Kesian Si Cepai..

Assalammualaikum..
Salam semua.. Lama sudah tuan rumah menghilang. Sudah beranak pinak sang lebah membina mahligai sesawang di teratak yg malap ni. Hahaa.. Maaf semua, dalam berapa hari ni aku tak ada mood nak 'online'. Pasal apa? Aku sendiri tak tahu apa hal. Mungkin mood raya dah habis barangkali. Adoii.. Dengan masalah modem lain ceritannya. Nak lagi akhir-akhir bulan ni, kelat semacam muka. Paham-paham saja la fulus makin berkurang, dugaan yang diberi bertubi-tubi. Tapi aku sempoi tak mudah melatah. Cheewahh!!! Poyo!! Aku tetap bersyukur dengan apa 'tragedi' yang telah menimpa mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku dan mungkin juga ianya sebagai ujian dari Allah yang masih sayang kat aku dengan memberi peringatan padaku. Alhamdulillah.. ;)

Tragedi lain pula yang berlaku minggu ni yang mencabar paradigma.. Aku masuk ke Jusco tak sampai 20 minit untuk membeli sabun basuh Daia (nak murah punya pasal ehee..). Keluar saja pintu, aku dapat rasa ada yang tak kena dengan kedudukan motor aku. Area belakang park Jusco tu memang tak banyak motor, ada la dalam 4 @ 5 biji motor time tu. Gaya semacam ada orang cuba nak melesapkan motor aku. Bila aku tengok saja fork lock, adoiii!! dah kena pecah tapi tak terburai lagi (retak menanti belah..). Mungkin line tak clear time tu jadi dorang terus cabut. Aku cuba masukkan kunci, nahas tak boleh buka. Mati kutu aku kat situ sorang-sorang tak boleh buka.

Last-last aku dah fedup hampir setengah jam aku kat situ dengan cuaca panas lagi aku geram aku tendang & hentak sama itu fork lock terus terbuka dengan sendirinya. Kuasa Allah, nak menduga tahap kesabaran aku. Hahahaa.. Alhamdulillah. Nasib baik perampok tersebut tak sempat sepak terajang, kalau tidak dengan mudah lesap motor aku. Hebat juga aku ni ek.. Hehee.. Actually, fork lock tu yang tak bagus. Syukur motor aku selamat. Apa lagi beli fork lock baru la gamaknya yang mahal, (mahal sikit jer).. Duit lagi.. Adoii..

Esokkan paginya, motor aku pancit pula.. Aku pergi ke pam minyak berdekatan isi angin. Sempat lagi terus ke tempat kerja. Bila time tengah hari aku nak beransur pergi ke solat Jumaat, dah tak ada angin lagi. Sekali aku baru terperasan skru sebesar tidak tala kat tayar aku. Fuhh!! Dahsyat.. Terpaksa menolak sampai ke kedai motor berdekatan (jauh actually..)

Sampai kat kedai aku beli tiub baru, aku dapat tengok yang si tukang kedai ni bikin macam tak senonoh & tak. Aku was-was tapi aku layan saja pasal aku nak cepat dah nak masuk waktu Zohor. Last-last kena cas RM10. Aku tanya kat tukang kedai apa hal murah sangat selalu RM12-RM14, dia jawab bagi diskaun kat aku pasal aku selalu datang ke kedainya. Aku apa lagi, terus press motor menuju ke masjid yang agak pedalaman. Keluar saja masjid aku tengok motor aku sekali lagi pancit. Astagfirullah.. Menolak la aku ke kedai tadi balik adalah dalam 2km jauhnya. Dengan panas terik, ceruk pedalaman aku menolak motor (azab beb..). Sampai saja ke kedai tadi aku sound si tukang kedai apa ini bikin, dia kata tayar aku dah tak bagus. Tapi rasional ke? Tak boleh pakai. Aku rasa baru awal tahun ni aku tukar tayar. Bila si tukang kedai ni buka balik tayar ada kesan koyakan akibat tersepit batang besi bila time proses dia masukkan tiub ke tayar tadi.Aku berangin satu badan tapi masih boleh tahan lagi. Aku sound si tukang kedai, tapi si apek ni buat muka tak bersalah. "Mana mungkin, saya buat takda penah jadi ini macam. Sulah ramai datang ini kedai suma ok saja, takda komplen". Perghh!! Aku sabar, hari Jumaat woo.. Aku malas nak banyak bunyi aku tukar tayar terus. Total semua aku kena bayar RM70 lebih tapi aku cuma bayar RM50 dan terus ambil langkat sejuta cabut.. Hahaa.. (Teruk giler perangai gwa) Cekik darah betul ini apek. Lepas ni sungguh aku tak nak jejak lagi kedai kau. Rasa in...

