Kekayaan? Antara Ilmu dan Ya Robbi..

“Satu hari nanti aku dah kaya baru korang kenal aku, barulah korang pandang aku ni siapa…”. Itulah iras-iras bunyi ayat yang keluar dari mulut kawan teman. Teman pun tanpa berfikir panjang terus membidas, “Kau jamin ke orang datang kat kau time tu untuk bersahabat baik dengan kau atau dia datang sekadar singgah untuk ambil kesempatan di atas kekayaan kau?”. Teman tak kisah pun jika suatu hari mendatang, kau betul-betul kaya raya, banglo mewah, kereta Lamborghini, segalanya dalam hidup kau pada masa itu cukup selesa dengan piawaian kelas 5 bintang. Tapi kau jamin ke kau akan bahagia pada masa tersebut? Adakah duit segala-galanya bagi kau? “Iya” itulah jawapan yang beliau berikan. Duit adalah segalanya. Tergamam teman seketika.

Ilmu...

Lantang beliau bersuara, “Kau jangan samakan aku dengan orang lain, dorang belajo tinggi-tinggi memanglah dorang pandai boleh kaya. Walaupun aku macam ni takde ilmu tapi aku nak jugak kaya macam dorang. Biar takde ilmu tapi ade duit. Dengan duit boleh buat segalanya, apa-apa boleh jadi dengan duit”. “Bro, orang yang kerja jaga toilet tu pun kena ada pengetahuan matematik nak balikkan duit orang, itu ilmu la kan? Tak penting ke cari ilmu bagi kau kalau kau nak kaya dimasa depan?” Tanya aku. Beliau terus berdegil keras kepala.

Ya Robbi...

Tidak terdetik di hati kecil mu, siapa yang memberi harta yang bertimbun kalau bukan ALLAH?? Siapa yang menjadikan kamu orang kaya kalau bukan ALLAH?? Setiap yang kamu lakukan dan kamu dapatkan segala-galanya milik Allah SWT. Tak guna jika harta kau yang menimbun tapi kau lupa bahawa Dia yang memberi. Solat pun tidak. Tak guna jika kemewahan yang berganda tapi kau lupa untuk sujud bersyukur kepada Dia. Wang bukan segalanya, sebetulnya amalan dan ilmu itulah yang akan dibawa nanti. OH!! ingatlah, duit tak bawa ke mati pun.. duit tak boleh masuk kubur pun.. renung-renungkahlah.. Jadi carilah ilmu, kerana ada ilmu dan usaha insyaAllah kekayaan aku mengiringi sama.

 

Adakah harta kita yang bertimbun kita gunakan untuk jalan ALLAH?? Adakah kita akan bahagia dengan semua itu?? Tepuk dada tanya iman...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

6 komen:

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

salam

teman kaya budi bahasa,,cukup!! noktah!!

Unknown berkata... [Maklum Balas]

assalamualaikum adikku hsyman

yang penting apa jua ilmu yang ada... perlu dikongsi..

psst: tak bawa kematikan pun kan??

NzA berkata... [Maklum Balas]

bersyukur dgn kurniaan dr ALLAH cuma sbgai manusia kita perlu brusha n brtawakal..

bersyukur dgn apa yg ada.

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul

diy bumbung kereta karat

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

bangun pagi pagi lepas mandi kita semayang
nak g sekolah cium tangan ayah ibu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

balik sekolah bila dah lepas makan
kerja cikgu suruh kita buat selalu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

diwaktu petang adik g ngaji quran
bila dah malam rajinlah baca buku

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

masa belajar tanamlah sifat nak melawan
biar periksa dapat nombor 1

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

masa mengaji toksoh malu toksoh segan
benda hok tak tahu cepat-cepat tanya cikgu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

dadah dan ganja jangan adik nak telan
bila ketagih tubuh segar jadi layu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

bila dah kaya jadi pegawai kerajaan
jangan mu lupa jasa ayah dan ibu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

perkara hok baik adik ambik buat teladan
perkara hok buruk jangan adik nak tiru

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

Sham berkata... [Maklum Balas]

sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dapat memberi manfaat kepada semua orang...

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama