Moleque Apologie..

Assalammualaikum..
Alhamdulillah sempat juga aku meng'online'kan diriku yang alpa ni buat seketika waktu. Aku minta maaf pada teman-teman blogger sekalian alam setelah sekian lama (padahal seminggu je) aku tak mengaktifkan diri dalam dunia berblogging ni. Hehee.. Pada yang prihatain terutama Mynna, Naz, Kak Nurul dan Cik Hana WanAbe, terima kasih tak terhingga kawan-kawan. Aku akan cuba menghapdet blog senyum aku nih seberapa kerap yang mungkin bagi hidangan santapan info-info berguna untuk sahabat semua. Bukan apa, baru-baru ni aku quite busy dengan kerja di kamar ofis. Banyak deh!! Dengan masalah PC kat rumah, problem takleh bukak Blogger & YM, hanya Facebook yang boleh di'access'.. Perghhh!!! Memang siuutttt betholl!! Nanti aku ade masa aku fomat terus kasi satle sama itu virus-virus benci. Dengan kena samannye lain, akaun kena block lain. Adoyaiiii.. Hmmm.. Itu semua dugaan hidup. Baru interesting skit, iye dak?? :)
By the way, aku ni baru balik dari kenduri Doa Selamat, Yaasin, Tahlil dan Tunang?? Oppssttt!! dari rumah Mynna. Konyang den. Hahaa.. Terima kasih Mynna, En. Amin dan Pn. Nora di atas kesudian menjemput teman yg tak seberapa nih dok makan di teratak Noramin. Siap bungkuskan 'berkat' lagi beb. Thanx u mokcik pokcik.. Dapat cenderahati tuala beb!! Gwe nak trus mandi nih. Hehee..
Banyak cerita yang aku nak cerita tapi masih tak berkesempatan lagi. Lain kali aku cerita lagi oraitt. Hehe..
.
Aku tak hapdet tak bermaksud aku menghilang, aku ada cuma sebagai pemerhati dari jarak jauh je. Cheewahh!!! Peace yaow...!!
p/s: Selamat Ulangtahun ke-32 untuk kekandaku pada hari ni 30hb. Jun. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Aminn..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tag Vespa..

Aku dapat award tapi kena jawab dulu soklan.. Adoii..ni yg ku lemah. Hehee.. Tapi takpa ler, Cik Anem punya pasal, ate jawab yo!! Hahaa.. Thanx Cik Anem for d award..
.
.
1. Copy badge "Vespa Blogger Friendship 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Sudah.. 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. Cik Anem yang ku gelar Black Spec Machine sebab beliau budak mesin kat UTM. Sama dengan course peberet aku, Mechanical Engineering. Hehee. 3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag) ~ Anak jati Johor Bahru. ~ Suka makan yang penting halal dan makanan tersebut tak syubhah. ~ Naik hangen bila bawak kereta tika malam, orang belakang bagi lampu tinggi. Ceh.. ~ Suka makan hangen dan melancong ke pulau-pulau. Masyukk!! ~ Paling gemar barangan Nike. Pantang nampak.. ~ Suka berkawan tapi seorang yang sangat pemalu untuk memulakan perbicaraan untuk pertemuan kali pertama. ~ Sering tidak berkeyakinan infront of public. Hehehe.. Becoz i know dat i'm not perfect all da time in my mind. ~ Banyak mulut bila jumpa geng. ~ Dari dulu nak sangat belajo main keyboard (mak aku sebut ogan) da ade kat bilik bertahun-tahun da bersawang tak blajo-blajo jugak. ~ Sangat baran bila seseorang itu mengata tentang ibubapa aku sendiri atau parent depa sendiri. Sebab ibubapa la kita ada kat dunia, so jangan nak mengutuk mengata depa. I proud to be his and her son. Hmm.. Dats all beb.. 4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda. ~ Kuntum ~ Kembang ~ Kuncup ~ Kerut ~ Kutip ~ Kemek ntah sape tah.. heee.. 5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih! Fin.. .
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bapaku Gagah..

