Pejabat lengang, ramai staf pergi kursus. Aku pula duduk sorang-sorang bagai kuda yang sedang mengaumm... Ngaumm.. Haha. Apa aku nak buat huh?
.
.
Konon cuba merajinkan diri tekan bloggers yang aku sendiri tak kenal. Tekan punya tekan tertengok gambar konvokesyen mereka. Tercetuslah idea nak cerita sikit. Bukan nak buka pekung kat dada tapi hanya omongan kosong yang berisi sebuah impian yang tinggi.
Impian aku sejak dari dulu aku nak belajar setinggi yang boleh, itu azam aku dari bangku sekolah lagi. Konon nak lawan kakak-kakak aku. Dulu aku selalu ikut mak abah aku ke majlis konvokesyen kakak-kakak aku. Suka aku tengok mak abah aku menitiskan air mata atas kejayaan kakak-kakak aku. Buat aku tertanya bila pula 'turn' aku? Oleh itu, sejak dari sekolah hinggalah ke diploma aku cuba dapatkan keputusan yang baik, jadi pelajar yang cemerlang tapi persoalannya, sampai sini je ke kelulusan aku? Kronologi kehidupan yang payah untuk dirungkai. Apakan daya.
Soalan untuk aku sendiri yang tak tahu bila agaknya terjawab. Agaknya bila aku boleh dapatkan segulung Ijazah diikuti Sarjana dan seterusnya 'Doctor of Philosophy' atau lebih dikenali sebagai PhD. Ada bunyi aku merungut? Tidak kot, mungkin sebagai pencetus semangat.

Aku pernah menolak tawaran untuk sambung 'degree' dengan jurusan yang aku idam-idamkan. Tapi terpaksa meolak atas dasar kesempitan keluarga. Itu aku kena dan terpaksa faham. Aku redha akan ketentuanNya. Tapi kini adakah peluang untuk aku lagi menerima surat tawaran ke universiti lepas ni? Harap bos-bos universiti jangan 'blacklist' nama aku ye. Hehe...
Iya aku cemburu tengok teman-teman aku sambung belajar. Tapi salahkah aku cemburukan mereka? Cukupkah aku hanya sekadar diploma? Tengah mencari peluang untuk 'further'. Doakan ye... Sesungguhnya apa yang aku ada kini, segalanya aku bersyukur akan nikmat yang diberi olehNya. Alhamdulillah...
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
14 komen:
man,
kalau semangat tetap membara, akak yakin suatu hari pasti menjelma untuk man meneruskan cita-cita..
InsyaAllah...
akak doakan...
suh miss A kasi semangat skit...
hahhahha
:P
aku doakan ko sambung blaja man... nnt kita wat master sama2 ek... hehe
sama la dengan acu nie
niat dah ada tapi masa & semangat untuk sambung ke Master tu lum sampai lagi....huhuhu
ada semangat, ada cita2 ttp masih xbrkesempatan krn kekangan...xpe dik, jgn cpt putus asa...segala tu ketentuan Allah ttp kita kena usaha..insyallah, rezeki ada dimana2...jgn patah semangat ye....Allah maha mengetahui...ada rahmat disebalik kejadiaan..semoga cita2 man trcapai..insyallah.
kak lin,
terima kasih kak..
insyaAllah itu yg saye harapkan.. ;)
kak nurul,
terima kasih kak..
aminn...
hahaha.. miss A?? sapekah gerangannya?? grr.. huhuhu..
am,
thanx bro.. tp mane boleh ko dah advance woo..nk kejo camne....
haha..
acu,
same la kite acu..tp acu dah ade dgree dah ok ape..
kak nza,
insyaAllah kak..
saye sntiasa cuba yg terbaik.. sgala ape yg terjadi ade hikmah mungkin.. terima kasih kak.saye nak jd cikgu>lecturer>prof.. warghhhh.. hehehe...aminn..
brani guna gambar org lain..dah mintak kebenaran ke?
salam...entry yang bagus...sekurang2nya ada semangat utk terus maju ke depan...
tapi....kenapa perlu guna gambar abg eq kat entry ni? konfiuss jap...
incik EdY..
alhamdulillah dah dpt green light dr tuan punya gambar..
~ gmbar tersebut sekadar hiasan dan pembakar semangat anak @ pelajar cemerlang.. ;)
bro eq,
terima kasih..
sbg sumber inspirasi ke PhD..
hahaa...
tqvm
Catat Ulasan