Nasi Lemak 50 Sen..

Makhluk A   :  You kata muka I tak cantik?
Makhluk B   :  Dahi jendol, dagu leper, tu apa tu?
Makhluk A   :  Huh?
Makhluk B   :  Nasi Lemak 50 sen.
(sambil tangan tuju ke arah 'berkenaan')

Apa yang tak kena dengan dialog kat atas ni? Anda khabarkan sikit? Pada orang muda baya aku ni memanglah seronok bila dengar nasi lemak 50 sen tu tapi pada hemat aku sendiri, ianya tak sesuailah untuk ditonton segelintir lapisan. Kenapa aku kata tak sesuai? Fasal anda cuba bayangkan sekirannya anak-anak kecil yang menonton promosi filem tu, tak ke haru bila anak tersebut bertanyakan kepada si ibu atau si ayah, apa itu nasi lemak 50 sen. Apa yang hendak dijawab?


Terang-terang iklan promosi tu menunding ke arah bahagian sensitif wanita, malulah der. Wahai kaum wanita, anda tak terasa ke ianya amat memalukan? Sekali lagi wanita menjadi mangsa untuk si produser nak kaut keuntungan pecah panggung. Si pelakon tu mungkin bangga dapat 'scene' tu. Tapi wanita lain aku tak tahu la. Aku pasti, ungkapan tu satu hari nanti akan jadi sebutan anak-anak kecil sebagai bahan gurauan di sekolah. Dahlah iklan tu semakin kerap diputarkan dan waktu kemuncak pulak tu. 

Macam-macam hal dunia sekarang ni. Lantaklah kalau nak kata aku kolot, ada aku kisah? Yang pasti aku cuba selamatkan kaum wanita, kerana aku lelaki sebagai pelindung kaum yang lemah iaitu wanita. Boleh macam tu? Aku dah layak ke jadi ketua keluarga? Hurmm.. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisaa’:34)

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

17 komen:

hazlin berkata... [Maklum Balas]

nasi lemak singgit sambal sotong dah lama dulu akak dengar..

dan selepas hampir sepuluh tahun, ungkapan itu didengar kembali, walau harga sudah turun 50 sen, ia tetap menggambarkan "sesuatu"...

walau ungkapan begitu bukan 100% penyumbang gejala sosial masa kini, ia tetap tidak bagus dilontarkan...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

nasi lemak kukus berlauk pon sodap jugak kak.. huhuh.. nyum3....
ntah la kak.. la ni mcm2 org carik idea nk dptkn pulangan yg byk tanpa memikirkn sensitiviti org lain.. :((

imanshah berkata... [Maklum Balas]

ada ke ungkapan nasik lemak 50 sen..

adei macam2..lurah dendanm la, nasi lemak la..haha gunung ganang kot!!

apapun kita yang miliki adik2 perempuan ni SILA JAGA mereka baik-baik..

Idalara berkata... [Maklum Balas]

wanita selalu tak sedar diri di exploitasi..atau tahu tp buat2 tak tahu..memalukan..mcm film smlam kat astro..sgt mamalukan bagaimana pelakon utama sengaja mempamirkan hak miliknya yg jadi buruk bila didedahkan sana sini..bukan seksi tp seksa mata melihatnya..

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

akak pun geli bila dgr iklan cerita tu, pleaseeeeeeeeeeeee lah, dah takde modal lain ke nak buat org gelak...bukan lawak pun, meluat lagi ada....

LiNda berkata... [Maklum Balas]

Great !
awak memang lelaki budiman.


salam ziarah , manis and ceriaaa...

Fiza Notty berkata... [Maklum Balas]

bagus pokcik =) ada juga lelaki yang bersuara.. ok jgn bangga.. :P hehe tahu en hysman tak sebegitu..

hah.. boleh dipanjangkan artikal ni.. cuba pula kupas bab pukul isteri tu.. tang mana yang rasulullah sunahkan. ramai yang amil kesempatan bila dengar tang didik bini boleh dipukul ni.. =)

mcm part lelaki boleh kawen lebih.. part itu je y didagang2kan..sebab dan tujuan sebenar kebolehan ini diberi tak pula nak dikaji. =)

nza berkata... [Maklum Balas]

akak pn geram cz ayat tu dh jadi bhn mainan kt SK2...tnpa segan sila anak2 murid dok sebut bnde2 tu.....

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

segan bile tengok iklan tu.. terbantut niat nak tgk cerita tu..

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cikgu imanshah,
mcm2 ungkapan yg perit untuk ditelan tp jd mainan n bualan anak skolah.. jd beware lah....

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak ida,
mungkin dorg bangga kot kak..
biasalah islam sukurlar..
hmm....

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak nurul,
tp kak ade juga golongan yg suka tang iklan tu..... no komen

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cik linda,
alhamdulillah insyaAllah..
terima kasih singgah...
;)

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cik b,
tak bangga tp malu.. hahaa.. pokcik bersuara dgn mengikut kata hati apa yg kurang utk difikirkan..klu silap sila beri tunjuk ajar..huhu..

insyaAllah klu ada kesempatan pokcik cuba kupas isu pukul isteri..buat mase ni blum ada idea lg.. hehe

kelebihan suami utk poligami dah ada tp barangkali cik b terlepas pndang kot atau cik saje la tu.. hahaha... guraw jer.. insyaAllah pokcik cuba cari faktanya.. ;)

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

salam kak nza,
saye dah dpt agak dah.. pesal dulu saye jd dak skolah jugak.. pengaruh tv amat hebat.. ;(

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

mynna,
eleh iye jer mu.. ntah2 minggu ni gi jusco dgn aizad dok tgk cite tu..hahaa.. guraw jer klu tak tgok nnt dikate tak sokong cite tempatan.. hurmm... papepon tepok dada tnya iman.. ;)

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

salam bro..
good point as always :)
that's why malas nk tengok citer melayu..bukan x nak sokong industri/filem kita..
even kt tv pun byk skrip/jalan cerita drama yg tah ape2..