalu susah mengangkat darjat orang lain yang membuat salah kepada kita. Kita sering berkata didalam otak “senangnya kau cakap “minta maaf” hei,kamu bersalah..aku tidak akan memaafkan mu begitu saja!!” dan itu kerana manusia yang tidak sempurna ini tidak mahu ada orang yang menyamainya dan selalu terus ingin menjadi yang teratas dan yang terbaik, dan ketika orang meminta maaf pada dirinya itulah kepuasan peribadi, kerana dia merasa di atas dan merasa nikmat di posisi seperti itu.

Itulah penyebab utama sukar untuk berkata 1 atau 2 perkataan tersebut.

Oleh kerana “musuh terbesar dalam hidup adalah dirimu sendiri” itulah penyebab utama dari semua kesalahan didalam diri manusia. Kesimpulannya manusia susah memaafkan dan dimaafkan maka marilah kita selalu bermuhasabah, jaga diri dan peribadi supaya meminimumkan membuat kesalahan kepada orang lain kerana mulut kita berat untuk meminta maaf.

Meminta maaf dan memaafkan kedua-duanya berat. So…? Sendrik mau ingat..
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir Batin


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

6 komen:

Azian Elias berkata... [Maklum Balas]

Salam kenal..

saya mencuba menjadi manusia yang memaafkan.. try utk lebih redha.

white rose berkata... [Maklum Balas]

salam man...
lama tak singgah sini...

SALAM MAAL HIJRAH...

outbound malang berkata... [Maklum Balas]


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

wisata outbound malang berkata... [Maklum Balas]

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...


PuTriAjA berkata... [Maklum Balas]

smart blog awak...saya da follow.. betul la apa yg awak tuliskan tu.. kadang2 memang manusia susah nak memaafkan tapi bila pikir2 balik, maafkan je la bukan dapat papa pun... manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan.. kan?

Unknown berkata... [Maklum Balas]

Salam . Minta izin nak copy . Ayat ni best :) Nak tuju ke seseorang yang kecil hati dengan saya :)