Dah Lama Tak Jamah Nasi..

Salam, petang Isnin begini tak ada cerita 'dongeng' yang aku nak kongsi dengan kalian. Ia hanyalah sekadar cerita kosong dipermulaan hari berkerja bagi setiap minggu.

Lihat saja paparan di dada akhbar Metro pagi tadi ada berita berkenaan KELUARGA BAWAH JAMBATAN. Sampuk kakak 'officemate' aku, "Man, taw tak semalam kol 8 lebih malam akak gi gunting rambut Mira kat kedai unisex sebelah restoran Osman". Sambung beliau, "Entah macam mana banyak-banyak kedai akak boleh terpergi kat kedai tu". Tanya aku, "Kenapa kak?". "Kedai tu orang Indon punya", kata beliau. Sambungnya, "Bukan apa, time akak datang kedai tu time Buletin Utama tengah siarkan berita pasal keluarga bawah jambatan tu. Boleh dia ngata, apalah orang Malaysia ni hal remeh temeh macam tu pun nak masuk berita. Orang tu bukan tua atau cacat pun masih boleh berkerja, muda lagi". "Ntah la Man, akak dengar je la. Elakkan akak bersuara lain jadinya", sambil riak muka bengang.


Apa yang dapat disimpulkan dengan situasi kat atas tadi? Adakah bermaksud kita ni masyarakat yang pemalas dan tidak berusaha? Atau rakyat Indon jaki dengan keprihatinan kerajaan membantu keluarga tersebut 'menjamah nasi' dan tidak seperti di negara mereka? Atau anda ada sebab lain?

Tapi kalau tak fikir panjang, jika aku kat tempat kakak 'officemate' masa kat kedai gunting rambut tu dah kena 'sound' dah. Apa hak dia nak mengata Malaysia, sedangkan mereka menumpang cari sumber rezeki yang halal kat sini. Entah ada permit ke tidak.

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

8 komen:

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

macam no comment je..

tp hakikatnya ada gak org m'sia yg malas

dan hakikatnya ada org indon yg tersgt rajin smpai nak jd mcm belanda..

**tetiba pulak man rajin update blog..
nape ek?

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

di negara mereka lagi ramai yg tak berumah..saya sempat ke masjid bandung, mak ai ramai nye yg menumpang kat kawasan masjid

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

ada betul dan ada xbetul..
mungkin foreigner tu just nak bagi pendapat tapi ayat die tak teratur dan nampak kurang ajar..
ibarat mcm tumpang rumah orang, g kutuk orang tu depan2..

NzA berkata... [Maklum Balas]

gitulh org yg lupa diri......

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
bab mls tu mmg ade sikit...pantang nmpk ada bantuan,suma amek kesempatan padahal rumah sebeso2 tidak.tp tak semuannya.

tp dorg pon tak patutlah pandang kiri kanan la klu nk ngata pon.. hurmm..

saje kak nak aktif balik kak,pasal bile saye stop blogging ni otak jd tepu.. huhu

hysman berkata... [Maklum Balas]

cikgu imanshah,
saye pon penah tgok dokumentari pasal negara dorg,myanmar,vietnam..alhamdulillah kite kat sini is better than dorg..syokran..

hysman berkata... [Maklum Balas]

mynna,
pandang kiri jeling2..pandang kanan juling2.. hahaha

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak nza,
makin kite diam mkin bongkak gayanya..