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang ada di Dunia ini. Semoga budi dan Jasa mereka yang telah banyak berkorban dan mendidik kita untuk menjadi insan seperti hari ini mendapat balasan yang terbaik dari yang maha Esa....
Untuk Ayahanda yang tercinta...semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan kesihatan agar sihat sejahtera hendaknya....
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik..

Edisi Jumaat..
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut olehIslam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atauterikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediamakanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
.
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
.
.
.
.
.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
.
.
.
. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
.
.
.
.
.
.
.
. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
.
.
.
. 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
.
.
. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kitasepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
.
.
. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
.
.
. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
. .
.
.
.
.
.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. .
~ Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Sekadar gambar hiasan..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Orang Bodoh Yang Pandai..

Bodoh itu bukan satu penyakit. Lemah jiwa itulah penyakit. Mengapa harus merasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang yang lebih pandai? Bukankah Allah telah menjadikan kita bodoh? Orang yang bodoh yang lemah jiwa, dia akan menjadi dua kali bodoh apabila berhadapan dengan orang yang pandai. Kalau orang yang pandai itu orang besar, orang berpangkat, dia akan kagum, sanjung dan pegang kata-kata orang tersebut. Sebaliknya kalau orang pandai itu tarafnya rendah, umpamanya isteri, muridnya atau pekerjanya, maka dia akan rasa inferiority complex. Dia rasa malu, kecewa dan kesal dengan diri sendiri. Dia takut untuk mengeluarkan pendapat dihadapan orang yang lebih pandai darinya.
Orang bodoh yang lemah jiwanya ini akan cuba menyembunyikan kebodohan kerana dia benci pada kebodohannya itu. Dia takut orang kata dia bodoh. Walhal kalau orang yang bodoh itu tiada penyakit lemah jiwa dan sedar dirinya bodoh, dia akan belajar daripada orang yang pandai. Dia bersyukur mendapat ilmu dan berterima kasih kepada orang yang mengajarnya. Dia merasa senang hati dan ingin menambah ilmunya lagi. Ilmu yang baru diketahuinya itu digunakan dan diamalkan.
Berbeza dengan orang yang lemah jiwa, dia hanya rasa kagum dengan pendapat orang lain tetapi menjadi gelap pandangan kerana dia rasa, mengapa aku tidak terfikir begitu ? Macammana dia boleh tahu sejauh itu ? dan sebagainya. Akhirnya ilmu didapati itu tidak masuk menetap dalam akalnya, apalagi untuk diamalkan.
Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
Orang yang bodoh itu mungkin hanya bodoh dibidang tertentu tetapi pandai dibidang yang lain. Oleh itu kita harus sentiasa mengintai-intai kelebihan orang yang pandai ini untuk kita belajar apa yang dia pandai untuk kepentingan kita dan masyarakat. Sebagaimana kisah Rasulallah s.a.w ketika baginda sedang kebuntuan setelah selesai perjanjian Hudaibiyah. Rasulallah s.a.w telah memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk bercukur dan menyembelih korban. Tetapi semua sahabat yang ada di situ tidak melaksanakannya walaupun telah diperintahkan oleh Rasulalah s.a.w sebanyak tiga kali. Kelambatan para sahabat itu telah menyebabkan Rasulallah bingung, lalu baginda pergi bertemu dengan isterinya Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut. Ummu Salamah setelah mendengar kejadian tersebut, dia pun berkata: "Pergilah wahai Rasulallah engkau bercukur dahulu, maka mereka akan mengikutimu."
Rasulallah s.a.w bukan sahaja bersetuju, malah sangat gembira dengan pandangan dan pendapat tersebut. Lalu baginda terus melaksanakannya, dan para sahabat pun, apabila melihat Rasulalah s.a.w bertindak demikian, mereka pun melaksanakan hal tersebut. Demikianlah Rasulallah tidak malu untuk meminta pendapat orang lain dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Maka jika Rasul tidak malu untuk meminta pendapat, lebih-lebih lagilah bagi orang yang bodoh. Jangan jadi orang bodoh yang sombong, yang tidak mahu meminta tunjuk ajar daripada orang lain. Jangan pula jadi orang bodoh yang tidak tahu dirinya bodoh. Itu lagi parah. Ibarat orang yang tidak tahu membawa kereta, tetapi rasa pandai bawa kereta. Akhirnya masuk longkong dan kemalangan. Begitulah orang yang merasa dirinya tahu tetapi sebenarnya tidak. Akhirnya dirinya yang masuk neraka.
Oleh itu jangan jadi orang yang "bodoh". Tetapi jadilah orang bodoh yang "pandai ".
.
~ Teringat dolu-dolu time masa muda2, ade temanku yang angkuh lagi kerek bergurau dengan jenakanya (tapi lawak ke?? Hmm..) "Man, ko ni part yang bodoh ko buat-buat bodoh.. Part yang pandai pun ko buat-buat bodoh jugak" Ape maksudnya ye??. Sambil tu, aku hanya mampu balas senyuman dan hanya mendiamkan diri saja.. :)
Bagi aku, berdiam diri lebih baik..
.
Kata-kata pujangga lama, Jangan salahkan orang bodoh sebab tak tahu, tapi salahkan orang pandai sebab tak memberitahu. Sambungan aku sendiri - Kadang-kadang salahkan orang bodoh sebab tak rajin bertanya.. Kita akan buktikan pada si pandai-pandai bahawa kita bukan si bodoh-bodoh. Aja-aja fightin'.. .
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Stadium Terengganu Runtuh..

Nak tahu sebab ape stadium ni runtuh…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab perhimpunan secara besar–besaran ultraman di stadium tersebut.. Memberi peluang baik untuk raksasa ini untuk membalas demdam… Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kisah Seorang Tan Sri..

Nak dijadikan cerita..
Dalam sebuah majlis perasmian, ada seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka.. Kita Layanzzzz...
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............
.
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Takziah Buat Sahabatku..

Aku Dimakamkan Hari Ini
Perlahan, tubuhku ditutup tanah,
perlahan, semua pergi meninggalkanku,
masih terjelas langkah-langkah terakhir mereka
aku sendirian, di tempat gelap yang tak pernah terbayang
sendiri menunggu keputusan
Menyesal sudah tak mungkin,
tobat tak lagi dianggap,
dan maafpun tak bakal didengar,
aku benar-benar harus sendiri
Tuhanku,
Jika kau beri akau satu lagi kesempatan,
Jika kau pinjamkan lagi beberapa hari milik-Mu
beberapa hari saja…
aku harus berkeliling memohon maaf pada mereka
yang selama ini telah merasakan zalimku,
yang selama ini sengsara karena aku,
yang tertindas dalam kuasaku,
yang selama ini telah kusakiti hatinya,
yang selama ini telah aku bohongi
begitu sesal diri ini
karena hari-hari telah berlalu tanpa makna
penuh kesia-siaan
Aku dimakamkan hari ini
dan semua menjadi tak termaafkan,
dan semua menjadi tak terlambat,
dan aku harus sendiri,
untuk waktu yang tak terbayangkan
.
Tadi pagi aku dapat masej abang kepada teman baikku pulang ke rahmatullah petang semalam tapi dikebumikan hari ini.. Innalillahiwainnalillahirajiunn.. Maafkan ku kawan, setibanya aku tiba di Pontian tadi aku hanya sempat solat dan mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan tapi tidak sempat untuk membacakan Surah Yaasin untuk Allahyarham.. Semoga kamu sekeluarga cekal dan tabah serta ku doakan semoga roh kekandamu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Aminn..
Al-Fatihah.. .
Sahabatku yang inilah yang selalu sudi mendengar & berkongsi masalah, belajar bersama, ketawa berdekah bersama, meniru assignment bersama.. :)
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Japanese Name‏..

Try your name in Japanese..
.
A->ka B->tu C->mi D->te E->ku
F->lu G->ji H->ri I->ki J->zu
K->me L->ta M->rin N->to O->mo
P->no Q->ke R->shi S->ari T->chi
U->do V->ru W->mei X->na Y->fu
Z->zi
.
Try this.. It's so funnnnn...
Rifu Aririnkato.. Hahaa.. Try2..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kepada Peminat Ikan Keli..

