Salam semua... Hari ini dah tiba Jumaat pertama dalam bulan November. Pantas masa berlalu.
Alhamdulillah tamat sudah Kursus Motivasi Transformasi Budaya Kerja Cemerlang di Mutiara Motor Resort, Sedili, Kota Tinggi, Johor semalam. Penat memang penat tapi seronok bila sahabat-sahabat Majlis disetiap ceruk daerah dapat berjumpa dan berkumpul di satu majlis ilmu. Empat hari aku berkampung kat sana, dari 1 haribulan hinggalah 4 haribulan November 2010. Disebabkan sana merupakan kawasan pedalaman, jadi line 3G broadband tak berapa nak ada. Tak dapatlah aku menjenguk blog aku walaupun sedetik. Itu semua dugaan, tandanya kena 'give 100% attention' lebih bila berkursus. Haha...
Ini merupakan kursus motivasi kedua yang pernah aku turut serta. Jika nak kira kursus dan bengkel ilmiah/praktikal lain tu banyak kali tapi kursus berupa motiovasi jarang boleh dapat. Sebelum ini masa minggu suaikenal ditingkatan 4 dulu dan kini setelah 7 tahun baru aku dapat mengikutinya lagi. Alhamdulillah aku syukur tersangat pada Allah SWT kerana keprihatinan Unit Kursus dan Latihan, Majlis Agama Islam Negeri Johor yang tidak lupa bubuh nama aku dalam senarai pendek yang terpilih untuk 'batch' tahun ni.
Terima kasih yang tak terhingga buat Ustaz Haji Ahmad Mazlan dan krew-krew lain dari AMMG Training Services Sdn. Bhd. kerana sudi dan berkongsi pengalaman serta banyak melontarkan input yang berguna kepada para peserta. Dari asas kecemerlangan diri, kerjasama berpasukan, mengukuhkan lagi silaturrahim antara anggota hinggalah bekalan akhirat berupa doa-doa mustajab yang boleh diamalkan untuk menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. Terima kasih teramat sangat ustaz. Moga ada perubahan positif bila aku pulang ke sangkar nanti, insyaAllah aku cuba ingat lafaz janji aku.
~ Harta dunia yang bergunung-ganang tak boleh dibawa bila kita mati, maka terokailah dan galilah harta akhirat sebagai bekalan di sana. Oleh demikian, kejarlah akhirat sesungguhnya dengan itu, dunia akan mengejar kita dengan sendirinya. Seperti petikan dari lirik lagu In-Team ini:
Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini...
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia...
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu...
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik...
Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan...
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran...
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu...
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu...
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
11 komen:
wahh.. bnyk ilmu dah ditimba kat sana bro. mesti tngh bersemangat membara2... betul, kalau kita kejar dunia.. dunia akan lari dan akhirat semakin jauh. jika kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita..
Terbaik laa encik hysman kita.. Heehee.. Betul cakap anda, betul cakap bapak Naz juge.. Kene ingat priority.. Dan balancing.. :)
anak bapak ada kat sini?? selamat hari rayer.. :D
sarat dgn ilmu....mmg kursus camni wat kita lbh brsemangat....
aku suka lagi inteam ni..kaset dia hari2 aku dengar masa zaman muda-muda dulu
selamat kembali ke dunia blog. balik kursus mesti bnyk idea nak tulis kat sini..
Naz,
semangat nih..klu boleh suma yg aku dpt kat sane nk share dgn kawan2..
pesal suma yg kita lalui kat sane ade pro n kontra tak salah klu yg baik aku share kan..
hehehe..
Dr Hana wanAbe,
aikk.. betul saje kamu yer..
hehehhee....
kak Nza,
moga2 kekal hingga selamanya kak..
somtime sehari dua je pastu lupa.. huhuhu..
insyaAllah...
cikgu Imanshah,
zaman muda2??
so zaman tua2 ni cikgu dengo lagu ape??maher zain kah?? hehehe...
kak Lin,
mmg byk idea tp tak tahu nak cite...
nnt org bosan.. huhuh
Catat Ulasan