Orang Bodoh Yang Pandai..

Bodoh itu bukan satu penyakit. Lemah jiwa itulah penyakit. Mengapa harus merasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang yang lebih pandai? Bukankah Allah telah menjadikan kita bodoh? Orang yang bodoh yang lemah jiwa, dia akan menjadi dua kali bodoh apabila berhadapan dengan orang yang pandai. Kalau orang yang pandai itu orang besar, orang berpangkat, dia akan kagum, sanjung dan pegang kata-kata orang tersebut. Sebaliknya kalau orang pandai itu tarafnya rendah, umpamanya isteri, muridnya atau pekerjanya, maka dia akan rasa inferiority complex. Dia rasa malu, kecewa dan kesal dengan diri sendiri. Dia takut untuk mengeluarkan pendapat dihadapan orang yang lebih pandai darinya.
Orang bodoh yang lemah jiwanya ini akan cuba menyembunyikan kebodohan kerana dia benci pada kebodohannya itu. Dia takut orang kata dia bodoh. Walhal kalau orang yang bodoh itu tiada penyakit lemah jiwa dan sedar dirinya bodoh, dia akan belajar daripada orang yang pandai. Dia bersyukur mendapat ilmu dan berterima kasih kepada orang yang mengajarnya. Dia merasa senang hati dan ingin menambah ilmunya lagi. Ilmu yang baru diketahuinya itu digunakan dan diamalkan.
Berbeza dengan orang yang lemah jiwa, dia hanya rasa kagum dengan pendapat orang lain tetapi menjadi gelap pandangan kerana dia rasa, mengapa aku tidak terfikir begitu ? Macammana dia boleh tahu sejauh itu ? dan sebagainya. Akhirnya ilmu didapati itu tidak masuk menetap dalam akalnya, apalagi untuk diamalkan.
Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
Orang yang bodoh itu mungkin hanya bodoh dibidang tertentu tetapi pandai dibidang yang lain. Oleh itu kita harus sentiasa mengintai-intai kelebihan orang yang pandai ini untuk kita belajar apa yang dia pandai untuk kepentingan kita dan masyarakat. Sebagaimana kisah Rasulallah s.a.w ketika baginda sedang kebuntuan setelah selesai perjanjian Hudaibiyah. Rasulallah s.a.w telah memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk bercukur dan menyembelih korban. Tetapi semua sahabat yang ada di situ tidak melaksanakannya walaupun telah diperintahkan oleh Rasulalah s.a.w sebanyak tiga kali. Kelambatan para sahabat itu telah menyebabkan Rasulallah bingung, lalu baginda pergi bertemu dengan isterinya Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut. Ummu Salamah setelah mendengar kejadian tersebut, dia pun berkata: "Pergilah wahai Rasulallah engkau bercukur dahulu, maka mereka akan mengikutimu."
Rasulallah s.a.w bukan sahaja bersetuju, malah sangat gembira dengan pandangan dan pendapat tersebut. Lalu baginda terus melaksanakannya, dan para sahabat pun, apabila melihat Rasulalah s.a.w bertindak demikian, mereka pun melaksanakan hal tersebut. Demikianlah Rasulallah tidak malu untuk meminta pendapat orang lain dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Maka jika Rasul tidak malu untuk meminta pendapat, lebih-lebih lagilah bagi orang yang bodoh. Jangan jadi orang bodoh yang sombong, yang tidak mahu meminta tunjuk ajar daripada orang lain. Jangan pula jadi orang bodoh yang tidak tahu dirinya bodoh. Itu lagi parah. Ibarat orang yang tidak tahu membawa kereta, tetapi rasa pandai bawa kereta. Akhirnya masuk longkong dan kemalangan. Begitulah orang yang merasa dirinya tahu tetapi sebenarnya tidak. Akhirnya dirinya yang masuk neraka.
Oleh itu jangan jadi orang yang "bodoh". Tetapi jadilah orang bodoh yang "pandai ".
.
~ Teringat dolu-dolu time masa muda2, ade temanku yang angkuh lagi kerek bergurau dengan jenakanya (tapi lawak ke?? Hmm..) "Man, ko ni part yang bodoh ko buat-buat bodoh.. Part yang pandai pun ko buat-buat bodoh jugak" Ape maksudnya ye??. Sambil tu, aku hanya mampu balas senyuman dan hanya mendiamkan diri saja.. :)
Bagi aku, berdiam diri lebih baik..
.
Kata-kata pujangga lama, Jangan salahkan orang bodoh sebab tak tahu, tapi salahkan orang pandai sebab tak memberitahu. Sambungan aku sendiri - Kadang-kadang salahkan orang bodoh sebab tak rajin bertanya.. Kita akan buktikan pada si pandai-pandai bahawa kita bukan si bodoh-bodoh. Aja-aja fightin'.. .
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

22 komen:

Unknown berkata... [Maklum Balas]

banyaknya perkataan BODOH...

biarlah kita jadi orang bodoh yang suka bertanya sebab kita nak jadi pandai.

jangan jadi orang bodoh yang buat-buat pandai tapi taknak bertanya.

sape lagi bodoh?

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

org selalu ckp "BODOH MCM LEMBU"
kesian lembu tu kan? x pasal2 orang ckp dia bodoh..

xuen adyla berkata... [Maklum Balas]

uish memang sakitkan kalau ada org buat lawak camtu

sebab tu kut mama cakap jangan jadi bodoh sombong

bodoh dan sombong untuk bertanya
parah tu

myQza berkata... [Maklum Balas]

malu bertanya sesat jalan.. eh eh.. kena tak?