~ Walau apa pun cabaran dan dugaan, muka si Budak Kentang masih tersenyum gembira melayari kronologi kehidupan yang bakal ditempuh (poyo!!). Apa-apa pun, aku tetap sayang kau wahai Si Cepai.. Hehee.. Peace yaoww!!
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Uji IQ..

Lama juga aku tak post entry baru (padahal baru 4 hari weihh). Hehe.. Intenet rumah aku banyak problem, jadi aku online bila masa office hour (atas dasar nasehat Kak Lin, berokband aku tu dah pi anto masuk Zoo Teipen.. kesian beliau). Boss jangan marah yer. Hihikk..
Okay, aku nak share satu soalan uji minda. Email IQ test ni aku pernah dapat dari Engineer aku last few month ago. Aku dah dapat daa jawapannya kurang dari 2 minit beb.. Itu pun masih dikira lembab la.. Hahaa (yoyo'oo je aku..poyo!!). Tapi semalam bos aku resend lagi email IQ test ni kat aku. Memaksa aku untuk menge'share' dengan korang. Jom kasi layanzz..
.
***************************************************************
What is the value of the second row?
[Tengok jam kat taskbar bawah.. Okay SET, start NOW..]

(Click here to large pic)

NOTE: THE ANSWER WILL OPEN THE ATTACHED EXCEL FILE THEN YOU CAN ADD YOUR NAME IF YOU WANT!
. This is a mathematical challenge, and it's been said that: * If you're an engineer, you should be able to solve it in (under) three minutes, * if you're an architect, in three hours; * if you're a doctor, in six hours; * if you're an accountant, in three months and * If you're a lawyer, probably never. .
The answer is the password to open the spreadsheet that is attached to this email. If you figure it out, open the spreadsheet, type your name in, save it and resend it to your friends.
.
***************************************************************
.
Saja suka-suki.. Aku tahu jawapannya mudah bagi korang yang hebat tapi aku nak tahu berapa lama korang perah otak untuk dapatkan jawapannya.. Kasi habak mai kat kotak komen yer.. Chaw.. cin.. chaw..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Setahun Jagung..

