Bila Hati Panas, Semua Tak Beradab..

Semalam tengahari lepas lunch, tayar depan kereta aku meletop!! bocor.
Disebabkan bocor teruk jadi kena tukar terus tayar baru.
Aduh! Duit lagi, macam tahu-tahu saja aku baru dapat bonus RM500...
Tapi tetap bersyukur pesal aku selamat. Alhamdulillah...
Masa kejadian aku drive tak berapa nak speed jadi sempat kawal dan berhenti di sebuah stesen minyak. Itu pun bila officemate aku yang menegur ada bunyi asing dari luar.
Memang sah tayar bocor, besar pula. Adehh...
Dahlah berkemeja, terus membuka tayar untuk diganti tayar spare,

(sumber dari pokcik G)
 Buat punya buat...
aku didatangi seorang lelaki berbangsa cina...

"Excuse me sir, do you know where is the EPF?" kata cina tersebut.

Member aku sorang ni jawab punyalah belit-belit lidah nak speaking orang putih kononnya.
Hinggakan aku sendiri tak faham ape yang officemate aku tu cuba nak sampaikan.
Bila aku tengok kelibat nombor plat kereta beliau dari Kota Lion,
aku jawab dengan penuh adab (kan dah gi kursus kesopanan aritu.. hehe).
.

"Encik, tempat yang encik cari tak jauh pun dari sini. Encik nampak menara yang tinggi tu itulah dia KWSP, tempat yang encik cari". Aku cakap sambil mengesat peluh berlinang-linang bagai gerimis mengundang.

Beliau masih terpinga-pinga. "But when I go there, it's just a place who want to make identity cards. You see here EPF, this is the address, the place you said just now was a wrong place," tanya beliau sambil buat riak muka macam aku ni tak tahu.

Sudahlah aku keletihan, jam kat tangan menunjukkan 2.20 petang. Tak naik lagi office.
Tapi aku dah minta kebenaran, jangan ingat aku ngular ye. Ahaks.
Sambil tu aku jawab,

"Encik EPF tu KWSP lah. Yang encik masuk tu tadi, itu Wisma Persekutuan depan dia. Logo KWSP tu terang, besar dan nyata kat atas menara KWSP tu. Dari sini dah nampak bangunannya, encik kena pusing atas baru jumpa pintu masuk. Kalau ikut bawah memang jumpa pintu masuk ke tempat buat kad pengenalan," sambil tunjukkan jari aku betul-betul ke arah menara KWSP.

Tanpa ucap terima kasih, beliau masuk kereta terus pergi. Itulah style mereka kurang ajar tahap dewa dewi.
.
"Man, ko ni sengal erk. Sepatah haram dia tak faham apa ko cakap, yang ko gi cakap melayu tu pesal, memang la dia slow nak faham..." herdik officemate aku.

"Ini negara aku, Bahasa Melayu kan bahasa negara kita. Lantak pi dialah nak faham ke tidak. Dia kena accept lah. Datang ke sini buat cara datang negara orang, tak payah nak berbahasa omputih kat sini. Dahlah tiap-tiap pagi jem manjang pesal penuh kete depa, nak hon kereta aku pulak, potong Q buat macam atok pokcik sedara dia punya negara," jawab aku sambil tangan putar turunkan jek kereta.

Tak cukup sopan ke ayat aku tu?
Atau salah ke aku nak berpatriotik. Hehe...
Mungkin itu nada geram bila tiap-tiap hari tertekan berhadapan dengan orang-orang dari seberang tambak yang angkuh.

**Masih segar diingatan ketika ayah aku dimaki hamun di sebuah pasaraya Singapura kerana berbahasa Melayu di kaunter pembayaran.  :(


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

11 komen:

white rose berkata... [Maklum Balas]

eeiii...
ape jenis manusia laa tu...
dah laa menumpang kat negara orang...

BAGUS man...
teruskan BERPATRIOTIK macam tu...

jangan sesekali nak ikut budaya orang...
budaya kita cukuplah CANTEK & MOLEK...

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Dia paham tu.... tp kalo dah berlagak.... jadik mcm tu ler... Dah malu sendiri, malu kot nak berterima kasih.

Bahasa menunjukkan bangsa..

Unknown berkata... [Maklum Balas]

salam..

agak terasa juga bila kita dalam keadaan kepenatan/letih/susah..

ditambah dengan hal macam situasi husyman tu

PS: kak dah biasa terkena mcm husyman...namun..tetap tabah..kalau tak sabar..kak kadangkala kata lazer2 lah juga..hheheheeh

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

sabar dik...
kan dah belajar bagaimana menjadi seorang yang penuh bersopan santun. kat kawan yg berbelit lidah tupun kena jawab penuh sopan santun tau...

larikkkkkkksss!!!!

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

pasni klu ada org tanya dlm omputeh nak jwb dalam bahasa melayu jer.. tmbh2 bi mmg lemah.. xdelah nk tergagap2 nanti.. hehe..

::FAIZ:: berkata... [Maklum Balas]

Wo.. Tabik kat ko

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

kalau macam ni, cancel lah nak pi bercuti kat negara singa tu, kang tak pasal2, ai yg sopan santun dan ayu ni pun jadi panas tgk sikap warganya.....huhuhuhuuuu....

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

ohhhh tak tahan, panas hati akak bila baca hal ayah dik Hysman kena maki hamun tu. itu sudah MELAMPAU!

jgn kata kat negara orang, kat sini pun pernah ada staf pasaraya besar cakap kurang sopan dengan mak akak. akak bagi dia 2-3 bakul herdikan & siap pi isi borang komplen lagi.

kalau dia kurang sopan dengan akak, akak tak kisah sangat tapi kalau dengan orang tua2, hoi akak TAK BLEH TAHAN! PANAS AKU, PANAS!

ckLah @xiiinam berkata... [Maklum Balas]

Oooooops! ckLah pun tulis cerita pasal tayar petah kejap tadi...


Tapi...sangat lain versinya...hehehehe...



Selamat tahun baru...

ckLah @xiiinam berkata... [Maklum Balas]

Oooppps, tayar pecah...bukan 'petah! Maaf ya!

NzA berkata... [Maklum Balas]

trkdg kesabaran kita ada had n batasnya..