MissGAZA (FasihahAdnan) berkata... [Maklum Balas]

ya,
buktikan kita bukan si bodoh-bodoh..
=)

hysman berkata... [Maklum Balas]

naDDy,
orang bodoh yang buat-buat pandai tapi tak nak bertanya itulah yg sebenar2nya bodoh..
betol kaa??
hehee..

hysman berkata... [Maklum Balas]

Acu,
Bodoh Macam Lembu??
kesian lembu tu ye..
tapi lembu bodoh ke??
brgkali org yg ckp sebegitu yg bodoh sbb da mmg lembu takde akai camne nak berfikir..hehe..

hysman berkata... [Maklum Balas]

xuen adyla,
sebab tu kena jd bodoh pandai..hehee..
:p

hysman berkata... [Maklum Balas]

<< s| tED| >>,
kena mmg kena..
klu tak bertanya mmg sesat..
betul??
:)

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Senyuman yg kamu balas utk kawanmu itu adakah semanis senyuman di dalam gambar itu??? Ku trtanya.. Ahakz..

Hurrmm.. Ada apa ye dgn bodoh???

Pape pn, aja2 fighting gak utk hysman.. Heehee.. =)

hysman berkata... [Maklum Balas]

miss GAZA,
bashya...
hehee..
:)

Idalara berkata... [Maklum Balas]

salam man..wah hensemnya jejaka yg kat penjuru tu..
bodoh..tak maulah tergolong dlm kumpulan itu..kdg2 kerap juga jwb 'buat bodoh' tapi tarik balik..kalau 40x kata mcmtu akan jd bodoh pulak..jd tukar..'buat pandai'insyaallah jd pandai.

Naz berkata... [Maklum Balas]

Saper la yg kerek sngt ckp mcm tu kat ko masa ko muda2 dulu ek? memang orng tu yg patut kena belajar pasal bodoh. bodoh sombong dan miskin budi pekerti...

>wallawei... hensem siot gambau ko tu bro. kasi kat awek grenti cair...

Redynne™ berkata... [Maklum Balas]

ensem nampk.. hehe..

bnyk perkataan 'bodh' disitu..
yg menyedarkn saya kita semua hanya manusia yg x sempurna.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

Dokter Hana,
bukanlah senyuman ghupa begitu cik hana..itu sengeh poyo dokter..
hehee..
ada ape dgn bodoh?manusia tu tak sempurna..:p
kamu faham ye aja2 fighting tu??

hysman berkata... [Maklum Balas]

Kak Ida,
waalaikummusalam kak..
akak da kembali..lama menyepi..
ghindu lorr...hehe..
saya penah dengo gak klu 40kali sebut bodoh akan balik pd diri sendiri..
hehe...
meh la kita bghamai2 tuko ke 'buat pandai' itew hahaa..

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
aku tak amek kisah pon Naz..
hak die la nak kate aku ape..
aku redha aje..hehee..
barangkali da mmg betol kot..
:p

~Naz,td aku ade site visit kat westport klang..nak balik td sempat singgah jugak aku ke jusco bukit tinggi (terbesau kat asia pasipic ye??)..klang dekat tak dgn shah alam??

hysman berkata... [Maklum Balas]

Redynne,
tiada manusia yg sesempurna Rasulullah SAW..
:)

Naz berkata... [Maklum Balas]

ko ni memang penyabar la Man... sabar seperti nabi... sejuk perut bonda ko mengandungkan ko 9 bulan 9 hari. dpt sorang putera yang cool mcm ko ni. kalo aku, dah kena sembur balik mamat yg x sayang mulut tu...

>wallawei... ko dtg sini jugak. klang, shah alam dekat bebeno. kalo dr rumah aku ke bkt tinggi dlm 15 min jer... nak lg cepat ikut hway kesas. 10 min jer... ko dtg sini urusan kerojer yer? bila nak dtg lagi Man?

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Sengeh poyo erk? Poyomu poyoku jua.. Sengeh poyomu, sengehku tak poyo, sengeh manis.. Ececeh.. Prasan lebeh lak diriku.. Haha..

Jom kita tukar jgn sebut bodoh, sebut kurang pandai ye murid-murid.. Heehee..

Aja-aja fighting.. Mestilah ku tahu.. Bashya.. Ku pun tahu.. Kamu bercakap dgn pminat cite korea pokcik man.. =)

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
sabo aku pon ade hadnye Naz..
aku manusia biasa yg tak sempurna..
slagi mampu tahan tp tak mampu kedebaboommm..hehee..

~ooo iye ke 10minit??klu gitu dekat ar..
aku dok jalan2 kat jusco beso giler kan..kalah jusco tebrau..huhuu..
aku nak datang lg tunggu pojek baru kat sana..hehee

Naz berkata... [Maklum Balas]

aku tau tahap kesabaran ko tu tinggi. dr gambar avatr ko tu, terserlah wajah keimanan. tenang jer bila tengok gambo ko tu. (jng salah anggap, aku bukan gay taw..hahaha)

>dekat sngt... jj bkt tinggi aku jrg g. puas ko rayau2 sana? aweks klang amacam? ada yg ko berkenan? hehehe

~sorry bro kalo aku lambat balas komen ko. skrg kebizian tengah melanda... :)