Melayu Tak Segar..

Melayu jangan terus layu… Kenapa Melayu Tak Segar?
Sebab melayu tak suka berfikir. Malas nak guna otak kanan dan kiri
Suka tengok cerita hantu.
Kekasihku seru, Tower 13, Jangan tegur lagi menjadi kegemaran.
Waktu maghrib dah tunggu depan tv, Melayu rajin bergosip sana sini.
Kutuk orang ni kutuk orang sana. Bukan nak nasihat tapi mengata.
Tambah-tambah dosa dan buat dosa kering.

Melayu suka hiburan, ada AF ada Malaysian Idol.
Terlebih kuantiti artis melayu. Qari dan qariah susah nak jumpa.
Topup RM60 nak SMS undi Shahir.
Tabung anak-tabung yatim dan tabung masjid taknak pula topup.
Not seringgit pun dah ketar tangan. Sibuk cerita artis kawin datuk.
Apa kena mengena dengan korang? Tak payah nak serabut kepala.
Dikatakan miskin marah plak. Padahal pakai tak cukup kain.
Dedah sana ketat sini. Nampak tahi lalat kat dada.
Body pun apa kurangya. Kadang-kadang mengalahkan J.Lo.
Dikatakan berasal dari timur. Penuh adab, sopan-santun dan lemah-lembut.

Merdeka sudah 53 Tahun. Kenyataannya masih lagi terjajah.
Betul melayu mudah lupa? Melayu suka enjoy-enjoy.
“Asalkan bahagia, ada fulus”... Saudara kat palestin tak pernah hirau.
Hari ni makan KFC, esok McD. Saudara kat Palestin 3 hari tak makan.
Best dapat tidur lena ada air-cond.
Saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan.
Anak Melayu main game counter strike. Anak Palestin main baling-baling batu.
Melayu sanggup mati anak, asalkan adat terjaga.
Padahal ada adat yang bertentangan agama. Tak senang hati jumpa bomoh
Minta pelaris nak maju. Santau saudara sendiri.
Cucuk kat hidung cucuk kat pipi, macam-macam ilmu.
Last-last bomoh yang kaya, diri yang merana.

Suka berlagak dan bermegah, nak jadi Datin nak jadi Dato'.
Happy go lucky anak jadi artis. Sampai jiran sebelah pun dah tak kenal.
Apa faedahnya? Dapat dosa lagi ada la.
Happy anak dapat 21A spm tak apa la juga.

Melayu memang terer,
Merokok nombor 1, Merempit nombor 2, nombor 3 meragut...
Membuang masa menjadi hobi. Suka releks-releks.
Bangun tidur pukul 11pagi, sambil mengeliat dan menguap...
“hmm.. malasnya hari ni”

Baik hati melayu, berikan peluang pekerjaan kepada orang luar.
Kenapa tak mahu bekerja? Tunggu emas jatuh dari langit?
Melayu memang kuat dan berani, ada gengster badan besar.
Bermegah ada geng ramai. “kalau berani kacau la line kami”...
Padahal satu agama, satu bangsa dan 1Malaysia.
Kenapa boleh jadi lawan? Kan lebih baik teman tapi mesra rakyat.

Ramai juga kat disko, release tension katanya.
Itu cara terbaik nak lupakan masalah keluarga, kewangan dan masalah kat pejabat.
Ramai jugak kat lorong Haji Taib. Kesian Haji Taib nama dia jugak yang busuk.
Umur 15 tahun dah syok-syok bercinta.
PMR pun belum ambik lagi, pegang tangan perkara biasa.
Tak tahu malu mungkin kot?

 (sumber pokcik G)

Ramai melayu malam 14 Februari, malam merdeka dan malam tahun baru.
Hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian, masa tu nangis tak cukup tisu.
Makayah tak cukup kain tutup muka. Ada gak 2 bulan tak keluar rumah.
Lain yang diharap lain yang dapat, tak sejuk perut ibu mengandung.
Tapi bukan salah ibu megandung.

Dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm?
Ada di rumah mimpi jadi kaya, ada di pejabat kerana letih.
Ada di shopping kompleks jalan-jalan.
Pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16.
Bukan mimpi tapi kenyataan.
Solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya.
Solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai.

Politik melayu ada kat mana-mana.
Pejabat, rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya.
Lepas tu mula la game, hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu.
Memang betul lidah tak bertulang, jangan salahkan lidah.
Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa, cikgu-cikgu, ketua kampung atau perdana menteri?
Ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
Tepuk dada tanya iman...

