BREK GAGAL BERFUNGSI
~ Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
~ Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
~ Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
~ Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak di tepi Jalan, rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
~ Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS
~ Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
~ Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
~ Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT
~ Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
~ Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
~ Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
~ Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
~ Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA
~ Brek secara beransur-ansur.
~ Naik ke atas bahu Jalan.
~ Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
~ Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH
~ Pegang stereng dengan erat.
~ Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
~ Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
~ Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
~ Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
~ Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
~ Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM
~ Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
~ Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
~ Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
~ Hentikan kenderaan dengan segera.
~ Nyalakan lampu kecemasan.
~ Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR
~ Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
~ Hentikan kenderaan dengan segera.
~ Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
~ Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
~ Gunakan alat pemadam.
~ Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.
TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
~ Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
~ Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
~ Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
~ Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
~ Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
~ Angkat bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN HADAPAN PECAH
~ Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
~ Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
~ Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
~ Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN
~ Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
~ Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
~ Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
~ Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
~ Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
22 komen:
Akan ku pasingkan kepada isteri Gua segala info nih!!!
Lesen dah 4 tahun ....
Keter tak jalan2 lagi hahahahhaha
Tq Bro!!
nauzubillahhiminzalik... janganlah akak melalui semua perkara tu. takut... nak tukar tayarpun tak lepas...
baguih nye infos ni..
thanx bro
Salam Man,
Alhamdulillah... setakat ini tidak ada perkara2 buruk yg dinyatakan itu berlaku... mohon dijauhkan...ameen..
situasi yg aku pernah kena kat seremban highway : aku drive di lorong laju (paling kanan) time tu. ada 1 kereta berhenti tiba2. aku tekan brek, tp kereta aku semakin dekat dng kereta tu pasal ada daya lajakan. aku pikir memang x dan nak stop, tapi berjaya stop lg beberapa kaki dr kereta tu. rupa2nya org yg duk sebelah aku yg bantu mengurangkan inersia lajakan dengan menarik secara berperingkat hand brake. fuhh... lega. nasib baik kereta x banyak di lorong kanan. so, aku masuk lorong tengah dan teruskan perjalanan. pasal kereta yg berhenti tiba2 tu aku x tau apa yg jadi, tp aku tengok dia sedang buka bonet untuk keluarkan segitiga kecemasan. dia nak letakkan di belakang kereta dia kot. harap2 dia x kena rempuh dr belakang...
info yg bagus nie...tq..tq..
DJ Epoi,
Bro nak pasing pon tunggu ler isteri hang abis pantang..hehee..tak terkejut beruk plak tak alih2 lu nak inform kat org umah lu benda nih..hahaa..tapi 4 tahun lama tu??mak oii,itu kalau perap tapai tu sodapppp bro..hehee..
U're welcome...
Kak Lin,
Minta2 dijauhkan,tapi malang tak berbau kak..kita yg berjaga2 org lain yg sapu kita..so sama2 kita beringat.nyawa tak boleh dijual beli..ape je yg kita buat,berbalik pada yg SATU..insyallah..
p/s: tukar tayar yg paling senang kak,itupon kalau tayar spare ade kat blakang laa..hehee..
Karl,
u r welcome... :p
Bro Amirul,
Waalaikumussalam bro..
Amiiiin Ya Allah....
(Ya Allah Kabulkanlah...)
InsyaAllah..minta dijauhkan..
Naz,
Fuyoo,mesti jantung ko da mcm nk benti kan??aku pon penah gak tapi jln biasa laa..nasib baik org sebelah ko tau cara2 nak stop time emergency dgn tarik handbrake..kalau tak,impak kat kereta ko lagi teruk kalau kereta belakang pon hentam kereta ko..momentum 2x ganda beb..
tapi mmg bahaya la kalau kereta berhenti lorong sebelah kanan...
hope,die selamat tak kena rempuh..
tapi klu die nak letak segi 3 tu pon,bahaya gak....lorong kanan lorong laju..susah la situasi mcm tu...hmm..
Acu sayang,
U'r welcome acu..
lebih kurang camtu lah...jantung rasa mcm nak pecah rasanya. mlm td aku xcident ngan anjing. apa la punya samdol anjing tu. time aku lalu, time tu la dia nak lintas. aku dngr bunyi awu..awu..awu.. dr kejauhan. mungkin anjing tu nak bunuh diri kot?? mcm2 la..
Naz,
hahahahahahha....
die nak bunuh diri kot sebelum pihak berkuasa DBKL amek die dgn jerut leher die better die bunuh diri...sekurang2 takde org nak tangisi atas pemergian die..
ahakkk....
mungkin kot? hahahahaaa... harap2 anjing tu x cedera teruk. kalo parah, aku harap dia cepat2 mati. cian, dia pun ada perasaan.
dia lebih rela mati dilanggo keter, dpt ditangkap dog buster. kejam tu..
naz,
kalau langar kereta sekali lanyak ye tapi bila kena jerut,sekali jerut tak lepas,2 kali jerut tak lepas,kali ke 3 baru lepas..hmm terseksanya,bayangkan kalau kita mati dlm keadaan mcm tu..
mintak2 dijauhkan......
naz nak layan pojek niche ko tu mesti kena buat satu blog lain ke???hmmm..macam menarik..da due date blum??
teringt aku criter seorang kaki botol dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan besar. masa dijatuhi hukuman gantung dia sempat minum arak atas permintaan terakhirnya. sewaktu pemijak dilepaskan, tali gantung tu putus. Kemudian dia bangun terhoyong hayang dan menahan kesakitan kerana jatuh. hukuman dilakukan sekali lagi. namun tali gantung yg baru putus lg. sehinggalah kali ke tiga. barulah dia mati. seksa gak dia nak mati. jatuh bedebab 3 kali baru mampos...
pesal projek niche masih on. aku pun x tau bila nak closekan penyertaan. belum tergerak hati lg. kalo berminat boleh join tp kenalah ikut syarat spt dlm forum ya. kena buat blog baru. blog yang menggunakan keyword sebagai url. ini memudahkan kita utk tarik visitor melalui s.engine. kalo ko dah join... welcome to the club. :D
naz..
ngeri siuttt..
hehehh..
lepas buat blog pastu nak buat ape lg??inform ko ke???
Ok, kalo da buat 1 niche blog, boleh lapor diri kat forum. hehehe... nampaknya kita dah out of topik. jangan marah yer kawan2...
thanx for d info...
good tips utk org yg br dpt lesen cam syaz ni..hehe
tp still takut lg nk drive sowg2 sebenarnye..hahha
Naz,
asal kat web master tak klua add sitemap ek?? poneng den..
aaaaaaaaaaa...
heheee..
berani ke kawan2 nak marah???
hahaaaaaa... :p
salam SyazReA,
keadaan anda sama dgn rakan saya,tapi bila saya gertak die baru die berani nak bawak..itupon kena rasuah 'Sedap Corner' baru berani..ceh..pokai aku..
hehee..
salam perkenalan..
add sitemap ada kat w.master sana. ko try ushar2 lg smpai jmper...
oraitt..
thanx bro..
Catat Ulasan