Berjabat Di Jabatan..

Dah setahun lebih aku dalam organisasi ni.
(rasa yang follow blog aku tahu aku kerja kat mana)
Selama itu jugak bila tiba hari mesyuarat,
aku cuba ngelak untuk bersalaman dengan Datin Paduka (DP) ni.
Pesal beliau seorang saja ahli wanita, yang lain semuanya kaum adam.
DP salam selamba dengan semua Dato' dan VIP lain.
Mungkin mereka dah biasa, tapi aku kurang selesa.
Macam-macam cara aku buat nak ngelak punya pasal..
Kadang-kadang dia datang tempat aku, aku buat-buat telefon.
Kadang-kadang dia datang tempat aku, aku buat-buat tunduk bawah meja.
Kadang-kadang dia datang tempat aku, aku buat-buat teguk air mineral.

Tapi minggu lepas tak menjadi pulak. Pagi-pagi sebelum mulanya mesyuarat,
Time aku nak jemput semua ahli mesyuarat untuk bersarapan di dewan makan,
tiba-tiba dalam perjalanan DP hulur tangan mahu bersalam dengan aku.
Dalam kepala aku terfikir, nak salam ke tidak. Adeii...
Tapi lemahnya iman aku,
bila VIP lain tenung aku semacam. Tandanya aku kena sahut salam DP tu.
Dalam kepala depa mesti tertanya budak ni tak diajar protokol ker.
Bukan ke protokol tu barat yang buat.
Aduh! Aku terpaksa jua sahut salam DP tadi.
Suara-suara sumbang belakang berbunyi,
"Hai Man, pecah sudah prinsip yang ko pertahankan selama ni..."
Adoilah akak nih. Aku mampu membalas senyuman jer.
Payah actually layan karenah VIP nih.
Serba salah antara prinsip dan kerjaya.


(sumber dari pokcik G)
Ada yang cakap, dibolehkan menyahut sekirannya tidak mahu mengaibkan wanita itu,
tapi setelah pencarian aku dalam pokcik Google, semua kata tetap HARAM.
Macam mana tu?

Beberapa pencarian aku tentang bersalaman,
Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: "Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita.

Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim.

KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?
Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.
Ya Allah berdosanya aku...

Yang aku nak tekankan kat sini adalah wanita yang berstatus tinggi 
 (Datuk, Datin, Toh Puan etc),
kenapa mesti nak menghulurkan tangan dengan bukan sejenis?
Tak belajar agama ker? Mampuih aku kena saman.
Dah terbiasa bercampur gaul antara lelaki perempuan?
Aku bukan baik sangat, aku mengaku.
Iya, aku budak KAMPONG, memang KOLOT...
Tapi tak salah kan kalau nak ngelak selagi kita boleh elak.
Pesal kita dah tahu halal haram, Allah beri kita akal yang waras.

Sama isunya dengan cara Mak Datin bertudung @ berselendang...
Berjambul didepan walaupun pergi ke majlis bertemakan keagamaan.

Akan datang VVIP pula akan masuk meeting. I hate the protocol. Grr...

**Macam mana aku nak ngelak untuk mesyuarat akan datang?
Adeiii... Tengah cari idea. Kena pakai sarung tangan ni.

Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

29 komen:

Cik Ungu Violet berkata... [Maklum Balas]

tu kan payah gak kalo macam tu :)

tapi saya ada terbaca kalau orang tu (bukan muhrim) yang dulu menghulurkan salam, kita boleh membalasnya atas dasar tidak mahu memalukannya. betul ke ek ?

Kak Cha berkata... [Maklum Balas]

ermm kalu bukan org islam tu blh la dimaafkan lagi.. mungkin seBab tak tahu ttg hukum islam.. tp kalu orang Islam tp still lagi menghulur salam pada mereka bukan muhrimnya.. tu yg mslhnya... =)

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

pakai jalah sarung tangan, tak boleh ke?

::FAIZ FARISH:: berkata... [Maklum Balas]

aku penah nmpk ustazah aku masa skolah, salam gak lelaki, tapi dia lapik tangan ngan tudung dia yg labuh....

white rose berkata... [Maklum Balas]

isu yg sama berlaku kat akak...
org VVIP dtg ke sekolah,
akak sebagai jurukamera just snap & alu2kan kedatangan mereka...

skali tu anak tan sri tu nak salam dgn akak...
kau tau apa akak buat???
miahahaaahha...

"MAAF, TAK BOLE SALAM..."

"eh, tak boleh ek?"

