Kegilaan Ekor..

Sebelum terlewat rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua teman blogger Smilemyfta. Lama rasanya aku tak updated blog. Undangan majlis rumah terbuka dan kenduri kahwin sudah tentu terisi hujung minggu. Aduhh.. Macamana la nak kurus ni?? Hehehehe...

Harini aku singgah sekejap kat kedai alatulis berdekatan rumah. Kononnya gaji dah masuk nak tunaikan hajat beli liquid pen. Asyik pinjam officemate jer, sampai jiran sebelah pun dah mula berkias bernada rintik hujan menunggu petir. Hahaha. Jadi aku pun pergilah ke kedai berdekatan.
Sedang aku asyik memilih liquid pen, aku terpandang seorang mamat ni. Boleh kata jiran aku juga la kerana rumahnya sebelah blok dengan rumah aku. Aku tengok dia tekun baca surat khabar tapi tak beli pun. Peliknya muka surat khabar tu tak ditukar-tukar. Apa yang aku tahu, mamat ni OKU (bisu) bukan buta. Aku cuba untuk  datang dekat untuk menyapa. Untuk berbahasa isyarat tu aku pandai la sikit-sikit. Ingat nak berbual dengannya. Iyalah aku kan peramah orangnya. Hehehe.. Aku cuba datang dekat,  apalah yang asyik sangat sampai aku datang dekat pun dia tak perasan. Aku cuba datang dekat lagi.
Oo... Rupa-rupanya dia sebuk nak menghafal nombor cabutan bertuah. Hmm..
Tak cukup dengan menghafal barangkali otaknya dah tepu dia cuba snap pakai 'handphone' mahal dia pulak.
Tak cukup memory mungkin 'handphone'nya. Jadi dia minta kertas dan pen dengan tukang kedai.
Bila dah siap tulis, baru dia perasan kedatangan aku. Terus ucap isyarat terima kasih dengan tukang kedai dan terus keluar. Bukan aku nak mengaibkan dia, cuma aku terfikir kenapa orang Melayu yang beragama Islam dalam kad pengenalannya mudah percaya akan nombor ramalan. Dah terang-terang HARAM hukumnya. Yang aku lagi pelik, akhbar yang mengeluarkan iklan-iklan nombor ramalan seperti Toto, 4D, Da Ma Cai dll terdapat dalam akhbar Melayu seperti Berita Harian. Kini Harian Metro aku dah tak nampak iklan nombor ramalan. Mungkin aku terlepas pandang.

APA NAK JADI DENGAN ORANG SEKARANG....

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

5 komen:

Qarl berkata... [Maklum Balas]

1st thing 1st

chantek header!!!

psl no.ekor tu, ermm takutla diorang ni berani sungguh. kat taman tenaga, ade satu toto kot, penuh kot org melayu kuar msuk

mintak kita dijauhkan

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

hurm, saya tido atas toto

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

uiks...dia tak perasan ke man amik gambar dia????

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

masyaAllah...
:(

Naz berkata... [Maklum Balas]

salam bro...

sudah lama kita x on9 sbgai blogger... hahahahaha....

kesian mamat jiran ko tu. bukan pasal dia OKU, dia x leh cari rezeki yg halal. sepatutnya dia lebih insaf dan x buat mender2 mcm tu... huhuhu :(

smpat pulak ko snap... ada bakat jadi wartawan sensasi nie.... ahaks... ;)