Tak Jadi Juga Akhirnya..

Sebelum ni ada buat entry berkenaan penyangak Iran ini.
Boleh klik di sini... (Ctrl + klik)
Terima kasih pada kerajaan Malaysia yang mengambil berat prihal sensitiviti agama dan masyarakat. Alhamdulillah...

Merujuk akhbar semalam, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesahkan,
Konsert Mohsen Namjoo yang diadakan pada hari Jumaat ini telahpun dibatalkan.
 Penyanyi yang dikaitkan menghina Islam, al-Quran dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW ini, tidak sewenang-wenangnya mengadakan konsert di Malaysia yang ternyata agama rasminya adalah Islam.

Selain itu ada pihak yang membuat laporan polis bagi meminta campur tangan pihak polis untuk menyiasat bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini, sedangkan dia secara terbuka menghina Islam, selain melarikan diri daripada dikenakan hukuman penjara di negaranya sendiri, Iran.


** Pelik, macam mana artis yang terkenal ini boleh melarikan diri dari dikenakan hukuman penjara. Dunia... Dunia... Kehebatan dinar mengaburi pandangan.

Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

15 komen:

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah

terima kasih atas kerjasama semua pihak mendesak konsert ini dibatalkan

Unknown berkata... [Maklum Balas]

selamat malam adikku hysman

kak dah baca gak..suka sangat2
sekurangnya entry awak mungkin salah satu penyumbang konsert tu dibatalkan

Allahuakhbar..

niesz berkata... [Maklum Balas]

org mcm ni pon ade ke..huhu..g nyanyi tempat lain la..wat semak je..ehe..

white rose berkata... [Maklum Balas]

hahaha...
dia tak pemes, saje cari publisiti murahan...

malaysia kan mudah nak cari publisiti...

upsss...

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

dah kutuk2, lepas tu nak datang sini pulak. cetek betol otak die..

padan muka

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

alhamdulilah

tpi wan yakin kalau dia buat jugak

silap belum sempat menyanyi

polis tangkap dia

dan x ramai dtg

NzA berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah...
moga lain kali pihak2 brkenaan lebih peka supaya xjd isu....nmpk sgt xkisah.

Unknown berkata... [Maklum Balas]

bagus2..alhamdulillah...akhirnya kerajaan menegakkan keadilan

nunama berkata... [Maklum Balas]

good job! nasib baik sempat dibatalkan. kalau tidak, nau'zubillah.
Syukur. :)

::FAIZ:: berkata... [Maklum Balas]

nasib baik batal... huhu

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Rasanya kalo masyarakat beragama islam tak mendesak batalkan konsert nie, tak der ler diorang batalkan. Agaknya lar...

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

nasib baik depa dah cancel kan..kalau tak, mahu demonstrasi dibuatnya huhuhhhh

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

syukur lah....di sekat juga akhirnya... ;)

tk pe kalau sekarang dia terlepas...sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HANTU TETEK

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

haaa syukurlah dah kensel! :D

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

nice! tengok gaya pon, x semenggah jek.