Pilihan Mencorak Masa Depan..

Hari ni 15 Disember 2010.
Genaplah setahun aku berkhidmat di sini.
Masih ingat lagi aku setahun yang lepas,
sukar untuk aku membuat keputusan.
Sama ada mahu teruskan cita-cita atau menurut saja permintaan keluarga.
Serba salah dibuatnya.
Setiap malam aku solat istikharah.
Mulut aku tak lekang berdoa kepada Allah SWT
dan minta pandangan dari saudara-mara serta teman.
Kepada blogger Encik Naz, Kak Lin, Kak Nurul,
terima kasih banyak-banyak.
Merekalah rakan maya aku yang paling hebat sehingga sekarang.
Sentiasa beri buah fikiran yang terbaik untuk aku. Dan akhirnya, aku mengikut saja gerak hati.
Dua dunia yang berbeza aku berani ambil risiko.
Dari kejuruteraan aku berlari ke bidang asing ke dunia pentadbiran.
Sampai juga aku di sini sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah...
Sebab aku percaya rezeki Allah SWT ada di mana-mana.
InsyaAllah...


Dulu aku sentiasa bergelumang dengan minyak hitam, berpanas terik di atas kren, berbaju seluar tak lekang dengan minyak gris, tangan kasar bila enjin kren di'overhaul', menahan peluh bagai basah dibanjiri tsunami bila matahari sejengkal atas kepala.
Tak kisahlah berseluar jean koyak dan kotor, berbaju lusuh dan selebet.
Itu aku tak kisah, kerana itulah yang aku suka, itulah yang aku minat.
Dan itulah yang aku inginkan.

Setelah setahun kini aku berkemeja tuck-in, berbatik licin, bermain dengan helaian kertas, berpinau mata dengan minit mesyuarat, melayan karenah pegawai-pegawai.
Aku memang tiada masalah, malah aku semakin enjoy dengan tanggungjawab ni.
Sebab aku pasti aku boleh beri impak yang lebih di sini.
Walaupun hati aku tetap pada dunia sebelumnya.
Tanggungjawab yang diberi kini, aku cuba galas sebaik mungkin.

Entah kenapa pada hemat aku,
aku tak terangsang bila terjumpa dengan mahluk yang berkemeja bertali leher dan berkot.
Tapi bila aku jumpa dengan mahluk ber'overall' aku lebih salute pada mereka.
Aku cemburukan mereka, "kalaulah aku jadi kau..."
  Tanggungjawab orang yang melakukan tak sama dengan orang yang memberi arahan.
Sekirannya teori semestinya mereka menang,
tapi bila praktik jauh sekali mereka menyentuh.

Terpulanglah pada individu itu sendiri.
Walau apapun kita ada hak membuat pilihan,
dan percaya pada pilihan tersebut.
 Allah itu Maha Adil,
Kita merancang, Allah juga merancang,
tapi sebaik perancangan, adalah rancangan Allah SWT.

Bukan ketuanan yang diminta tapi kepercayaan.
pangkat Dato' jauh untuk dicari...
Cukuplah sekadar kepercayaan memberi kunci untuk menghidupkan sesebuah jentera.

Walau apapun, aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
Alhamdulillah... Just want to give more.

**Aku cuba kembali ke dunia kejuruteraan, insyaAllah...
Ini juga antara azam aku 2011 ni. Amin. Hehe...



Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

12 komen:

noramsein berkata... [Maklum Balas]

jadi cikgu jom man... pakai tie gak... hehehe

wahida berkata... [Maklum Balas]

ke dunia lama? mak bapak ko x marah ke weh?

zaMir berkata... [Maklum Balas]

bro..memang best kerja outdoor..baru dapat rasa kepuasan kerja tu...huhuhu...

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

mana2 pun kerja mesti ada minat man..apapun saya sayang kerjaya cikgu..harap ko suksess selalu

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

man,
terharu rasanya..

nasihat yang baik pd adik,
mudah-mudahan terus sukses..

rezeki Allah di mana-mana
moga dapat menghijrah diri di tahun baru..

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

wah.. mmg nak dapatkan sesuatu byk cabrannya... percaya pada rezeki masing2..
:D

white rose berkata... [Maklum Balas]

hensem sungguh kau man dalam keadaan ape jua...

miahahaha...
jangan kau perahsan...

ape2 pun pilihan orang2 tua ni banyak lebih semangat & terkesan dalam sanubari tau...

hakak kau ni dulu nak jadi polis,
tapi mak abah akak tak dibaginyaa...
dia suh jadi cikgu jugak...

jadilah cikgu...alhamdulillah,
banyak hasil yang akak perolehi...
kau juga akan sperti itu 1 hari nanti...

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

nampaknya dunia pentadbiran tak sesuai dgn jiwa eh..?

walau apa pun bidang yg kamu pilih...wish u best of luck..!! (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
S.I.B.U.K

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

"Tanggungjawab orang yang melakukan tak sama dengan orang yang memberi arahan. Sekiranya teori semestinya mereka menang, tapi bila praktik jauh sekali mereka menyentuh."

itu sangat2 benar dik, tak kira dalam apa bidang sekalipun.

semoga berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi :D

Unknown berkata... [Maklum Balas]

salam..
walau apa pun yang hsyman fikir dan hayati....buatlah keputusan sebaiknya..

ini masa hadapan kamu...kami hanya menyokong setiap pilihan kamu...agar menjadi seorang insan yang sempurna dimata keluarga dan masyarakat..

insyallah...kamu pasti berjaya

Unknown berkata... [Maklum Balas]

apa pun yg kita kerjakan, lakukan dgn ikhlas

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

apa sahaja pilihan man...akak doakan dari kejauhan....

apa sahaja pilihan kau dik, pastikan kau memberi yg terbaik.....
:)

~sedap tak pantun akak man? :)