Geram Punya Garam..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Moga anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. InsyaAllah.

Semalam aku ada terbaca satu ruangan interaktif di dada sebuah akhbar.
Ini luahan hati pembaca yang tidak berpuas hati dengan negara seberang tambak.
Geram betul gayanya, tapi aku bersependapat dengan kata-kata beliau.

Kerajaan terlalu berlembut dengan Singapura sehingga mereka buat bodoh tuntutan kita selama ini. Tengok saja penambakan tanah yang mereka lakukan, semuannya menghadap ke arah Johor yang menimbulkan kesan buruk akibat aliran air yang semakin sempit antara kedua negara hingga memberi impak kepada ekonomi negeri ini. Sekirannya mereka tiada niat jahat, kenapa mereka tidak menambak saja kawasan yang menghadap Laut China Selatan seberapa luas yang mereka mahu? Kalau boleh sambung terus ke benua Amerika. Dengan itu, lori kita pun boleh ikut jalan darat untuk ke sana. Secara tidak langsung dapat juga hasil kutipan tol Singapura-Amerika. Mereka untung kita pun untung. Ini tidak mereka saja yang untung memanjang – ASAL TANAH
Isu sensitif? Banyak lagi isu sensitif pasal mereka.
Kalau semua dikaitkan dengan sensitiviti, siapa yang mahu bersuara?
Mereka tambak pasir, kita senyap. Kita mahu jambatan bengkok, mereka bantah keras.
Walaupun sudah ada CIQ baru,
jambatan bengkok pun akhirnya terbatal dengan mudahnya.
Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.
Kalau nak tanya aku, memang aku kurang berkenan dengan mereka.
Angkuh dan bongkak...

Iya, memang mereka ke sini dapat menjana ekonomi pelancongan negara kita,
Tapi kita jangan ambil sambil lewa.
Mereka terlalu 'bebas' sehingga mengisi RON95 tiada siapa berani ambil tindakan.
Memecut di lorong kecemasan lebuh raya tiada siapa berani saman.
Mereka merasuah kita, tiada siapa berani buka mulut.
Mereka punca jalan sesak, tiada siapa berani menyelit di antara mereka.

 

Malaysia kini akan mereka jadikan tempat untuk meninggalkan 'benih'.
Yang akhirnya 'benih' mereka secara automatik menjadi
WARGANEGARA MALAYSIA.
Selepas tanah bumiputera mereka kuasai, istana batu megah berdiri.
Maka bertambahlah rakyat mereka di sini bertopengkan MyKad.
Tapi agenda akar umbi tetap sama. Mudah kan?

Dulu mereka keluar masuk ke negara kita tanpa dikenakan levi,
Tapi kita naik motor ke sana pun dikenakan RM9.40 sehari.
Apatah lagi kereta kita dicaj RM44.80 sehari bila ke sana.
Bila mereka ke Malaysia, satu sen langsung tak disentuh. Suka hati keluar masuk.
Malah saman mereka berjuta ringgit tak berbayar, hal remeh.

Aku geram dengan mereka sebenarnya...
Bertahun-tahun aku bernafas, selangkah pun tak pernah jejakkan kaki lagi ke negara mereka.
Ramai yang pelik jika aku kata aku tak pernah lagi ke seberang tambak.
Walaupun negara mereka boleh dilihat hanya dari tingkap rumah aku jer.
Bak kata seorang ustaz,
"Buat apa kau nak melabur kat negara yang megah dengan kasino? Baik kau ke Langkawi"
(merujuk kepada papan iklan dalam lif yang ditampal oleh sebuah agensi perlancongan tentang pakej murah percutian ke Universal Studio dan ke Langkawi, tapi kini ke Universal Studio dah pun dikoyakkan, oleh siapa.. Huallahualam)

**Hari ini, sikit lagi aku nak dilanggar kereta 'mereka'. Orang kita sendiri beri laluan, yang mereka sungguh angkuh ibarat jalan di Johor Bahru ni hanya untuk kaum mereka saja. SubhanaAllah...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

20 komen:

Citarasa Rinduan berkata... [Maklum Balas]

subhanallah..mujur awak tak kena kecelakaan apa2..
kak pun mmg hangin ttg kes kereta mereka yang suka2 bawa mcm orang ketagih memandu.
kalau kak drive balik mersing.bawa dalam 100km...depa damm lampu tinggi2....
seolah2 mereka raja.
tak suka,,,,


kita bakor mereka..kita bakor jer hsyman....

