Adoii Sakit Gigi..

Aku ambil petikan dari sebuah blog.

Bila melihat imej bertudung yang digayakan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dalam beberapa majlis hiburan baru-baru ini, ramai yang mengandaikan beliau sudah berhijrah.

Sementelah dengan pemergiannya ke Tanah Suci Mekah pada 3 November ini bagi menunaikan ibadah haji, ia menguatkan lagi kenyataan itu.

Namun, bagi empunya diri, dia hanya akan berhijab apabila sudah sampai seru dan benar-benar bersedia untuk melakukannya meskipun sudah pulang dari Mekah nanti.

"Saya tidak mahu memakai tudung hanya kerana desakan masyarakat yang mahu melihat saya berimej sebegitu.

"Kalau hendak memperkatakan tentang imej berhijab ini, biarlah dari hati yang tulus dan ikhlas dan bukannya semata-mata mahu memuaskan hati semua pihak.

"Biar kita bertudung dengan niat kerana Allah SWT. Kalau saya rasa mahu memakai tudung dalam mana-mana majlis sekalipun, tidak salah untuk saya berbuat demikian," demikian penjelasan Sharifah Aini menyatakan pendiriannya.

"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab. Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadi macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).

Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

10 komen:

Jojoe berkata... [Maklum Balas]

jawapan datuk ini mcm tak pernah ke sekolah.. hmm... dunia hiburan..begitula...lagipun tak semua yg dibuat berdasarkan keikhlasan hati..

salam singgah kembali..

hazlin berkata... [Maklum Balas]

kalau sakit mata? pakai spek hitam 24 hrs...

sebetulnya tudung dah dijadikan fesyen saje skrg ni.. bukan tujuan untuk menutup aurat!

imanshah berkata... [Maklum Balas]

alamak, aku x pernah pun pakai tudung nak tutup gigi aku yang sakit

moral of the story..lemahnya iman dan bodohnya onsan

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

akak baca keratan akhbar ni...
sambil mulut dok istighfar banyak2.....

kalau ye pun,janganlah bagi komen yg menapakkan keb*D**an diri...buat gelak dek orang je....

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cik jojoe,
dah nama pon artis.. datok plak tuu.. dah sinonim dgn statement pasal agama yg kureng..

terima kasih..

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
hahaha... itu org buang tebiat kak pkai spek 24jam.. huhu..
betul tu kak,skrg ni suma jd bahan gurauan tak terkecuali prihal hukum hakam agama.. :(

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cikgu imanshah,
terfikir apa kaitan gigi yg sakit dgn memakai tudung??nak kaver ape..
alasan tak masuk akal.. adehh...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak nurul,
itu bg org yg paham tang agama mmg nmpk satu kebodohan dan gelak dek org.. tp bg org yg seangkatannya konon artis yg femes tu,itu alasan yg munasabah.. hurmm..

nza berkata... [Maklum Balas]

aduh.......tiba2 rasa nk senyum, nk ketawa, nk nangis n mcm2 rasa...xtau la bila nk smpai seru tu......

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak nza,
takut tak sampai je seru tuu... aduhh...