7 Inci? Sakitnya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Actually this article, aku nak post tadi pagi lepas aku terbaca akhbar harini kat office.
Aku pakai Autopost tapi tak terpost-post pulak. Adeii...
Tiga-tiga muka depan akhbar arus perdana,
terpampang wajah Azizulhasni Awang, Malaysian Track Sprint Cyclist.
Apa-apa pun aku tengok sekali dah seriau tusukan serpihan kayu 7 inci tersebut.
Rasa seperti aku pulak berada kat tempatnya. Subhanallah...
Apa-apa pun beliau sempat menamatkan perlumbaan walaupun hanya di tempah ke-3.
Tahniah atas semangat dan pencapaian anda...
Dan bersabar atas dugaan ini,
moga tidak patah semangat mengharumkan nama negara akan datang.


MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.


Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan.Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan.
Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.


Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya, anak muda dari Terengganu itu menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu.


Hoy, seorang daripada dua yang menamatkan perlumbaan tanpa terbabit dalam pelanggaran berkata: “Azizulhasni biasanya akan membuat henjutan dan pecutan untuk memintas... jadi sesuatu yang seumpama itu mungkin tidak dapat dielakkan berlaku terhadapnya.”


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni.
“Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya. 

** Azizulhasni Awang, the pocket rocket men...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

41 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

dahsyat kan...

ni baru betul

MAJULAH SUKAN UTK NEGARA

berjuang habis2an

HERO MALAYA!

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Fuh.. Mesti velocity tinggi sampai serpihan kayu boleh tertusuk elok masuk macam tu.. Aduuuiiiiii.. Perit plak rasa kaki sendiri..

Yang penting.. Semangat dia tu.. Mari abang Man.. Kita pun kena bersemangat selalu.. Ngee.. :D

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

yang best nya, dia tamatkan perlumbaan, siap menang tempat ketiga lagi.

respek!

aDfeez berkata... [Maklum Balas]

wow... cmana buat gmbr mcm tu??? nice.... hehehe :)
ajarkan blh? ;)

white rose berkata... [Maklum Balas]

fuhh...hebat...
cayalah azizul...

ala, man pun bole buat mcm tu kan?
man lagi tere...

xyah kayuh2 basikal pun man dah glemer..

miahahaha...

white rose berkata... [Maklum Balas]

anda telah di TAG...

http://bungarosputih.blogspot.com/2011/02/giveaway-edy-kata-kau.html

NzA berkata... [Maklum Balas]

tgk dlm TV mmg sgt mengerikan......

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

mmg seriau ble tgk dalam tv semalam..

apa2pun semangat azizul ni perlu dicontohi..

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

assalamualaikum...

serius..ngeri tgk tusukan tue..alhamdulillah wira negara ini tidak alami impak yg serius huhuhhh

::FAIZ:: berkata... [Maklum Balas]

ngeri... sakit nampak....ngilu

Unknown berkata... [Maklum Balas]

subhanallah..

dasyat nya, sure gelap masa hadapan permain basikal nie

sbb dah ramai permain kita yang sakit dan terbiar tanpa diberi apa2 ganjaran..kan??

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Terasa cam kaki sendiri lak yg sakit. camner ler nak kuarkan tu. Cabut camtu jer, ada lak serpihan t'tinggal.... isk.... isk...

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

tajuk tak tahan...

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

tgk juga berita ni kat tv semalam..kesian..ngeri pun yer juga..

moga cepat sembuh la hendaknya... :(

jom ke APA KATA HATI pulak,
AUTOMATIK PING BLOG

Maiyah berkata... [Maklum Balas]

aduss!! terasa sakitttt

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

seriau nengoknya...
terbayang tertusuk di kaki ku...

wahida berkata... [Maklum Balas]

seriau beb tgk gambar tu...tapi cayalah...dia bangkit jugak utk teruskan..

thumbs up utk dia...

Exiticx berkata... [Maklum Balas]

terbaik ! hahah
tp sakit doh . huhu
follow blog bro :)

Aniz berkata... [Maklum Balas]

followw =)

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

kesian kan? tp nak buat camno.. sabar je lah..

hysman berkata... [Maklum Balas]

@mr.syazwan
yeahh....
Malaysia Boleh!!!
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@FarhanaDr
halajunyer tinggi sebab tu impak die sampai jd lagu tu... momentum? gedebuk!!!

mari kita bersemangat yer...
hehe

hysman berkata... [Maklum Balas]

@HEROICzero
itu baru betul semangat kesukanan...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@ADfeez
photoshop jer bro...
hehe..
nak ajar?
boleh ajer...
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@white rose
saye buat camtu kak?
adeii.... pitam beb..
hehe

glamer?
glamorama...
hahaha

hysman berkata... [Maklum Balas]

@white rose
dah jawab...
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@NzA
boleh pitam klu kita dlm situasinya..
aduhh...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@mR.sYaH
betul3...
semangat kesukanan bertanding tu yg pntg...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@sahromnasrudin
waalaikumussalam wbt...
nasib baik tak terkena tulang kering..

hysman berkata... [Maklum Balas]

@::FAIZ FARISH::
sampai org tutup matanya tak kasi tgok...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Citarasa Rinduan
tak juga kak...
la ni mcm2 boleh buat..
teknologi kak..
cuma masa yg menentukan...

yg veteren la kot...
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@bintangku
itulah pasal kak..
sbb itu kayu tu..
sedangakn terselumbar skit dah sakit... adehh

hysman berkata... [Maklum Balas]

@IMANSHAH
tak paham..
tak paham..
:p

hysman berkata... [Maklum Balas]

@nabilah_2908
aminn...
insyaAllah,moga azizulhasni cepat sembuh..
boleh masuk bertanding lg mengharumkn negara....

hysman berkata... [Maklum Balas]

@maiyah
kita yg tgok rase mcm tu,die yg merasa lg la sakit kat erk...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Tukang cerita
tinggi juga imaginasi kanda ku ini..
hehehe

hysman berkata... [Maklum Balas]

@wahida
two thumb up kak..
yeahh..
semangat Malaysia Boleh!!

hysman berkata... [Maklum Balas]

@muhammad nurtaufiq mohamed azni
mmg ler teramat sakit..
die je yg merasa keperitannya..
tp tak darah pon..

dah follow balik..
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@aniz
tqvm.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@hazlin
sabar tu kan separuh dr iman..
:)

Qamaruls berkata... [Maklum Balas]

giler laa mamat nie.. kaki die dah ketak sangat hari2 kayuh basikal sampai kene cucuk camtue pun leh truskan race lagi..