(lawak sikit ikut dilem hantu kak limah..eheheh)

Oasis berkata... [Maklum Balas]

Walaupun bilangan mereka kecil, tp mereka lagi berani dari kita kan...dah lama kita asyik berlembut..hurmm

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

well said. =)

satu demi satu sudah terlepas.

ADfeez berkata... [Maklum Balas]

kita nie mmg kaum yang mudah kasihan dan bertolak ansur... sebb tu kekadang mereka mudah ambik kesempatan pada kita...

white rose berkata... [Maklum Balas]

jom bom kan negara mereka...

mereka ni topeng amerika...

tu nak tunjuk belang konon2 mereka org berjaya, walhal dah kena ikat lehernye...

NzA berkata... [Maklum Balas]

xfaham dgn sikap pihak2 trtentu boleh brdiam diri dlm isu2 trtentu ttp cpt melatah kalu isu2 brkaitan politik.

::FAIZ FARISH:: berkata... [Maklum Balas]

stuju ngan citarasa

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Sbb negara terlalu berlembut lar diorg makin pijak kepala.

Pencacai Alim berkata... [Maklum Balas]

kita ni tu antara masalah..negara lain bt taik, kita sabar..sabar..

Fairus Bin Mamat berkata... [Maklum Balas]

SINGAPORE? ERM.. NAK KATA TAK SUKA, TAPI SEDARA MARA AKU ADA KAT SANA.. SINGAPORE OK KOT.. KERAJAAN DIA JE CAM HAMPEH..

apezs shah berkata... [Maklum Balas]

Salam

Biar betol? astarfirullahalhalazim.
Biar betol derang ni. Naseb baek xmelanggar u. Kalau tidak betol2 kurang ajar, ngat ni tempat derang
kot. kenapa laa kerajaan ni terlalu
tutup mata.. tak faham la, ape agenda sebenarnya. alhamdulillah naseb u selamat. and setuju juga dengan pendapat pengkritik tu.

hazlin berkata... [Maklum Balas]

kenapa kerajaan malaysia tak tambak tanah kat johor pulak?
kenapa tak saman je dorang yg buat kesalahan tu?
kenapa tak tangkap je yg tak bayar saman tu?
keeeeee ada yg dah kena suap?
hehehe

n@jwamz berkata... [Maklum Balas]

sume salah siapa? kita rakyat biasa ni, cakap ape pun tarak guna..then nak terus support..support and support lagi?? buka mata buka hati..

well said

*kebenaran akan menang akhirnya

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

assalamualaikum...'

aku faham perasaan ko..walau apepun, semoga kerajaan kita terus bertegas dalam hal ini kan

Jojoe berkata... [Maklum Balas]

SETUJU!!!
kalo ada pihak berwajib yg bca blog ni kan bagus,,, mayb mereka perlu dsedarkan dalam hal2 sebegini... sabar jelah..

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

erk.. tetibe terasa aku ke "benih" tu?

Citarasa Rinduan berkata... [Maklum Balas]

hsyman--
jom..join gathering,
dah ada no hp kak ayu kan?

niesz berkata... [Maklum Balas]

malaysia ni baik sgt ngn org luar, semue bnda nk bg free, cube kalau kite yg mintk, xdpt nyer..tlg la kurangkan kedtngn penduduk asing kat sini, rimas mata ni tgk..

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

bab ni ku lemah sikit nk di perkatakan

sendiri mkn pengat sendiri mau ingat

kalau tak reti ingat meh sini hysman sekeh dia

=_=

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

hmm...siapa lah kita..

kalau kita dok bising2 pun..org atas tk ambil pusing...payah juga kan..?

moga2 pihak atasan..buka mata....

takkan la...nk biarkan kita merusuh mcm kt negara2 lain skrg ni..br nk ambil tindakn..? huhu...

jom ke APA KATA HATI pulak,
MOUSQUES AROUND THE WORLD