Salam semua, Oktober 2009.. Bulan untuk aku meraikannya.. Happy Birthday to my blog. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan aku kekuatan untuk aku terus mencurahkan pandangan dan berkongsi idea serta maklumat dengan para pengunjung blog ini semenjak dari 10 Oktober 2008. (sory kali ni ayat gwa Dewan Bahasa Pustaka skit..ehee..)
.
Secara khususnya Sabtu 10 Oktober, jatuh pada hari ni genaplah setahun aku berada di alam blogger di teratak buruk SMILEMYFTA ni. Terima kasih kepada semua. Selama aku bertapak dalam dunia maya yang tanpa sempadan ni, bermacam-macam pengalaman dan pengajaran yang aku peroleh. Secara tak langsung, ramai teman-teman baru yang dapat aku kenal. Semuanya cool gila walaupun ada antara umur kalian jurangnya sangat jauh dari aku tapi aku cuba untuk mengikut rentak kalian. Yang guru ada, yang bisnesman ada, yang pelajar ada, yang opertor pengeluaran pun ada dan yang lain. Terus terang aku taip, aku gembira. Seronok membaca kisah teman blog lain yang ingin berkongsi kisah suka duka hidup mereka dengan menghasilkan artikel yang menarik dan info berguna untuk ditatap dan dikongsi bersama teman blogger lain. Ada juga yang mahu menonjolkan diri dan tak lupa juga yang mempromosikan diri. Siapakah?? Hahaha..
.
Sehingga kini 9 Oktober 2009 aku mempunyai 109 folowers, menulis 335 tulisan dan menerima lebih 8k pengunjung. Aku juga telah menerima lebih 4500 komen di atas semua tulisan dan 1200 paparan profile. Dalam blog ni aku tak banyak cerita pasal prihal peribadi, aku tak boleh nak menulis macam Kak Nurul, Naz, Farhana, Cikgu Imanshah, Kak Hazlin, DJ Epoi, Kak Idalara, Aminah, Karl, Kak Eiba, Liza Zul, Redynne, Kak Sulela, Fina dan ramai lagi yang pandai mengolah kisah mereka dalam konteks yang lebih universal. Aku banyak post dalam bentuk artikel atau info. Mungkin aku kerap updated blog ni pasal hanya takat cilok copy & paste dari kotak emailku saja. Teruklah orang macam aku ni. Hehe..
.
Banyak kenangan manis berbanding pahit yang aku harungi sepanjang setahun aku berblog. Blogger yang paling aktif komen aku dari awal tahun dulu hingga sekarang orangnya adalah 'pokcik' Naz (kaki 8 petala). Thank you my friend. Sepanjang perkenalan dengan beliau, banyak pengalaman turun naik beliau yang turut dikongsi. InsyaAllah aku harap moga kita akan dapat jadi sahabat maya selamanya. Thanx dude..
.
Tak lupa juga Kak Nurul (kaki sempoi), Farhana (kaki skodeng) , Kak Lin (kaki cool), DJ Epoi (kaki casa), Liza Zul (kaki layan), Redynne (kaki sporting), Aminah (kaki cintan), Kak Eiba (kaki cekelat) yang tak lekang bertanya khabar dan prihatin dengan setiap tindak tanduk semua entry aku termasuklah di Facebook. Jutaan terima kasih tak terhingga untuk kalian. Aku sangat hargai. InsyaAllah semoga persaudaraan ini kekal hingga ke hujung nyawa. Amin...
.
Kepada semua blogger yang lain Kak Nza, Si TEDi, Bro Jeff, Kak Sha, Bro Mirul, Pu3 Balkiss, Kak Sulela, Sheh, Kak Idalara, Acu Sayang, Cikgu Imanshah, nursarah87, miss GAZA, Joe, Fina, Karl, Cik Lumut, Niesz dan semua followers samada yang meninggalkan kesan dalam kotak komen aku atau tidak, aku mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak. Kalau aku ada tersilap bicara aku minta maaf (raya tak abis lg kan??hahaa..). Kalau tak ada aral insyaAllah ketemu la kita satu hari nanti.
.
Entry aku yang paling hot dan paling banyak komen bila masa entry Rahsia HANDSET Untuk Kecemasan.. dengan memungut sebanyak 126 komen. Wahh!! Aku juga terkesima. Hahaa.. Kenangan yang paling best berblogging ni bila aku kena tegur dengan seorang Hamba Allah dalam entry MEMALUKAN!! prihal video sekumpulan remaja perempuan Terengganu yang minum arak di sebuah rumah. Aku tak salahkan sesiapa, itu pendapat masing-masing. Just be positive. Follower dan pengomen aku yang pertama sekali adalah Kak Lin dalam entry Wajah-wajah Gaza. Kalau tak silap aku kami berkenalan dari blog Mazidul Akmal Sidek kan kak?? Hehe.. Terima kasih yer.
.
Bagi aku ini adalah anugerah yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada insan kerdil lagi tidak ternama seperti aku. Dari HYSMAN hinggalah ke BUDAK KENTANG. Aku ingin merakamkan sekalung terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada aku sepanjang aku melibatkan diri dalam penulisan blog ini. Doakan aku akan terus diberikan kekuatan dan kesempatan untuk memberikan percambahan minda yang lebih baik kepada kalian setelah setahun melibatkan diri.
.
Terima kasih semua.... :)
.

Buat Kak Nurul, Kak Hazlin, Naz, Amieynna, Farhana, Kak Nza, Liza Zul, Bro DJ Epoi, Si TEDi, Bro Jeff, Kak Sha, Bro Mirul, Pu3 Balkiss, Kak Sulela, Sheh, Redynne, Kak Idalara, Acu Sayang, Nursarah87, Cikgu Imanshah, miss GAZA, Joe, Fina, Karl, Kak Eiba, Arabella, Cik Lumut, Niesz dan semua followers SMILEMYFTA@blogspot.. Silalah terima AWARD yg tak seberapa ni sebagai penghargaan.. Kalau tak nak, amek jugak.. Takde alasan!! Haha.. Salam ketemu di lain masa.

Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Cahaya Kasih..

SINOPSIS NUR KASIH
Layannzzzz..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Matur Nuwun Kak New Yoe..

Semalam balik kerja ada surat untuk aku. Hahaa.. Terkejut beruk aku. Selak punya selak kenapa tebal sangat woo.. Tengok cop setem pos area utara noo.. Ooo.. Rupanya kad raya special dari sahabat blogger di utara. Hohoho.. Oleh itu, aku nak ucap TERIMA KASIH teramat sangat buat Kak Nurul a.k.a Tukang Cerita, Tukang Ubat dan heroin-heroinnya dari Sri Manjung, Perak yang sudi memberi gwe kad raya yang sangat cun dan sempoi ni. Terima kasih yer kalian. Tak terucap lagi kata penghargaan lain selain hanya terima kasih yang mampu ku lafazkan. Yang membuatkan aku lagi speechless ada attachment Surah Yaasin dan doa-doa harian.. Banyak matur nuwun kek ("jutaan terima kasih kak" dalam bahasa jawa. ehee..), terharu sangat ni.. Hahaha..
. Selamat Hari Raya buat Kak Nurul, En. Muz, Izzah dan Jihah. Maaf andai sepanjang persaudaraan maya kita ni mungkin ada tersinggung atau terasa hati kalau tak di blog mungkin dalam FB, saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semoga hidup kalian sekeluarga juga diberkati Allah Taala. Amin.. (lepas nih klu silap mintak maap lagi.. ehe..) .
~ Walaupun akak kata simple tapi amat 1000 kali bermakna bagi diri saya kak. Masih juga ada yang prihatin. Yang penting keikhlasan dalam hati.. (",)
TERIMA KASIH KAK.. Peace Yaoww.. Dah gantong pon. Ehee.. .
p/s: Harini 06/10/09 hari lahir kekanda sulung ku. SELAMAT HARI LAHIR kak. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi guru cemerlang satu hari nanti. Amin.. Hahaa..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Karaoke 'Jamban' Undang Risiko Pekak..

BERKARAOKE dalam bilik kecil jadi kegilaan remaja sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada pendengaran. Hiburan dengan bayaran RM1 boleh jejas deria pendengaran dalam jangka panjang.
BERBALOI atau tidak? Bayar RM1 untuk berhibur dengan kos rendah, tetapi kesannya mampu menjadikan diri merana untuk satu jangka masa panjang. Mana lebih penting, kepuasan melalak atau menjaga deria kurniaan tuhan?
Itulah persoalan yang wajar diberi perhatian apabila membicarakan trend masyarakat kini yang gemar memilih pelbagai alternatif hiburan dengan kos rendah, namun pada masa sama mengetepikan pelbagai risiko yang kemungkinan berbangkit pada kemudian hari.
Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke jamban oleh kebanyakan generasi muda.
Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar sebanyak RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum, apatah lagi apabila dalam ruang sempit sebesar tandas awam, pengunjung bebas melalak tanpa ada batasan.
Namun, tanpa sedar, pengunjungnya tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi itu sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak.
Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa.
Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran, sama ada sementara atau kekal selamanya.
Malah, katanya, keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ruang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri.
Naz, kita kena kurangkan aktiviti nih sebelum kita jadi pekak.. Hehee.. Bagi sesiapa nak ajak aku berkaraoke yok gi DIVA.. Ada bran?? Hahaa..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Amaran Zil Zaalun.. Onak Syattaamun..

