Telur Berantakan..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Aku ada satu pengalaman nak kongsi.
Satu pagi, semasa di sebuah hotel bukan kat Malaysia,
keinginan aku untuk sarapan telur separuh masak membuak-buak. Entah kenapa...
Tiba masa nak pecahkan telur, rupanya telur tu tak masak lagi, mentahlah...
Aku boleh terima lagi. Layankan saja.
Tapi bila aku nak pecahkan telur kedua, adeiii...
Ada 'peta' cantik punya kat kulit telur. Mungkin mereka basuh tak bersih.
Member aku kata itu tahi ayam. Aduh... Potong stim betullah.
Semua budak-budak ketawa berdekah-dekah. Grr...
Mujur bukan telur tembelang. Terus aku tak selera nak makan, tinggalkan je.
Aduh kempunan...



Jadi terkeluar satu cerita dari member, macamana nak tahu sebiji telur tu busuk atau baik.
Selalunya kena bila nak makan telur separuh masak. Nasiblah kan.
Sesetengah orang juga memanggil telur busuk ini sebagai telur tembelang. 
Kira sinonimlah. Lawannya telur cemerlang lagi terbilang.
Macam ni, sebelum nak masak telur, cuba anda rendamkan dalam air sejuk..
Jika telur tadi tenggelam, maka telur elok dan segarlah telur itu.
Tapi sekiranya ia timbul, maka ianya sudah pun rosak...

Pesal apa?
Ini kerana didalam telur itu sudah mengandungi kantong udara.
Kedudukan kuning telur yang tidak fleksibel berada di posisinya yang betul,
iaitu di tengah-tengah telur.
Kuning telur yang sudah berhampiran dan juga bergeser dengan kulit,
menyebabkan bahagian berudara itu wujud.

Mudah kan? Tapi ini tips dari member akulah.
Kalau dia tipu, aku pun tipulah. Hehe...

**Kalau anda nak teruskan makan ke? Atau report pada customer service. Hehee...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

14 komen:

apezs shah berkata... [Maklum Balas]

Salam

Cayalah u.. Betollah tu.
Ramai petua pon cakap mcmtu.
Nak tahu rosak ke tidakkan.
Thanks this info.!! ;)

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

kata2 mu itu buat ku menjadi nyilu x tahu napa

=_=

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Betol lar tips membermu itu...

tak lalu nak mkn telur separuh masak, buatkan utk asben jer...

NzA berkata... [Maklum Balas]

kesian adik akak sorg nie..kempunan...kempunan..meh sini akak masakkan telur separuh msk...

hazlin berkata... [Maklum Balas]

kesiannya.. huhuhu..

Oasis berkata... [Maklum Balas]

haha. ok lgi tu...klu g kedai mamak selalu juga terkena. bukan telur tak masak tapi terlebih masak.

Tapi tips tadi tu berguna gak. Thanks

me_nazri berkata... [Maklum Balas]

tapikan..ini ape yang aku belajr dalam kelas...

memang dalam telur tu ade ruang udara...

Cik Ungu Kamila berkata... [Maklum Balas]

harap-harap tips tu betul. hehehe. nice entri :D

wahida berkata... [Maklum Balas]

kalau akak x makan dan x report pada customer service...

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

oh..begitu ke...nk try la nnti... :)

kalau sy....sy report je..tp cakap elok2 la...supaya mereka sedar kesilapan mereka... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MOSQUES AROUND THE WORLD

mahfudzah berkata... [Maklum Balas]

mcm tu rupenyee..haha..siap xtahuuu..:)

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

terima kasih atas petua yg sangat berguna tu chef Hysman, hehehe

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

setakat ni, x penah lagi dpt telor rosak. alhamdulillah. =)

keh3x

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

betoiii lah tu caranyerrr atok aku kat kampung rendam yelur ayam tu kalau timbul tak leh pakai dah masuk angin...

tapi ade gak bila pecahkan jerr telur keluar anak ayam....