Pengorbanan Seorang Ibu..

Masa usia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, "Tak mahu!, Tak mahu!". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,.... "itu bukan urusan ibu!"

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. 

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... "itu dulu , sekarang zaman moden". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, "kami sibuk...tak ada masa nak datang". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari... kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas, ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok. Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandanny aku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... MALU!.. 

Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru, apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan. Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku.... Seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat. Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas..... Pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak..


**SELAMAT ULANGTAHUN buat ayahanda Hj. Mohamad pada hari semalam 6 Mei dan bersempena hari ibu 2011 pada 8 Mei esok, saya nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibunda Hjh. Rokiah. Moga ibunda dan ayahanda tercinta diberi kesihatan yang baik di bawah lindungan Allah SWT, insyaAllah... SELAMAT HARI LAHIR juga buat sahabat saya Mohd. Halim pada hari ini 7 Mei. Moga segala yang dilakukan kalian diredhai Allah dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan hendahnya. Amin...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

15 komen:

Unknown berkata... [Maklum Balas]

selamat malam hsyman..
selamat hari ibu utk bondamu
dan selamat hari lahir untuk ayahmu...

PS; lama kak tak nampak kamu bersiaran.. semoga kamu sihat2 selalu

Sham berkata... [Maklum Balas]

muka ko ikut mak ko la bro...heee..moga Allah terus selamatkan mak2 kita...

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

patutlah dalam hati awak ada taman.....lembut hati....muka mak, anak mak ni.......
:)

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

semoga man kekal menjadi anak yang baik buat ayah bonda sampai bila-bila..

zaMir berkata... [Maklum Balas]

tersentap sekejap baca entry ini...trima kasih krana mngingatkan...

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk ayah Man & Selamat Hari Ibu untuk mak Man..

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

”Mummy I love You”...
Doa ku untuk mu
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be establishe
Surah Ibrahim 14:41

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.


~~~~~~~@@@~~~~~~
Buah mangga buah jambu
Kedua buah dibuat rujak
Aku bangga padamu ibu
Walau lelah tetaplah bijak
~~~~~~~@@@~~~~~~
Roti keju tidaklah mahal
Roti sumbu cukuplah murah
Walau anakmu sungguh nakal
Kasihmu ibu tetap tercurah
~~~~~~~@@@~~~~~~
Anak katak di pinggir sawah
Anak lembu pergi ke taman
Kasih anak sepanjang galah
Kasih ibu sepanjang zaman
~~~~~~~@@@~~~~~~

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Citarasa Rinduan

terima kasih kak,
lama tak nmpk pesal bz byk keje menimbun kak..hehe....

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Sham

iye ker same cikgu? hahaaa.... sama la juga moga Allah selamatkan ibu2 kita..... :)

NzA berkata... [Maklum Balas]

itulh pengorbanan ikhlas seorg ibu..hargailah mrk sewaktu mrk masih hidup..
selamat hari ibu untuk bonda Hjh Rokiah. Semoga sntiasa dirahmati Allah swt..
juga slamat ulang thn kelahiran buat ayahnda Hj Mohd..semoga dikurniakan kesihatan yg baik..Amin.

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Tukang cerita

klu lain rupa acuan lain plak nnt org ckp.. ahaks....

hysman berkata... [Maklum Balas]

@hazlin nazri

insyaAllah kak....
sama2 la kite ye kak.. tq kak... :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@zaMir

same2.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

@Afzainizam

tq bro fe da pantun.. terbaek..
hehe..
btw, selamat hari ibu buat ibunda bro dan ibu seluruh donia.. :)

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

Seumur hidup pun takkan dapat balas segala jasa seorang ibu, terlalu banyak, terlalu tinggi. Hanya dapat menadah tangan berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkatinya.