ISTIDRAJ.. Aku pernah tanye kt diri aku sendiri.. Apekah yg aku kecapi selame ni adelah satu istidraj?? Ape sebenarnye istidraj tu? Kalo yg aku paham, istidraj tu adelah nikmat yg ALLAH bg untuk membuatkn seorg yg kufur bertambah kufur.. Kufur ni ape plak? Kufur ni = xmensyukuri nikmat ALLAH.. Tak mensyukuri ni maknenyer tak gunakan nikmat yg ALLAH bg tu pd jalan yg DIA redhai..
"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.
Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
So, istidraj ni, ALLAH akan bg sumer yg kita nak, dan xkn memandang kita lg.. Senang cter,kte dapat aper2 je kte nak.. Ilmu, Pangkat, Nama.. Sumer yg keduniaan yg kte nak kte boleh dapat.. Tapi sumer tu akn membuatkan kte makin jauh dr ALLAH.. Sbb kte yg pilih untuk jauh, bukan ALLAH... dan di akhirat nnt,kte xkn dpt pertolongan ALLAH.. na'uzubillahi minzalik..
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
34 komen:
oooooo.....pandai ek, tak bagi org cilok.....
akak baghu jer terangkan pasal istidraj ni pada sorang teman....
dia bengang, kenapa BEKAS pakwe dia yang tipu duit dia beribu2, suka wat maksiat, minum arak...tapi dapat kemewahan idup..dapat kawen anak dato'....so, akak terangkan pasal istidraj nih kat dia...
tgk2, ada plak n3 awak nih...
:)
~tp, nak cilok, tak bleyyyyy....
manyak cerdik.....
:) ~
Salam Man,
Aku bru tau pasal Istidraj nih... moga2 kita tidak tergolong dr golongan ini...
Sis Nurul a.k.a Tukang Cerita,
Huohahahahahaha.....(gelak gajah)
boleh la kak,akak try seleck all den tekan Ctrl+C (copy)..
Ctrl+V (paste) kat mane2..
ini baek punya cilokk sis..
hahaa..
Nasib baik da bekas,kalau la ni die still hubung dgn pakwe tu baik akak brainwash same itu orang..
rezeki org lain2 kak..
cuma kte yg pilih untuk jauh atau dekat pada-Nya..
Baek punyaa cilokkkkk..
:p
Waalaikumussalam bro Mirul..
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
itu da terangkan segala2nya...
Hope dijauhkan laaa...
InsyaAllah..
tapi akan datang kita tak tau bro..
sekelip mata je kita boleh berubah..
Mintak2 la kte maintain..
tak kaya,tak miskin..
sederhana..
Alhamdulillah...
Istidraj... atau dlm bahasa biasa diumpamakan dng kenikmatan yg Allah bagi dengan rasa menyampah...
Semoga kau, member2 dan aku dijauhkan dng keadaan tu. takut aku...
Menyampah???
hmm...
InsyaAllah moga2 dijauhkan..
Tapi aku tak kaya lagi kayap adalah..heheee..mu tu beringat k..
hahaa...
:p
Tu aku dengar kaset dr fadhillah. aku ulang balik jer..
ujian kita boleh dpt time senang dan juga time susah. bergantung pd kita utk menghadapinya. :)
ooo...
thanx bro..pinjam ar kaset tu..
hehee..
ko mesti banyak collections..
U're right bro..susah senang pada sesiapa dan bila2 masa je DIA boleh uji kita..
cuma kita sedar atau tak je..
Naz,tadi aku pusing 1 bando jb susah betul nak carik buku napleon..tanya suma org tak tau..hmm..
Jadi tadi aku beli dr irfan punya buku..
not bad ar..banyak gambo..
sonok aku baca..
hehee..
:(
Wah bagus lah.....Semua.....!!!
Gua Bangga dengan kawan2 dalam blog nih!!!
HysMan - Teruskan lagih Bro!!!!
Benda yang baik.....tiada FullStop nyer!!!!
dulu aku ada gak buat koleksi. skrg kaset2 tu dah ke mana dah. ok... kalo ko minat ko taip kat google 'ceramah motivasi'. ada hampir 300k result. pilih jer mana2 yg sesuai. hehehe....
buku napoleon hill tu masih ada kat market. hari tu aku survey kat kedai buku jln t.a.r still ada. tp dah jd mcm2 tajuk. ikut suka si penterjemah tu jer ubah tajuk asal. tp biasalah kalo omputeh tulis, mesti dia cerita pasal org dia sajer.
antara crite yg ada dlm buku tu pasal alfa thomas edison, henry ford, perniagaan gergasi pembuatan baja kat us, hmm... lg aku x beberapa ingat. tp, bagus utk kita tahu bagaimana depa semua hadapi berbagai2 rintngan dan kegagalan sebelum mencapai kejayaan yg luar biasa.
buku irfan khairi tu yer... bnyk catatan motivasi dan banyak gambo dia eh?? tips dlm tu pun sempoi gak. aku suka 1 tips dia. pasal pembahagian tugas. aku da praktikkan dan begitu berkesan terutama sekali dlm tugas aku. buku tu dia tak terangkan mcm mana nak wat duit pakai internet. tp lebih kpd pembangunan diri.
apa saja buku yg kita baca adalah bagus. cuma bagaimana cara kita mencernakannya dlm minda itu membuatkan hasilnya berbeza2 dr org lain yg membaca buku yg sama. disertai dng tindakan dan ketekunan. kalo hangat2 tahi zirafah... x leh jalan... ;)
DJ Epoi,
Oraittttt sir...
no hal punyaa..
Bro jumaat lepas gi terjah Bro Amirul,bila plak nak terjah Naz ni plak??nnt jgn lupa mintak kaset2 tu suma..wawawawaaaaa....:p
Naz,
lepas aku setle baca buku irfan ni aku pi carik buku nepoleon hill ni plak k..1 by 1..heheee..
mungkin ada tapi aku tak perasan kot tadi..
Biasalah penulis pon omputeh mesti depa citer bangsa depa..tapi benda yg baik kita boleh ikut asalkn tak bertentangan dgn agama Allah swt..
slow2 kayuh...
:p
ooo... ada projek terjah eh?? mcm menarik jer.. gtahulah aku camner caranya..
ok, ko g cari 1 lg buku tulisan Steven r covey. buku tu terbit hujung tahun 80an. tp masih sesuai pakai idea2 dlm tu. tajuk omputehnya 'The Seven Habits Highly Effective People'. kalo dlm bm tujuknya '7 tabiat orang yang amat berkesan'. buku ni laris giler. penulis pernah dtg malaysia untuk bagi speech. tp nak masuk yuran beratus beb.
pernah dengar win-win situation? sebenarnya idea tu datangnya dr dia. aku ada buku tu, tp aku baca separuh jer. ni nak carik balik. ntah mana aku simpan, aku pun x tau...
ooiiii...byknye naz...
mahal tak bukunya..
kalu bukunya beratus2 hampeh aku nak gi beli..
asal ko tak abiskan bace buku tu??bosan pe??
seingat aku buku tu puluh2 hingget jer. yg beratus2 tu kalo ko g seminar yg dia anjurkan jer. aku baca sikit2 buku tu pasal nak wat amali sekali. last2 terus lupa nama aku letak dan lupa terus nak baca.
jer????
mahal oooo....
kalu sa sa boleh gak..
tapi ade ke buku yg harga sa sa??
cerpen pak pandir..hehee..
so setelah ko buat amali,objektif ko tercapai tak???
kalo ko melabur kat asb dpt 8% jer. kalo ko labur kat buku, ko akan dpt pulangan yg tiada had. ooo, pasal amali tu. objektif belum tercapai pasal aku baru buat separuh. kalo wat semua, mungkin aku da jutawan kot?? :p
ok ler 2 impian mesti ada..
kemungkinan mesti jadi pasti satu ari nanti..
pada aku,itupun kalu aku praktikkn ape yg terkandung dalam buku tu..kalau buat tak tau je,sama je pulangannye dgn asb..
usaha & matlamat penting,
hehe...
chayokk..
x rugi kalo ada impian. kena rajin bermimpi di siang hari walaupun nampak cam mustahil nak capai.
bila da ada cita2, segala tindakan kita akan menuju ke situ. ;)
InsyaAllah..betul beb..
Seringkali kita berangan2,org akan kate angan2 mat jenin..
hmm..minda melayu..
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
:p
angan2 mat jenin x sampai ke mana. angan2 mat bond boleh sampai kot... hohoho...
peribahasa tu mendalam maknanya. 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. :)
Hahahaaaa.. :p
mmg suma ada kemahuan tapi kalau jalan tu tiba2 banjir tak boleh lalu takleh watpo ah.. hehehh..
Naz,tadi aku jln2 kat CS aku ternampak buku napoleon hill tu versi malay kat MPH..jadi aku pon beli..
wakakakaaaaa...
:p
kalo jalan banjir, minta la bantuan bro...
dah dpt akhirnya.. apa tajuknya dlm bm?
oh ya.. bantuan ya..hahhaaaa...
NAPOLEON HILL - TANGGA KECEMERLANGAN
Falsafah Pencapaian Peribadi Yang Terunggul Di Dunia...
yg itu ke bro??
Tajuk tu aku x der. Tp content mungkin sama ngan buku aku. Ko try cari bab 'pendapat peribadi'... atau 'saranan kendiri'. itulah sumber utama dlm mencapai apa yg kita nak...
2-2 tajuk yg ko mention takde..
yang ada 'Keperibadian Yang Menyenangkan'..'Matlamat Utama Yang Khusus'.. dll...
buku lain la ye???
:(
ok, ko cari bab tentang mcm mana nak set dlm minda ko scrip yg akan ko ucapkan sehari2 sampai msg tu melekat terus ke dlm minda separa sedar.
aku nak tido... babai... sok lusa smbung :) Salam
oraitt..
aku abiskn baca dulu..
nnt aku habak kat ko k..
chioww...
:p
ok... selamat membaca.
pijo gak mata aku ni nak paham2 perkataan je suma..:p
tarak gambo...
hi burung hantu... baca jer... bila dah habis, baca balik sampai lekat kat kepala otak... ;)
ape burung hantu plak beb??
abih ko pon sama???
ceh...
:P
hahahaa... kita boleh join club baru bro Amirul. dia nak kenakan yuran ahli dlm matawang zimbabwe... ko g la tengok..
hahaa...
Catat Ulasan