Edisi Jumaat..
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut olehIslam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atauterikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediamakanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
.
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
.
.
.
.
.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
.
.
.
.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
.
.
.
.
.
.
.
.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
.
.
.
.
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
.
.
.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kitasepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
.
.
.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
.
.
.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
.
.
.
.
.
.
.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
.
~ Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Sekadar gambar hiasan..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
23 komen:
pokcik 1st... hahahaha
bagus n3 ni. masyarakat kita ni memang biasa buat amalan terbalik. pesal ikut tradisi dr parents dan datuk nenek. mcm mana nak betulkan amalan terbalik ni yer? hmmm...
Assalamualaikum pokcik.. Saya dtg nak beraye.. Hik hik hik..
Time kaseh atas prkongsian ilmu ini.. Ptut laa yek pokcik, org asik kate zaman dah terbalik.. Kalau nak di list outkan.. Bukan sahaja 10 di atas, tapi ade bnyk gak lg bnda2 yg trbalik yg orang zaman skarang buat dan melanggar ajaran2 agama..
Contohnya, lelaki mnyerupai pompuan dn pompuan mnyerupai lelaki, fitrah lelaki brpasangan dgn pompuan tp skarang, laki dgn laki.. Smbutan tahun baru ptutnye disambut dgn doa dn ksyukuran tp konsert plak sana sini.. Btol tak pokcik man? Heehee..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. Ahakz..
*thanx again*
Good info, bro...
Yang no.6 tu...ada dengar tok guru kata...dalam bulan puasa, elok berbelanja lebih. Maknanya beli makanan yang sedap2 untuk keluarga kita makan, bukan beli makanan dengan kuantiti yang banyak dan kemudian ditongsampahkan...hehehe
Alhamdulillah..saling ingat mengingati yaaa...
btol3!!!
Naz,
im sixth..hehe
biar mati anak jgn mati adat..
hohoo..
sonang baitu..
ape kate ko terbalikkn empunya diri yg menebalikkn amalan yg terbalik ni..
hahahaa...
oit!! serius...
:p
Hana,
waalaikumussalam dokter hana wanAbe..hehe..
bethol3x..bukan takat 10 tp da beriban2 da yg terbalik..
budak kg pon pegang sudu garpu terbalik bila makan otel 5 bintang apetah lg omputih..hahaha..
luar topik..
lariiiiiikk...hehe
bethollllll sangat...
stuju sangat dgn dokter wanAbe ni..
tinggal matahari dr barat je tanda besar yg tinggal..hmm...
wahhhh!! trademark dr izi yahya plak daa...
trademark dr wanAbe ape pula??
u r welcome..
:p
Sis Lela,
betol jugak eh..
itu dinamakan pembaziran..
nyata skali..
klu ade org yg sponser lg baik..
yg penting suma dishes masok ke perot ambo..
hahahaa..
~rojak salad..huhuu,minta sikit salat ante laa...haha
kak Eiba,
InsyaAllah...
chewahhhh..
kta kna pandai utamakan mana yg lebih baek drp yg baek2..
barulah jadi amalan yg terbaek.
=)
sok lusa ni dunia ni pulak bakal diterbalikkan..
Fina,
ko suma betol je..
......
hehe
miss GAZA,
betol tu..sokong 100%..
klu amalan itu terbalik kita terbalikkn lagi sampai la ianya tak terbalik lagik begitulah seterusnya..sampai bila ye??
hmm..
kiamat la ye..??
Hysman Mohd..
Budak kmpung mkn pkai sudu garfu, omputeh mkan pkai tgan.. Wakaka.. Jom larikkkkkkkk.. =p
Saya betol? Haha.. Tapi banyak masa ku tak betul kan.. Ting tong.. Kamulah pny angkara.. Nsib bek kdang2 ku betul.. Heehee.. =)
Dr. Izi Haji Ali laa Hysman Mohd.. Bukan Dr. Izi Yahya.. Itu arwah izi yahya, plakon tu.. Kamu ni ler pokcik.. =p
Trademark ku? Jeng jeng jeng..
Tidur SMILE MYFTA.. Makan SMILE MYFTA.. Mandi SMILE MYFTA.. Tetttttt.. Poyoku poyomu jua.. Ahakz.. =p
lolx entri ni cam refreshing
great
Sudah pnah baca,....
tp, sgt bagus tuk pengkongsian dan renungan kita bersama....
Erk, tp..akak keluar umah tak berhias pun...kekadang, jalan2 pun pakai t shirt dan seluat track saja...
ku insan sempoi maaaa.....
:)
Erk...mahu tambah skit lagi... gambar mu di n3 bawah...sgt hensom loh...
mahu jual lelong ka??
ada yang mahu beli....???
Lelong...lelong...lelong.....
2 darham... 2 darham....
heheheheheee.....
larikkkkkkkkk.....
Kak nurul.. Heehee.. Menyelit jap.. Jgn puji akak.. Nnt dia marah tau.. Hak hak hak..
Akak.. Tak payah lelong, dah ade yg membelinya.. Wakaka..
Jom larikkk sesame kak.. =p
*hysman mohd.. heehee.. pokcikkk.. huhu.. jgn marah daku erk.. ku brgurau saje maa.. senyum sket.. hik hik hik.. =p
salam pokcik..
bagus ntry ni..satu peringatan..supaya kita tak jadi orang yang terbalik!
huu
salam pokcik..
bagus ntry ni..satu peringatan..supaya kita tak jadi orang yang terbalik!
huu
salam hysman..
betul apa yg man paparkan..bnyk yg dah tunggang terbalik sekarang ni..kalau nak disenarai hitamkan mng penuh sebuku..apa2pun thanks berkongsi ilmu yg bermanafaat..tapi untuk mengubah perbuatan atau perkara yg dah jd tradisi mng agak sukar..
gud info..
aku pnah dgr org ckp mcm ni..
"xpulang modal wat majlis kawen kali ni"..
xtau laa die wat majlis kawen tu nak kumpul duit smata mata kot...
=)
brapa banyak punya terbalik da.... hahahaha
hmmmmmm..
Mungkin juga..banyak yg jadi t'balik disebabkan kononnya masih b'pegang pada adat..
Catat Ulasan