Bahaya Sotong Kering..

Kanser Daripada Sotong Kering
Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
Oleh: NIZHA PERIASWAMY Sumber: KOSMO
.

. GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat. "Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

8 komen:

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

jangan makan bnda mudharat ni!!

Along Fina berkata... [Maklum Balas]

huhuu..
tapi kan, kalau kita dah rendam dalam air beberapa lama untuk kembangkannya, bahan tu tak terkeluar erk? huhu..

Naz berkata... [Maklum Balas]

ada bosi rupernyer dlm sotong kering.. ni boleh buat tambah aura metal tahap 8 petala.. hahahaha... gurau2 jer. maklumat ni memang berguna sungguh. pas2 ni aku akan g tahu sedara mara supaya jgn sngt makan sotong kering. boleh kena kanser woo... lebih baik makan nasik dgn ikan kering. sedap jugak... hehehehe...

noramsein berkata... [Maklum Balas]

haha
x sangka lak
sotong kering ye
mmg lama x makan sbb tgh kering duit
hehe
bahaya2
ish
=p

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

nasib baik wpun banyak kat sini....
akak memang tk suka makan sotong kering ni......
merbahaya rupanya....

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Asslamualaikum budak kentang.. Wuit.. Lama tak post entry.. Sibuk wat prsiapan tunang ke??? Ngehehehe.. ;p

Sotong kering??? Sotong gemuksss lak caner?? hehehe.. Bnyk mknan yg brbhaya kan skarang encik kentang??? Huhuhu.. KFC pn tak leh mkan slalu tau.. Bnyk kolesterol tu.. Heehee.. Jagalah ksihatan kita leklok ye semua.. ;)

Cayril Ikhwan berkata... [Maklum Balas]

kalu cam nie boley jadi iron man

NzA berkata... [Maklum Balas]

mau idup susah..mati pn manyak susah...nk mkn lg susah....aduh, idup skrg dh xslamat.