Nak Kahwin Boleh Tak..

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Moga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah.

Haritu khutbah Jumaat menyentuh berkenaan Munakahat.
Semalam slot Tanyalah Ustazah berkenaan Munakahat juga.
Sekarang ni musim kahwin, jadi itu 'topik' yang perlu ditekankan buat masa ini.
Bila dengar balik khutbah Jumaat semalam banyak pulak yang kita lupa perkara yang asas.
Sekolah agama bertahun-tahun, tapi ilmunya hanyut entah ke mana.
Bila cerita bab kahwin, amboi cepat je. Tapi, entah prosedurnya semua ke laut.
Lupa katanya... Ada yang kata bertunang dulu baru merisik nak kahwin. Adeii...
Kalau lupa rujuklah pada yang mereka pakar. Dan...
Jangan pertikaikan kenapa perlu kursus kahwin, kena buat ujian HIV/AIDS.
Bersebab semuanya.

Cuti sekolah dah nak mula, majlis kahwin di sana sini,
Cikgu semua suka gembira, pengantin pula menghitung hari.

Bermula hari ni, sampai hujung bulan ni Sabtu Ahad full jemputan kahwin.
Semua sahabat terdekat.
Orang kata kalau tak pergi, majlis kita orang tak datang.
Itu pasal la makcik-makcik kat office tu semua tak pernah tak pergi majlis 'anak buah'.
Risau orang tak datang ke majlis kahwin anak mereka.
Dah kurang salam kaut, karang tak balik modal. Hehe...
Sekadar gurauan. Tapi itulah realitinya.
Yang perlu kita tahu, WAJIB hadirkan diri ke majlis jika kita dijemput.
Kalau tak boleh datang jugak, kirim sajalah.
Jangan terlalu mengharapkan nasi berkat dan bunga paha yer.

Sebelum tu nak ucap Selamat Pengantin Baru untuk semua yang jadi pengantin.



Dalam khutbah Jumaat lepas ada sebut berkenaan 4 perkara untuk memilih calon isteri, 
kerana HARTAnya kah? 
kerana KETURUNANnya kah? 
kerana KECANTIKANnya kah? 
atau kerana AGAMAnya kah? 
Maka pilihlah AGAMANYA, nescaya akan SELAMAT. InsyaAllah.

**Teringat sekolah agama dulu, ustazah selalu perli aku, "bila masuk bab kahwin jer mata awak segar bugar je yer" hehe...


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

16 komen:

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

sensitip2

Jojoe berkata... [Maklum Balas]

boleh ajer..hehe

ckLah berkata... [Maklum Balas]

Ooooooo...belum kawin ghopenye!

:D

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

Jawapan pada tajuk entri, "Bolehhhhhhhhhhhhhh!"

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

wan suka g org kahwin

tgk gadis2 bg bunga telur

kdg2 cun2 tpi ada gak kdg2 tu hanco

hahahaha


tambah lg 1 memilih calon isteri

*pandai urut ye

kehkehkeh

white rose berkata... [Maklum Balas]

huh...
mood : diam seketika...
muhasabah diri...

:(

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

pegi kenduri kawen la best. senang bertemu jodoh. keh3x

:: noremy bte rahmat :: berkata... [Maklum Balas]

heheheheh..

tingat time stadi dulu,kalo kuliah fiqh munakahat msti semua tak titow...

(^_^)

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

zaman aku dah berlalu huhuhhhhh

SiNoMoSa berkata... [Maklum Balas]

salam hysman,

lama tak singah ke sini..
nak kawen gak hehe..tunggu sang teruna lambat sgt keluar dari persembunyian hehe

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Hysman...... dah sampai seru ker? :D

Muhsin Aminudin berkata... [Maklum Balas]

jgn kahwin pastu terabai plak. huhu

support saya dalam

10 hours challenge start

Faizal berkata... [Maklum Balas]

haha..superb! like dis :)

hazlin berkata... [Maklum Balas]

suka g kenduri sebab dapat jumpa dan berkenal-kenalan dgn saudara mara.

aleen aiden berkata... [Maklum Balas]

taun nih ramai kawan alin yg nak mendirikan rumah tangga.stress btul....stres sbb nak menjwb soalan "kamu bile lagi".hu3

Fairus Bin Mamat berkata... [Maklum Balas]

KALAU SUDAH ADA KEMAMPUAN TU.. KAWIN AJELAH.. CARI YANG HALAL.. JANGAN CARI "KESEDAPAN" DENGAN CARA HARAM..