Bila nak insaf? Bila nak sedar? Bila nak taubat?
Jangan tunggu Malaysia turun salji, jangan tunggu selat melaka terbelah dua.
Bagaimana Melayu nak segar? Al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan.
Ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W...
ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

**Perkongsian di hari Isnin diambil dari kotak dalam...

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

24 komen:

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

setuju dgn kata2 dlm n3 ni...

ini lah realiti kehidupan sebenar sebagai seorang Melayu...


jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN BAKAR

white rose berkata... [Maklum Balas]

wah...
masih hebat & bergetah ayat2 ko ni man...

sungguh mendalam sampai ke kotak dalam...

sedihkan bila MELAYU kita sebegini...
semua jadi serba tak kena bila kita cuba usaha memperbaikinya...

ckLah @xiiinam berkata... [Maklum Balas]

...itulah bangsaku!!!


Sadiskan! Begitulah jadinya apabila hilang jati diri dan lupa akar umbi.



(ckLah bukan Melayu....ckLah Jawa :D)

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

akak rawa... suami minang...

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

akak x tengok cita hantu, TAKUT! rumah akak astro pun xda. apa2 reality show pun x minat.

walau bagaimanapun entry ini amat menginsafkan..terima kasih dik.

mahsidi berkata... [Maklum Balas]

oh me-layu..... nasib la aku bumiputra...hahahaha.... jgn marah ah... ^__^
peace ...

Unknown berkata... [Maklum Balas]

hsyman

setuju sangat2..entry kamu sangat indah, sangat mulia dalam bentuk sindiran yang baik...

harap-harap kesedaran anak-anak muda era kini dapat dibendung dengan setiap program yang menuju kearah kebaikan..
bukan salah ibubapa, masyarakat atau kerajaan,.tapi salah diri sendiri terjebak ke arah kejahatan


semoga mereka sedar..allahuakhbar


(PS: tiba-tiba rasa sensatif dengan keadaan anal muda..lebih2 ttg tarikh 14 feb,yang hasilnya 9 bulan kemudiannya....)

hysman berkata... [Maklum Balas]

nabilah,
segan bila kaum lain baca..
:(
tp itulah realitinya..

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

jawa..dulu kini dan selamanya hahahahaah

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak whiterose,
bergetah?
awww..... ade no 8 tak?
hehee.. :p

kotak dlm tu inbox kot..ehehe..
bahasa kamus mungkin.. :)

ape nak buat,freemason terlalu ramai...:(

hysman berkata... [Maklum Balas]

cik ckLah@xiiinam,
eh sama lah kita.. jawa..
hahaa...

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
aik..tak ngaku.. nnt saye cek profil dlm column bangsa akak yer..
hehe..

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak dinasaldi,
mmg takyah pasang astrok kak..
teruk beno servicenya.. baek pakai arial jer,dpt citer2 obersea..
ahak..

hysman berkata... [Maklum Balas]

bro mahsidi,
samelah den pon bumiputera..
dpt murah sikit klu beli rumah.. hahaha

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

man, sila check!

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak ayu,
saye amek dr kotak email je kak..
ape yg boleh dikongsi saye kongsi dgn readers.. tak rugi pon kan..
hahaaa..

diri sendiri yg pilih jalan... dan org sekeliling juga turut mainkn peranan...

selama 9bln dok umah khas yg dah didirikan dgn matlamat yg bethull.. :(

hysman berkata... [Maklum Balas]

incik sahrom,
sama la kite.. hehe

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
klu cek karang dah salah di sisi undang2 keselamatan negara.. takmo la den carik pasal..
ahak...

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

bro hysman wan solute kamu

bersyarah, menasihat, berpesan

dengan cara ini perh best!

TERIMA KASIH MENGINGATKAN KEPADA KAMI ANAK2 MELAYU

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

huhu

suka entri ni!

=_=

hysman berkata... [Maklum Balas]

mr.wan,
sama2lah kita....
cuba panjangkan mana yg baek utk kita renungkan,insyaAllah sedikit sebanyak ilmu tu dpt juga kita terap dan betulkan.. ;)

zaMir berkata... [Maklum Balas]

org melayu...kalau bangsa asing dpat macam2..terus melenting...bukannya nak bersaing pun....

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

tulh.. sesama melayu pun xnk berbaik..
PHD byk sgt...

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam Ziarah buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
adoiiii sorry banyak tertinggal entry ko ni.... bussy sejak-sejak ni....

eeeemmmm.... orang melayu kita ni semua...

“Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun.
Jika menipupun masih bersopan,
Bila mengampu, bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak”.
“Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai.
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.
“Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

“Watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tidak sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga”

NzA berkata... [Maklum Balas]

itulh realiti Melayu Baru....sedih dgn keadaan camni....