Maksudnya: Selamat sejahtera untukmu, wahai penduduk kampung daripada orang-orang Mukmin dan Muslim, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diingini). -Riwayat Muslim-
2) Disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dulu. Digalak dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.
3) Disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan dan kesejahteraan.
4) Dilarang meratap kerana perbuatan itu menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak. Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Mayat berasa terseksa dalam kuburnya kerana diratapi" (Hadis riwayat Muslim).
5) Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan sebagainya.
.
Semalam aku dan ayahanda menziarahi kubur arwah datuk dan nenek aku. Sempat juga la aku membersihkan kawasan kuburnya yang penuh semak samun setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak dibersihkan (setahun sekali kot).
Pusara arwah datuk di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. Arwah meninggal pada tahun 1976.
Pusara arwah nenek di Tanah Perkuburan Kg. Kurnia, Johor Bahru. Arwah meninggal pada tahun 1997.
Nenda disebelah ibu aku pula telah selamat dikebumikan di Tanah Suci Makkah, setelah itu yang dihajati, dan Allah SWT perkenankan doanya untuk berpusara di sana..
Satu hari kelak, kita pula yang akan diziarahi oleh ahli keluarga kita, anak-anak kita, sahabat kita, saudara mara kita dan mereka yang sayang pada kita. Tapi entah bila, kita pun tak tahu. Walau apa pun.. Al-Fatihah buat insan yang kita sayang yang telah pergi dan yang menanti ziarah kita... Al- Fatihah..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
11 komen:
alfatihah kat ayahku juga
hmm..
dah jauh ni la rasa sayu raya x pergi lawat kubur,
mcm x lengkap..hmm
aku kalo balik kg, cuba utk g ke kubur. bersih2 mana2 yg patut dan yang paling penting... sedekahkan Fatihah utk arwah. hari tu masa balik kg, smpat jugak buat.. bila berada kat kubur rasa dekat jer dng mati... Al Fatihah utk arwak datuk dan nenek ko...
lamanya kak nza xziarah kubur atuk n nenek kt kg...rindu kt arwah...al-fatihah.
info yg bagus sbb hari raya ziarah kubur macam satu kewajipan. wal hal hari2 lain juga boleh ziarah!!
dh lame dh xp kubur. pg ms raye jer.. hehe
typical malay rite?
Al_fatihah tuk mereka yang telah tiada....
kalau diizinkanNya, akak pun mahu pergi dan dikebumikan di Tanah Haram....
Amin.....
AlFatihah utk yg tlh pergi..
Selamat Hari Raya man..
bila menjelang lebaran mesti igt kubur.
aktiviti wajib pg raye adalah ziarah kubur.
rindu kenangan lama.
selamat hari lebaran man..
Salam..
saja singgah nak tayang pantun..
"Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan."
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon maaf zahir dan batin.
**bila la kad raya tu nak sampai?
cabuttttttt larikkkkkkk
wah.. siap ada pantun2... mcm temasya pantun antarabangsa la...
Catat Ulasan