"MAAF YAA..."

akak just senyum je...

ckLah@xiiinam berkata... [Maklum Balas]

Bagus Man...
Memang ramai yang ambil mudah hal ini...
Anak bujang tunggal ckLah yang 14 tahun itu, setiap kali ke rumah makcik2 sebelah suami selalu kena kutuk sebab dia berkeras tak mahu bersalam dengan sepupu2 perempuan dia yang sebaya....

(Masa mula2 kawin dulu pun cklah kena sebab tak salam dengan abang-abang ipar...) Lama-lama mereka diam, sebab tau cklah bukan sombong sebenarnya...baik. Cuma tak nak salam je. Hehehe

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

salam

kalau ada majlis yang melibatkan VIP perempuan, aku akan larik dulu....

NzA berkata... [Maklum Balas]

susah org xfaham hukum..nk kata xpndai baca, mrk kategori bijak pndai, nk kata katak bwh tempurung, mrk slalu trbang sana sini, nk kata xde tv...ooooo..sebesar dinding kt umah..ttp buat2 buta + pekak bab2 agama kot..

Anak2 akak skrg tgh bising2 ttg pengetua baru(pompuan) dok salam2 dgn pelajar lelaki..plajar lelaki tu bkn anak2 hingusan lg ttp dh layak jd bapak org....

mR.sYaH berkata... [Maklum Balas]

alah ckp je terus terang dgn vip tu... ckp dengan dia sorang jelah xyah ckp kuat2.. hehe..
perkara ni prnh berlaku pada heliza dulu.. hehe..

a kl citizen berkata... [Maklum Balas]

memang serba salah ...
cakap je lah , atau mesej dia sebelum dia datang... :)

ish... tak reti nak bagi idea

TiKa LEh berkata... [Maklum Balas]

erm, nmpk sng tp susah..trylah ckp mcm kak white rose buat tu tp ckp baik2 kot..

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

masa konvo kpli dulu, bila raja perlis nak salam, akak lapik ngan kain tudung.....
:)

Naz berkata... [Maklum Balas]

respek..respek... semoga ko terus mempertahankan prinsip2 Islam dlm hidup. yang haram terang2 haramnya. tepuk dada tanya iman... :)

nunama berkata... [Maklum Balas]

Hysman:
kalau depa hulur tangan lagi, tunduk hormat macam org Jepun tuh. xpun, tundukkan kepala sikit sambil senyum manis. hehehe. sure2, dorang terkedu pastu, dorang tersenyum malu. ops. tersenyum simpul. hihi.

insyaAllah berkesan. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Cik Ungu Violet
itu pon ade saye dengar...tp mengikut hadith kat ats nih masih jugak tak boleh... betul tak?

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Kak Cha
kdg2 manusia ni dah taw tp buat2 tak taw... :(

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Dinas Aldi
nnt kate najis pulak...
adeii...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@::FAIZ FARISH::
itulah ygterbaik....

hysman berkata... [Maklum Balas]

@white rose
berani mati kak yer..
hahaha....
terbaek la cikgu....
huhu

hysman berkata... [Maklum Balas]

@ckLah@xiiinam
bukan mudah nk pahamkan org..
tp bila kita tolak dgn cara baek,insyaAllah org akan nmpk tersiratnya... respeklah kat cikgu.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@IMANSHAH
waalaikumussalam wbt..
klu kena kejar?
hahaha

hysman berkata... [Maklum Balas]

@NzA
dorg tahu kak,tp buat2 tak nmpk.ape;ah sgt..itukan cuma tapak tngan jer..katenyer...

pengetua tu gatal kot...
alamak? hehee

hysman berkata... [Maklum Balas]

@mR.sYaH
berani ke saye nk bersuara...
saye hnya pencacai dlm tu...

hysman berkata... [Maklum Balas]

@a kl citizen
penah pulak beliau balas..
sblh mata pon tak dipndang kak..
:(

hysman berkata... [Maklum Balas]

@TiKa LEh
kak WR to hebat...
hanya 'miahahaha' beliau pon dah boleh gugur buah rambutan..
hehe..ampun kak.. "p

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Tukang cerita
aik,bkn ker konvo pkai jubah...
payah gak tu kak..
terbaek kak.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Naz
hehehe...
aku jahat gak Naz,
cuma bnda yg terang2 salah tu konon2 cuba elakkn..
klu tak buang duit jer kecik2 mak abah aku kasi aku skolah agama tingi2.... :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@nunama
itu saye stuju...
ia jugak memberi kesan yg dalam pd si polana..
mgkin memalukan...
tp sbg pengajaran..

niesz berkata... [Maklum Balas]

betul3!niesz sokong 100%, dosa tetap dosa even pngkt die tggi mane pon..