'Kita hanya jual di luar Perak' - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi
SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.
IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?
Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.
Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.
Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.
Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak. "Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.
.
Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini. "Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.
Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.
Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut. Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.
Oleh KUMARA SABAPATTY
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Rindu Bayangan..

Assalammualaikum..
Fuhh!! Terasa lama betul aku tak update blog senyum aku nih eh? Rindu wehh!! Cheewahh!! Poyo plak mamat nih.. Hehe.. Lebih kurang seminggu juga aku dok asik auto-post je. Aku bukan menghaibkan diri bro, tapi tak sempat. Aku cuma sempat 'blog walking' mana yang sempat je. Maaf ye teman-teman blogger sekalian sebab tak reply komen anda semua. Ampunnnnn..
Minggu lepas sampai ke minggu nih, banyak betul kerja yang harus aku 'settle'kan last-last minute. Tapi alhamdulillah semua siap on the time. I have to face it la. Nama pun makan gaji. Itulah yang dinamakn kerja, nak lagi kalau kerja bidang construction nih. Kalau takda projek dok diam (ngulor maen tenet), tapi bila projek melambak tak cukup tangan la plak. Adoyaii.. Tapi aku cuba positif sentiasa, InsyaAllah.. Selagi ada intenet, kerja suma no problem punyaa...
Ahad lepas 7hb. Jun, akak aku kahwin so bertambah busy gamaknye. Penat memanglah penat, tapi penatnya hati gembira sebab dapat berkumpul, berborak sesama sanak saudara yang sudah lama tak jumpa sambil tolong menolong dan rewang bersama penduduk kampong untuk menjayakan majlis walimatulurus nih. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak atas keringanan tulang kalian.
Selamat Pengantin Baru buat kekandaku. Semoga jodoh akak berkekalan sehingga nafas terakhir. InsyaAllah, Aminn..
Aku akan cuba mengaktifkan semula diri ku ini untuk ber'blogging'. Majulah blog untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Telur Lipas..

Satu telur lipas menghasilkan berapa ekor anak???
So pasni kalo nampak telur lipas je boleh picit…..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

PREGO..

Aku dapat dr email.. Kalau salah fakta, abaikan post ni oraitt.. Ku hanya menyampaikan..
.
Hati2 dgn sauce PREGO. Bacalah kandungan setiap makanan yg kita beli, terutama makanan jenis barat..
Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc., anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls.. Dikunyah rasa asin-asin.
Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit.. Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGO made in USA.. Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.
Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim....... Saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi.. Kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nakjadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram..
ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM.. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi.. Tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Must Try David Copperfield..

This really is something...
THIS SHOULD MAKE YOU THINK A BIT, PRETTY GOOD CARD TRICK TO FIGURE OUT:
~ Thanx for Tukang Cerita.. Coti2 skolah nih suka benar cikgu sorang nih maen silap mata..
Hahaa.. Terima kasih kak.. Selamat bercuti sekolah wokeyy.. :p
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Web Site Palsu For BANK‏..

Dari sebuah cerita yang benar-benar berlaku di Malaysia, tahun 2009 .
Peace be upon all.
Teman sekelian tentu telah notice akan pelbagai makluman dari Bank Negara Malaysia dan PDRM berkaitan dgn online bank transactions aktiviti yg dilakukan oleh pihak tertentu yg bertujuan utk mencuri info dari pelanggan akaun online banking. Disini, ingin share skit dua link yg saya sendiri terima yg betul betul menyerupai M2U dan HLB sites dihantar melalui mail dgn alasan saya harus memperbaharui info didalam akaun saya. Sila perhatikan dan lihat perbezaan masing masing.
.
Website palsu M2U

Website ‘ori’ M2UWebsite palsu Hong Leong

Website ‘ori’ Hong Leong

sila klik utk besarkan gambar..
Tak nampak perbezaannya, rite. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.
The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci (mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.
Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata. .
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK