Mood raya tak pudar lagi. Tapi aku saja nak share, entry ni dah lama aku hold aku kira sejak 2 bulan lepas. Dari aku tak updated terus blog ni baik aku selitkan artikel ni sikit. Maaf yer kawan-kawan. Bukan nak rosakkn mood raya korang tapi hanya untuk perkongsian.
Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yg begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.
Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber... itu saja.
Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!
Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat.. Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !
1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. "Let’s just be friends."
8. "Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon."
9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah.."
10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."
11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."
12. "Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru."
13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."
14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you."
15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan.
16. "Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.."
18. "Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!"
20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"
21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."
22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih."
23. "Saya dah berjumpa orang lain."
24. "Saya bukan perempuan normal"
25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi."
26. "Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"
27. "Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."
28. "Saya dah kahwin."
29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan menjadi!"
30. "Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku."
31. "Saya mencari seseorang yg lebih tua"
32. "Saya mencari seseorang yg lebih muda."
33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck."
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. " Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza.."
43. "Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"
44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. "I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested."
46. "Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain. 47. "Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi! 48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."
49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!" Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!
Salam 6 Syawal..
Best Regard,
24 komen:
mmg ramai yg begni.tp ramai juge yg menjadi.yg menipu pon ramai juga.yg x serik2 sgt la ramai.yg sedang mencuba nasib tdk ketiggalan ramai.ok sori merepek.
Assalamualaikum incik bual kentang.. Hok hok hok.. Ku gelak style baru trlebih dahulu iyo.. Tips brguna.. Tajuk pn gempak, isi2 entry lagilah bernas.. Hohoho.. Tapi word HAPUS tu mcm kejam ajo bunyinyer.. Hahaha..
Susah laa mau kata ini masalah.. Salah sape pn kita susah mau kata.. Adakah salah kita trlalu mesra shingga mnimbulkan RASA pd org lain, atau ketak tersengajaan kita sbb trlalu mngaharap..
Org akan kata takde angin pokok tak goyang.. Tuntasnya, jgn melayan lebih2 dn jangan dilayan lebih2.. Huhu.. Boleh ke camtu??? Yg pnting, brkawan biar ler beribu berjuta, brkasih biar ler satu je iye..
Semuanya letak pada hati kita.. Btul tak encik bual kentang??? Nape tukar nama??? Kentang bnyk karbohidrat weh.. Nnt put on weight laaa.. Hik hik.. =p
Mmmmm...kak rasa bersikap jujur lebih baik, kan Man kannnnn... (anggukkan aje la...hahaha). Tapi kak takleh tahan la tips yang ke 50 tuh. Masa kak mula kenal ngan suami, dia bagi alasan camtu la masa kak mintak gambar dia tapi dia tak bermaksud untuk menolak. Cuma bergurau...hehehe
Berkawan biar seribu, beristeri biar satu..ke boleh dua or tiga??haha
salam adik bual kentang...
lawaklah baca entry mu kali ni...
ada pengalaman ke budak kentang?
:)
hahahhaaaaa......
apapun, yg pnting, persahabtan maya ke, alam realiti ke, kena tahu batas2nya....
~suka bersahabat maya dengan budak kentang ni.... :) ~
Suspen betoi kak nza, ingatkn sapa le si kentang nih...rupanya adik daku la..
mmg byk baik-buruk kwn alam maya nih..2 sume brgntung pd nawaitu ssorg. ttp yg bahaya bila suami/isteri org mula trpesong n melencong arah. Dh byk gak kak nza dngar kes cam gini...Eee, selisih!!!!
ko tukar nick ke? suspender tol!!! ingatkan aku ada peminat baru.. hampa.. :(
ekekekek.. ok.. berbalik pd topik.. skarang aku dah tak mengalami kes2 sebegitu.. zaman muda2 dulu selalulah.. rasa nak online 24 jam. dulu mana kenal stimiq ni semua.. pakai dial up jaring gitu.. masak lah aku nak bayar tiap2 bulan...
silapnya bila org nak berkawan aku melayan. ekekekeke..
dha tua2 ni.. xde dah semua tu.. chatting2 pun tarak.. YM invi sentiasa. ekekekkekeke...
tapi sharing is caring. budak2 sekolah yg selalu lepak depan pc berchating dan bercinta sakan dgn rakan maya tu eloklah amek tips ni kalau dah nak jauhkan diri dr rakan maya mereka..
ekeekkeekke
bnyknya cara... elok buat para gadis di luar sana utk blah dr menjalinkan hubungan dngn suami org... ramai lg pakwe2 bujang yg ganteng yg belum berpunya. contohnya ko lah Man... hehehehe...
lumut,
ko dah buat kajian ye??
hehe..terpulang pd individu itu sendiri kot.. :)
Hana WanAbe,
Waalaikumussalam Madam Hana.. Hik hik hik.. knape HAPUS tu plak??betul laa.. tak percaya coba try test nyanyi lgu Hapus by Dewa.. hahaa
takde sape yg salah,hanya salahkn perasan kenapa ia dtg dgn gaya camtu.. :) RASA yg ade tu sape yg bikinya ye?? ehee
yepp,betul tu cik Hana klu cubit peha kiri,peha kanan pn rase gak..so 2-2 kena t/jwb. bab kawan biar beribu berjuta tu mmg betul,tp berkasih utk org laki tak semestinya satu..hahahahahaa.. kuota 4 maaa... :p
Nape tukar nama?? ntah la,hati tu kate mahu menukar,maka jadilah ia.. asal kamu dah kenal saye sudah ler.. apa ada dgn nama.. iyer dak?? :)
Kak Lela,
adoii,sakit kepala saye dok angguk berkali2 nih haa..ehee..
wahh,suami akak mantop ler..gurau mcm tu baru lomantik maa..
hehehe
Cikgu Imanshah,
empat r cikgu..
baru cukup quota..
hahaha..
Kak Nurul,
salam kembali kak Tukang Cerita..
pengalaman dalam mimpi ade laa..hahaha... dush!!! :p
betul tu kak..batas2 pergaulan maya nak sama dgn batas dlm realiti pasal maya nih lg lost..
~budak kentang ni lepas raye niat nk jd budak baek.. baek la sangatttt!! hahaha.. so bermula dgn menukaran nama. hehe
kak Nza,
haha..saje je kak.
hari raya azam baru,bukak lembaran baru..cheewahh!!
ntah,saye nk ckp takde pengalaman,hanya skadar berkongsi artikel je.. :)
S| Ted|,
hahaha..alaaa,ko anggap je r aku ni s peminat baru ko. nama pon dah lain kan.. hehe. buat2 je..jgn hampa ye.. ehee
warghhh,ko mesti ramai member maya nih..cayalah ko...haha.ade yg tersangkut tak?? takkn ler 24jam online takde sorg tersekat.. yoyo'oo je ko. ehee..
hmm..betul tu klu takde pokok bergoyang takkan angin bertiup..hehe..
YM invi?? wow sama lah kita.. hahaha
budak skolah skrg baru sehari chat dah esok jumpa trus SETLE.. aduhh..sedeh nih.. :(
ehee..
Naz,
Salam bro..
wahh lame gilers ko menghilang,beraye sakan ko??
ehe
aku tak amek port bnda ni Naz..
hanya berkongsi artikel yg aku cilok dr hardisk mmbr aku je..
hahaa
raya sakan?? hahahahar... biasalah, bukan hari2. setahun sekali jer. bagus ko tampal artikel ni. manalah tau, berguna kpd insan2 yg terperangkap dlm cinta cyber ni. ;)
salam raya hysman,
ingatkn sape la bual kentang td.. :)
soal hati... yg empunya diri je fahami.. *wink*
so, ai x nak komen lelebey uuu... :P
Wuit encik bual kentang.. Dewa nyanyi lagu PUPUS daaaa.. Bukan HAPUS dek non oiiii.. Huhu.. =p
Haah ler kan, rasa yg dtg tu yg slah.. Sape laa agaknye yg brtanggungjawab mnSoal hati dn prasaan mmg misteri.. =)
Lelaki kuota 4 ek??? Oooo.. Ada cdangan memenuhkan kuota tak di masa hdapan?? Hehehe.. Daku nk join venture gak boleh??? Nak gak 4 kuota tu.. Hehehehehe.. =p
Tukar name nk jadi budak baik ye??? Bolehhhhh.. Lngkah prtama.. Brhenti mnyakat Hana WanAbe.. Nescaya jadi ler kamu budak yg baikkkk.. Hak hak hak.. =)
1,2,3,4,5,7,9,10,11,12,18,24,25,27,37,38 SUMER dh penah aku buat.
yg paling best aku buat 14,17,19,20,3,30,33.
yg paling haru aku buat plak 36,40,41,44,45..
haahhahaaha
aku xpecaya cinta2 tenet ni. harammm!
pernah jugak jadi camnie. Kita tak der pape, dia yg lebih2.Muka tak pernah tgk tp dia dah syok kat kita. Camner tu.. Tapi tolak cara yang baik. I setia pada yang satu.. :)
aku da cube cara ke 50, pastu dia cakap:
terima kasih kerana berterus terang. tapi sy suka awk bukan kerana fizikal awk, tapi kerana sikap awk. awk jujur dan baik. sy harap awk pertimbangkan lamaran sy. saya btol2 sygkan awk..
hahha.. pastu aku da mati akal.. pastu aku terus kata kat dia:
maaf, sy hargai. tapi, biar saya lebih berterus terang pada awk,
sy.... ( cara ke 24)
trus dia tak msg aku lagi... hahhaaaa... padan muke.
Fina... biar betik ko?? no 24 tu.. hahahaha...
hahaha penah jugak aplikasikan beberapa langkah.. tp xtahu pulak en hisman boleh sampai keluarkan artikel.. wahh bagus2.. :)
Catat Ulasan