Saudara Kita..

Assalammaualaikum dan salam sejahtera.
Berlaku pagi tadi...
Seorang wanita India kelihatan serba daif bersama 4 orang anaknya yang masih kecil.
"Encik, orang bukan Islam boleh masuk ke sini ke?"
Jawab aku,
"Boleh puan, tapi boleh saya tanya atas urusan apa ye? Mungkin saya boleh bantu?"
Sambil tunjukkan anaknya yang masih kecil dalam dakapan.
"Saya dan anak-anak saya semua ni nak masuk Islam."
Aku dengan nada menyokong penuh,
"Alhamdulillah, kalau macam tu puan boleh ke bahagian dakwah di tingkat 2. Terus saja ni..."


Subhanallah...
Terus meremang aku, bagai ada satu tanggungjawab berat yang perlu aku bantu.
Disebabkan aku pun terkejar-kejar nak berjumpa bos besar yang dah memanggil,
aku hanya sempat tunjukkan arah jalan menggunakan isyarat jari.
Teruk betul perangai aku, bukannya apa...
Sepatutnya aku bawa mereka terus ke pejabat sepatutnya. Utamakan mereka.
Aku terasa bagaikan tak sempurnakan tanggungjawab aku sebagai hambaNya.
Sepatutnya 'saudara baru' kita perlu bimbing dan ajaknya teguh pada ajaran Islam.
Biarkan dia nampak bagaiman gaya hidup saudara seislamnya yang sebenar nanti.
Bukan membiarkannya sorang-sorang mencari 'hala tuju'.
Kita nak mengajak orang bukan Islam anut agama suci Islam memang payah...
Tapi bila ada yang sukarela masuk Islam kita wajib sokong dan
bantu mentarbiahkan mereka.
Supaya mereka tetap dan faham apa maksud Islam itu yang sebenar.

Ada yang kata mereka masuk Islam kerana mahukan bantuan.
Tak mengaplah, selagi mereka berpegang status Islam wang zakat ada kuotanya untuk mereka. Perlu dibantu. Tiada diskriminasi...


**Bersyukurlah kita sejak lahir dah ada agama Islam yang terang-terang tercatit dalam IC..

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

17 komen:

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah...makin betambah umat islam.. :)

tk mengapa lah...kali ni tersila..esk lusa jgn ulangi lagi.. :)

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

betul tu.. klu boleh kita kena bantu mereka.. bila mereka masuk islam, mereka bagaikan kain putih..

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

Ya Allah...tetiba jadi sebak lak baca...(emo terlebey)...

CikguAreefNaim berkata... [Maklum Balas]

assalamu 'alaikum man,

sy pun, selalu dh terlps nak tolog org, bru nak menyesal...

kkdg mmg kita ada keja yg lbh penting, tp klu kita dahulukan pertolongn tu tk rugi pun... kkdg tu,keja yg kita sangka penting tu jd biasa2 jer, lbh baik klu kita hulurkn pertolongn terlbh dahulu...

niesz berkata... [Maklum Balas]

betul tu, mana tahu dia iklas nk masuk islam, moga die mendapat hidayah dan sentiase di bwh rahmatNYA..

Sham berkata... [Maklum Balas]

hanya Allah yang maha mengetahui...

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

tak apa. kau sudah buat bahagian kau.

Alhamdulillah.

=)

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

aaaa! kite touching dan sentuhan la pok cik!!:(

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

Salam

Seronok keje hang Man, boleh bertemu kes2 macam ni

::FAIZ:: berkata... [Maklum Balas]

semoga ramai lg yg masuk Islam

NzA berkata... [Maklum Balas]

semoga Allah sntiasa memberi sinar dlm kehidupan mereka...amin.

Aleen Aiden berkata... [Maklum Balas]

subhanallah..tompang bangga.rase berbunga2 je dengar cite nih.hu3.semoga kehidupan mereka akan lebih baik dan terbimbing lepas nih.

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Alhamdulillah...bersyukur mbaca entry ini, bertambah lagi umat islam...:)

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

insyALLAH tahun ini tahun pertama ku berzakat

alahmdulilah happy sebab dapat membantu org2 yg memerlukan

wahida berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah...bertambah lagi umat Islam...

white rose berkata... [Maklum Balas]

subhanallah, alhamdulillah...
syukur mereka diberikan hidayah...

man kena pimpin mereka dgn sebaiknye sebab man dekat dgn mereka...
amik tahu dimana mereka tggal & berikan sokongan kpd mereka...

akak doakan semoga semuanya berjalan lancar

Unknown berkata... [Maklum Balas]

selamat malam dik..
lama kak tak singgah sini...
rasa rindu ke blog smily myfta....

PS: sangat2 setuju dgn entry ini..saudara baru perlu dibantu,,,,tanda sokongan mereka percaya pada agama kita....allahuakhbar