Amaran Gempa Bumi..
Semalam petang dalam lingkungan pukul 6 lebih lepas aku jogging aku rehat kejap sambil baring kat papan sit up kat taman, time aku baring aku dapat rasa satu gegaran beronak. Aik, pelik semacam je goyang, ada something yang tak kena ni. Tapi aku buat tak tau, takut kepala aku yang ting tong pasal jenuh sakan berlari cheetah ni.. Ehee.. Bila balik rumah, abah aku buka cerita yang beliau baring kat atas katil tadi pun macam ada gegaran yang amat terasa pasal rumah aku nih tinggi menggapai awan Dania, biasalah rumah sangkar memang terasa gaban.. Ibu aku pun cerita juga lampu kat hall bergoyang macam nak jatuh. Aku terus buka tv Awani, hmm.. betul ada gempa bumi kat Sumatera Barat, Indonesia berkekuatan 7.6 SR berikutan bencana Tsunami kat Samoa Island. Macam-macam bencana yang melanda kini. Seram sejuk bila aku fikirkan. Usia bumi barangkali dah tua kot. Sana gegar, sini banjir, sana ribut, sini taufan, sana Tsunami, sini Ketsana. Adakah bumi dah tak sanggup menanggung beban dosa yang dipikul oleh manusia yang kononnya khalifah dibumi? Tepuk dada tanya iman..
.
Onak Si Pemaki..
Pada jam 9, aku buka tv3 plak. Hmm.. Pasal PEKIDA. Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia adalah sebagai pembela agama, bangsa dan tanah air.. Itu betul dan yang sebenarnya. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Dulu masa aku belajar, aku pun ada pengalaman tentang budak yang kononnya PEKIDA padahal mereka ni budak 3 Line. Korang ingat lagi ada satu kes kat Masai @ Pasir Gudang dulu yang kononnya kaum India & Melayu nak merusuh bergaduh?? Haa.. Dari situ mula ianya berleluasa. Aku yang duduk kat Masai masa tu terseksa zahir batin nak keluar rumah tak boleh, nak pergi kelas pun tak boleh. Risau pasal ada kes India tetak orang awam Melayu dengan sengaja. Dari cerita member aku ni, memang dorang ni kena bersumpah depan al-Quran sambil pedang yang tajam sedang dihunus kat bahu. SAHABAT ni aku tengok tak la rajin sangat solat, merempit juga, kacau perempuan usah ditanya. Aku musykil, jadi satu malam tu ade asignment grouping esok pagi dah nak kena hantar die boleh nak keluar bila terima satu panggilan mengejut, dalam masa satu jam baru la dia balik ke rumah sewa aku semula. Aku tanya apa hal? Dia jawab tak ada apa. Tapi bila aku tanya member aku lagi seorang, member aku ni cerita yang member aku tadi tu pergi ke taman sebelah sebagai pemukul kayu hoki yang 'terhebat'. Macam ni ceritanya, ada sorang budak luar tak sengaja berlaga bahu dengan budak 3 Line ni kat pasar malam taman sebelah, hanya kesilapan kecil je weh.. Nak dijadikan cerita Budak 3 Line ni tak berpuas hati (aku rase budak luar tu poyo kot, nak tunjuk terer) jadi si budak ni 'tarik' la budak luar tadi. Apa lagi, mulalah rojer-merojer, calling-mengolling member-member seantero dunia untuk join bersama team hebat menjadi pemukul sejati yang tegar sehingga nak pecah kepala budak luar tu dikerjakan mereka. Kesian beb budak tu. PEKIDA tu betul tapi bila anasir-anasir lain yang menyalah gunakan nama tu untuk dijadikan lesen untuk bergaduh, itu silap. Akan jadi benda hinaan dan sindiran kepada orang yang tak berkaitan. Kata aku, beringatlah hanya Allah yang layak untuk menjatuhkan hukuman pada hambanya dan polis yang layak membanteras jenayah negara mengikut undang-undang negara yang tersedia. Bukan kita yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kalau kita tak puas hati kat orang lain kita terus bunuh, zalim beb. Tepuk dada tanya IMAN.. Kalau dah takde IMAN? Cubalah cari semula cahaya tersebut.. Huallahualam..

. Aku minta maaf, kalau ada silap bicara, tolong perbetulkan.. Aku manusia tak sempurna..

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK