Salam AidilAdha..

Berkorbanlah jua andai diri tetap di uji. Tanpa sebarang klu Allah menurunkan wahyu supaya Nabi Ismail perlu dikorbankan. Tanpa sebarang persoalan perintah dilakukan. Hebat sungguh pengorbanan ini. Pengorbanan yang dilakukan tatkala diuji. .
“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH

Ada apa di sebalik kisah kambing?

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.

Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.

HAMBA YANG LUPA

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

SALAM AIDILADHA..... . Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Merpati Dua Sejoli..

Dengan ucapan Selamat Pengantin Baru buat rakan sepengajian dan kini sebagai rakan sepejabat aku Nurazrin Hafila dan pasangannya Mohd Amirul Azri. Mereka telah selamat diijab qabulkan pagi semalam dengan hanya sekali lafaz sahaja. Syukur, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Lepas ini, debaran menunggu hari persandingan pada hujung minggu ini. Tahniah untuk kalian berdua!! Semoga diberkati Allah swt dan jodoh berpanjangan hingga ke nafas terakhir. InsyaAllah..
Jangan percaya gambar atas ni aku superimpose, makcik jangan marah yer.. Hehee..
*****Info tambahan tidak ada kaitan dengan topik di atas*****
Sering kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka yang berkahwin. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh.. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan barakah2.jpg (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, barakah1.jpg (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

barakah3.jpg(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

~ Selamat pengantin baru. Semoga korang diberkati olehNya! Amin..

.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Cerita Kedai Kopi..

Sebagai muqadimah, pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.
Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat. Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala aurat bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah. Tetapi ada waktu aurat wanita sama seperti lelaki pusat ke lutut dalam keadaan bersendirian atau tertentu. Aku tulis apa yang aku faham tapi kalau aku tersilap bicara sila perbetulkan para ustaz dan ustazah.
Klimaksnya, semalam aku pergi ke sebuah supermarket untuk beli barangan basah ayam, ikan, daging, udang, sayur etc. Sambil aku menunggu mak abah aku sibuk memilih sayur, aku didatangi beberapa orang salesgirl Celcom untuk mempromosikan pek permulaan bagi syarikat telekomunikasi gergasi tersebut. Aku fikir yang datang menghadap aku itu berbangsa cina rupanya bangsa aku sendiri melayu. Dengan pantas aku cakap aku tak nak.
Nak dijadikan cerita kat sini, aku rasa pelik dalam ramai-ramai kelompok staff Celcom kat situ semua berbangsa cina baik lelaki mahupun perempuan yang memakai sweater panjang labuh (mungkin sejuk aircond) serta berseluar panjang hitam. Tapi ada beberapa kerat staf melayu kat situ hanya bermini skirt belahan sampai atas. Wahh!! Apa ni?? Aku pula yang rasa malu. Bukan aku nak tengok tetapi tertengok. Benda dah ada depan mata kan. Hahaha.. Saja gurau.. Mungkin aku nampak haritu saja, huallahualam jika hari lain.
Aku cuma terfikir, apa yang ada dalam minda remaja perempuan tersebut. Adakah perasaan bangga? Ingin menunjukkan betis yang cantik? Nak kelihatan seksi dikhalayak ramai? Entahlah.

Kadang-kadang sejak dua menjak ini, lelaki berpakaian terlebih litup kalah si perempuan sibuk nak separa berkemban bila bergambar. Hurmm.. Aku cerita ni tak ada motif cuma nak luahkan apa terbentang depan mata saja. Maaf sekiranya aku terguris mana-mana pihak. Aku ada terbaca satu blog pasal kenyataan seorang wanita beragama Islam berkenaan pendapat negatifnya terhadap pemakaian tudung. Tapi nanti lain masa aku cerita. Buat masa ini, ini saja yang sempat aku nak cerita. Aku menaip ni pun sebagai peringatan untuk diri aku juga. Alhamdulillah... Akhir kata "tepuk dada tanya iman".

Sebelum aku nak tutup entry ni aku nak cerita sikit apa yang aku nampak masa aku duduk menunggu abah aku beli kasut, aku terpana signboard ni. Apa yang pelik ye?? Hahahaa.. Tak perihatin betul taukeh kedai kasut ni. Main langgar je. Apa daa..... :)

Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mie Yabi..

Assalammualikum..
Lama sudah aku tak update blog senyum sokmo aku ni. Rindu terhenti woo.. Hahaha.. Maaf kalian, bukan aku lupa tapi tak berkesempatan dengan pelbagai masalah yang telah melanda kehidupan aku sebagai ahli nujum, dengan problem internet kena block dan beberapa masalah peribadi yang menghalang keaktifan aku dalam dunia tanpa sempadan ni. Hohoho.. Walau tak ada siapa yang rindu kat blog ni, tapi aku cuba maneruskan perjuangan ini. Perjuangan apa haa?? Eheee.. Aku pun tak tahu.. Jadi korang layan ke'enak'kan Mee ni dulu.. Adehh..

50% Halal?? Itu macam punya halal pun ada ka!! Ish3x...

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Memo Dari Masjid..

Untuk pengetahuan kita bersama..
.
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bahaya Sotong Kering..

Kanser Daripada Sotong Kering
Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
Oleh: NIZHA PERIASWAMY Sumber: KOSMO
.

. GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat. "Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK