Satu Malaysia..

Koleksi lagu 1Malaysia Kita sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52..
Undian telah ditutup. Walau bagaimanapun, layan saja.. (klik tajuk lagu untuk sedut)
.
.
* Nantikan pengumuman pemenang Lagu 1Malaysia Kita pada 2 September 2009.
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mulut Panggang..

Bila tiba bulan puasa..
Bazar Ramadhan pun ada..
Orang ramai sibuk nak niaga..
Cari untung berlipat kali ganda..
Tak pandai nak niaga dikata suka-suka..
Bila ditanya kononnya berniaga jalan mudah nak kaya..
Simpan duit poket untuk nak sambut raya..
Bila tiba jam 3 petang sibuk yang amat si peniaga..
Nak niaga di bazar sanggup ponteng kerja..
Tapi bila jual tak ingat dosa pahala..
Yang ada hanya untung dikepala..
Hati pembeli alpa untuk dijaga..
Ini satu kisah aku nak cerita..
Semalam semua pelusuk JB aku ronda..
Nak cari santapan untuk berbuka..
Jalan-jalan di ibu kota..
Terserempak bazaar Ramadhan di Taman Sentosa..
Aku singgah untuk seketika..
Ingatnya nak beli roti jala..
Rupanya ianya tak ada jual disana..
Penyakit malas sudah bergelora..
Kuih depan mata terus terpesona..
Pulut panggang ku beli saja..
Aku terkejut mulutku terbuka..
Tatkala makcik tu kata..
Seringgit hanya dapat dua..
Mahalnya tak terkata..
Aku tanya kenapa..
Dia kata kuih ni sedap menutup mata..
Itulah reaksi orang yg berniaga..
Pandai bermain dengan kata-kata..
Aku nak cancel kesian makcik tu da tua..
Aku beli saja niat dihati hanya Allah yg boleh duga..
Bila tiba waktu berbuka..
Secubit ku ambil untuk dirasa..
Astagfirullah, mentah tak rasa apa..
Ku fikirkan aku salah meneka..
Ibunda ku rasa turut rasa loya..
Dah sah pulut itu punya angkara..
Dahlah mahal tak terhingga..
Tak cukup masak kulitnya terbakarlah pula..
Kalau aku tahu bukan bulan puasa..
Mahunya aku perambat makcik tu dengan cota..
Tak pun aku simpan kau dalam belantara..
Aman dunia.. Habis cerita..
Aku yang sedikit hampa..
Kenapa tertarik dengan kedai si dia..
Banyak lagi kedai yang terkemuka..
Kenapa kedaimu yang ku terjaga..
Lepas nih aku serik nak ke sana..
Lantak kaulah aku taknak jadi mangsa..
Biarlah orang lain seterusnya..
Diperdaya oleh kau yang penuh dusta..
Aku marah-marah kurang pahala..
Ingatlah wahai saudara..
Aku doakan kau semoga hidup sejahtera..
Dengan pulut panggang kau yang penuh citarasa..
Padahal ianya hanya pulut berbisa..
Ni la kuih Pulut Panggangnya. Saiznya sebesar jari hantu je. Banyak kecik. Aku rasa sikit je, lepas tu terus biarkan dalam pinggan. Ntah hilang ke mana. Dibawak dek tikus barangkali. Hehehe.. Nasib baik ada cengkodok pisang ibunda aku buat. Lagi sedap tak payah beli mahal-mahal. Aku tak puas hati, aku pergi ke Giant Hypermarket aku beli Ayam Panggang Black Papper. Tak dapat pulut pangang, ayam panggang marii.. Umargghhaaiiii.. Marbeless.. Itu pun da tinggal sekor.. Berebut-rebut. Yang lain da di curik dek orang yang gila ayam cam aku.. Hahaaa....

Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mangsa Kebakaran di Bulan Ramadan‏..

Mangsa kebakaran di Kampung Baru di bulan Ramadhan. Kalau senang jenguk2lah mangsa2 ini dan bantu lah apa2 yg patut pada bulan yg mulia ini. Kesian mereka kan..................... .
Hohohohohooo...
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Oh Ayamku!!

Aku memang hantu ayam. Memang semestinya tiap-tiap hari kat rumah aku mesti ada lauk bertemakan ayam. Hmm.. Yang pasti Ayam Masak Merah kena ada dalam menu setiap minggu. Bagilah aku hidangan ayam masak apa saja, semua aku makan. InsyaAllah, asal halal tanpa was-was cara masakannya.
Semalam aku ke satu kedai untuk beli ayam basah. (Sendiri mahu makan sendiri beli la). Ayahanda aku nak buka puasa ayam masak sup katanya. Harga sekilo semalam RM6.70. Fuhh!! Mahal sungguh. Itu aku tak berapa kisah sangat. Biasalah nak musim raya kan. Yang menjadi persoalan dalam benak aku, badannya lengkap 'full' pakej tapi mana pergi semua kepala ayam tersebut. Bukan nak kata aku makan kepala ayam beb.Gilerr ape.. Aku bukan carnibal dowhh. Yang ada hanya tinggal leher dan badan saja. Kepala ayam tersebut semua hilang entah ke mana. Selalunya bila kita beli ayam, masa kita sudah pilih ayam tersebut baru si penjual buang kepalanya. Betul tak? Kalau aku silap tolong beritahu.
Atau aku baru saja perasan, memang ayam sebelum ini keadaan macam itu juga? Hurmm.. Kalau betul dari dulu macamtu keadaannya, nampak sangat aku ni tak 'alert' dengan prihal sekeliling aku.
Aku rasa was-was, adakah salah satu punca untuk mengelakkan cara penyembelihan diketahui, kepalannya dibuang siang-siang??
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Rutin Ramadhan..

4.00 pagi
Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA ematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca l-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada aLLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh
Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg
Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai perterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Salam Ramadhan 1430H..

Salam Jumaat.. Special aku kasi layan lagu tema puasa tahun ni "Ramadhan Datang Menjelma" hasil nyanyian hebat dari Mr. Naz . Mahu dengar kelunakan suara beliau klik pautan sini.. (thanx dude kasi copy.. kasi promot skit..hehee)
.
Ramadhan Datang Menjelma
.
Dalam setahun hanya satu purnama
Penuh rahmat di dalamnya
Saat ditunggu telah menjelang tiba
Ramadhan datang menjelma
.
Lapar dan dahaga
Menguji iman dan taqwa
Seluruh pancaindera
Turut menahan dari melakukan dosa
.
Ketika fajar melimpahkan cahaya
Bertebaran bani adam di sini sana
Ketika rembulan menghiasi langit
Tasbih, selawat dan tahmid membasahi bibir
Hati jiwa yang suci
.
Ramadhan penghulu segala purnama
KurniaanMu kepada seisi alam
Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci
.
Ampunilah dosa diri yang kerdil ini
Walaupun cuma sekelumit pengampunan-Mu
Terimalah penyerahan zahir dan batin
Sucikanlah jiwa hambaMu yang penuh dengan
Dosa noda yang hina
.
Memang sempoi melodi dan lirik nyer..
2 Thumb up for u beb.. Waitin' 4 ur lagu ghayer plak bro.. ehee
. Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Salam Ramadhan Buat Semua..

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu
.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan... Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu... Bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih... Berqiamullail...Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru... Kita cari... Suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri... Rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman
.
Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti... Paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
.
Namun teman....
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha... Bersedia... Meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
.
Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi aku terlebih dahulu memohon maaf jika aku ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah. Aku juga memohon dihalalkan semuanya dan aku juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya. SALAM RAMADHAN UNTUK SAHABAT BLOGGER SEMUA..
.
Thanx for miss Diana for d article..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Hipokritkah Diri Ini..

Kita manusia memang HIPOKRIT,
Kadangkala memang susah nak jadi Tok Jujur,
Payah nak tunjukkan perasaan sebenar,
Oleh itu, kita tak layak nak membenci orang yang hipokrit,
Kerana kita juga 2x5 macam mereka..
Kita manusia memang pelik beb,
Macam-macam kita tak suka kat dia,
Dan macam-macam kita tujukan caci maki pada si dia,
Kalau disuruh untuk memberi ulasan negatif,
Rasa buku 555 pun tak cukup..
Padahal..
Diri kita sendiri mempunyai sifat yang kita sendiri tak suka,
Pada orang yang kita tak suka tadi,
Bezanya, besar atau kecil saja sifat negatif itu..
Kaitan antara kedua-dua pernyataan di atas,
Kita selalu hipokrit dan susah nak berterus-terang sifat buruk yang kita tak suka,
Kononnya mahu menjaga hati perasaan,
Tapi lepas itu, kita lepaskan perasaan tak suka kita itu kat orang lain menyebabkan orang lain pun bersangka buruk dengan orang yang kita tak suka tu.
Kawalan itu penting..
Lebih baik kita berdiam diri dan biasakan diri untuk memberi komen yang positif pasal orang lain. Bersangka baik itukan perkara yang baik, jadi keadaan sekeliling juga baik.
Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu untuk mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat..
Keikhlasan cermin kesucian hati,
Sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa..
.
Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim
.
Sedarlah, kita semua tak sempurna. Tak layak untuk kita membenci sesama kita.
.
Aku ngaku somtime aku memang hipopkrit.. .
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Telefon Tangan..

Semalam petang aku pergi ke Jusco berdekatan area office aku. Saja jalan-jalan sorang diri ambek angin (moga-moga bukan angin dari udara H1N1 yang aku sedut). Jauhkanlah.. Aku singgah jap ke KFC, abahku kat rumah dah lama kepingin nak makan kentaki, jadi aku belikan la skit (bajet anak soleh lohh hehee..aminn). Masa berlalu dan aku pun duduk sebentar merelekskan badan & minda kat pamkin kerusi depan KFC terseboot.
. Tengah aku asyik khayal duduk sorang diri, datang seorang budak lelaki bertopi baya-baya seperti darjah 5@6 (12tahun mungkin) duduk sebelah aku. Terkesima aku beb bila tengok budak kecik tu keluarkan 'something' dari poket seluar 'hawaii'nya. Apa yea?? Hmm.. Rupanya dia keluarkan handphone yang cool banget, canggih & kire gempaq arr pada aku. Bentuk macam N95. Yang pasti handphone aku kalah. Tak tahu plak aku itu handphone die ke parent die punya ke. Yang pasti pada masa tu hanya die sorang takde sape menemani beliau. Aku dapat lihat gayanya seumpama sedang bermasej dan gelak sakan sorang-sorang. Tak lekang tangannya meraba-raba skrin handphone mahal tersebut. Ade masa selang menunggu masej baru masuk, budak tu sempat lagi bergambar sendiri dengan handphone tersebut. Jelingan matanya kat aku macam memberi isyarat mahu menunjuk kat aku. Tapi apa aku kisah. Aku tak kacau dia pon hanya lihat dengan hati yang sedang mengata di dalam. Kalau betul la handphone dia, perghhh!! kaya betul mak bapak budak nih boleh belikan anaknya handphone secanggih itu. Itu kisah pertama.
Kisah kedua, lepas aku dah lepak tadi aku jalan nak balik. Tiba nak keluar dari pintu kaca Jusco ada segerombolan budak sekolah menengah (dalam lingkungan 7orang) semua tengah lepak dengan berbaju sekolah sedang menayang handphone dorang juger. Ada sedang sibuk bergambar, bermasej, ada yang tengah buat panggilan dan ada yang main game. Yang pasti handphone dorang bukan calang-calang brand dan model. Yang pasti aku juga kalah. Ada yang pakai iPhone, Sony Ericsson Xperia dan macam-macam lagi brand yang aku sendiri tak tau.

Jadi kat kepala buah fikiran aku ni berfikir sejenak, setiap bebudak sekolah sekarang ni memang diwajibkan mempunyai handphone ke sekolah ke?? Adakah penting kegunaan handphone tersebut untuk seorang individu pelajar sekolah? Dan dari mana meraka dapat duit untuk dorang 'top up' kredit mereka?? Kat sekolah tak kena rampas ke dengan cikgu atau pengawas?? Banyak persoalan yang timbul di benak aku yang ting tong nih.
. Aku bukan jaki atau dengki dengan bebudak tu semua tapi aku konfius, dulu aku sekolah takde pon nak guna handphone nih. Selamat je pergi sekolah nak lagi berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer dari rumah berbanding budak sekarang yang mahu berkenderaan ke sekolah. Alhamdulillah selamat. Kalau ade kecemasan pon aku hanya guna public phone. So handphone untuk budak zaman kini ada kepentingan ke?? Isu ni terbangkit bila aku datang ke rumah member aku, adiknya sedang merungut kat ibunya yang daif bahawasanya die mahukan sejibik handphone macam kawan-kawan yang lain. Ibunya sanggup kerah keringat gunakan duit felda untuk belikan adiknya handphone sejibik. Jadi satu masalah yang kritikal dalam minda budak sekolah sekarang. Nanti kita tegur dikata teknologi dah berkembang, negara dah maju.. Ada juga yang menjawab "Bro, negara kita da 52 tahun merdeka la weihh..". Jadi ape perlu aku pertikaikan lagi. Hmm..
. Aku tak kata guna handphone untuk pelajar salah, tapi pada aku kesimpulannya terpulang pada kemampuan ayah ibu seseorang individu tersebut. Kalau mampu, tidak jadi isu la tapi yang menjadi masalah kalau parent dorang tak mampu tapi terpaksa kerana tak sangup melihat anaknya diperlekehkan teman sebaya yang mempunyai handphone.
. Alhamdulillah, aku dibesarkan dari keluarga yang sederhana dan aku dididik dengan keadaan sekeliling yang serba kekurangan. Aku juga belajar cara hidup sederhana. Alangkah bahagianya jadi anak muda sekarang nak banding zaman mak ayah kita dahulu yang hanya makan ubi kayu setiap hari.

Inilah 1st hp aku, Nokia 3310 (2004-2007)

Aku sayang sangat hp nih pasal hp nih akak aku yang bagi, tapi hidupnya tak lama. Skrinnya rosak terjatuh masa aku praktikal keje atas kren. Tapi speakernyer ok lagi. Aku masih simpan lagi hp ni sampai sekarang di kamarku. Hehee..

2nd hp aku, SE W200i (2007-kini)

Pertama kali mempunyai handphone dengan hasil titik peluh sendiri. Aku suka hp nih walaupun murah tapi ntah knapa aku suka. Mungkin ianya kecik, nipis, ringan, takyah nak slide or flip yang penting tahan lasak. Iyer aku tak nafikan, kadang-kadang ada rasa sikit segan dengan member2 bila ada orang perlekehkan apabila aku keluarkan hp aku nih. Teman2 punya hp suma canggih2 belaka aku sorang je hp oldskool. Hp aku nih nk amek gambo pon malap VGA sajer. Tapi takpe la, asal kredit ade no hal. Sempoiii beb.. Moga2 hp ni kekal hingga ke akhir hayatnya denganku... Aminn..

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Sayangi Hidung Anda..

Saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita ni, mungkin ada yang dah tahu kot. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji iye dak. Ehee.. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah SAW selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.
Cara nak bersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa). Nak bubuh sabun pun boleh gak tapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Hehehe.. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga. (ini bergantung kpd amalan masing-masing)
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bahaya H1N1..

Beberapa hari ni aku tak berapa sihat. Demam, selesema, batuk, pening kepala semuannya berlarutan selama 5 hari bermula dari minggu lepas. Musim demam rasanya tapi bagi aku, mental aku kena kuat dan semangat pun mesti ada untuk lawan. Jangan dilayan sangat demam tu. Rasa cuak jugak takut aku terkena virus tu. Tapi alhamdulillah kata dokter semuanya ok (boleh caya ker?) selepas aku ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Baik kita berjaga-jaga sebelum terkena iye dak?? Syukur skali lagi mintak2 tak ada laa. Aminn..
Jumlah kematian kat Malaysia disebabkan virus tersebut semakin hari semakin meningkat jumlahnya. Takut woo bila gwe dengo.. Ini menunjukkan virus ni sedang merebak dengan pesat dan banggannya tanpa segan silu menyelinap masok melalui ruang udara yang mikro ni. Jadi berwaspadalah kita dengan keadaan sekeliling. Elakkan ke tempat yang menjadi tumpuan ramai dan pakailah topeng yang disarankan. Mencegah lebih baik dari tak buat pape. Cerita pengalaman kat bawah ni aku dapat dari kotak dalam (inbox) aku. Juz wanna share.. Layanzz..
Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1. Untuk panduan bersama.
Nak dpt pandangan since u dh ada pengalaman.. Apa symptom virus ni? Melalui pembacaan dan rakaman berita, seolah2 tiada symptom yg khusus terutama demam. Demam x teruk pun bole dp jangkitan. Boleh share info tak? Pengalaman family berhadapan ngan virus ini.
Take care & be careful with H1N1.
Virus tu very strong... sape kena memang suffer nak recover. No vaksin.. cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus. Can hide in our body difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action. Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to M'sia in Nov-Dec. So far yg I nampak hanya lelaki dewasa can fight the virus, woman might be 70%, children most probably will die. High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman. Beginner stage Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat. Second Stage, susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantin at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin. Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.
Macam kes adik I. Critical Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral.. Very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata... normally die. My brother hari ni genap 8 hari.. still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis.. Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan... Sampai dia give up. Sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia... Itu lelaki tu.. Imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin... Tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuk... Siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia al-quran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air Yaasin... Alhamdulillah pastu dia ok sikit. Ada hikmahnya. All the family member unite to support my brother fighting the virus. Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young.. The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well... 1 doktor 5 patient kat gov hospital... Kesian.. Berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali.. So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa. Very efficient. Very quick action. Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience, dia org tetap work hard give the best treatment to the patients.. Sampai tak balik rumah... Tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...
Take care You & Your Family
Ada pihak tertentu yang tak ambil endah akan keseriusan virus ni barangkali kerana yang terkena wabak ni adalah orang awam. Kita tunggu saje klu VVIP da terkena, aku rasa baru ada tindakan drastik yang bakal akan diambil.. Huallahualam..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

1 2 3 4 5 6 7 8 9..

Pada hari ini, 7 hb Ogos 2009 (Jumaat)
Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat
Masa akan menjadi = 12:34:56, 07/08/09
Dari 1 hingga 9
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bila Tayar Kereta Pecah..

1. Sebaik sahaja tayar pecah JANGAN PANIK dan JANGAN TEKAN PEDAL BREK!!!
2. Pasang signal awas, lepaskan minyak dan pegang stering kuat2 dengan kedua2 belah tangan.
3. Turunkan ke gear rendah apabila kereta telah stabil spt 5-3-2 atau D-2-L dan bawa kereta ke tepi jalan.
4. Berhentikan kereta dengan membrek perlahan-lahan di gear 2.
5. Pastikan kereta berhenti di luar garisan tepi jalan dan tukar tayar kereta.
.
Jika tidak menekan brek, insyaAllah semuanya akan selamat walaupun tayar pecah pada kelajuan 150 km/j. Jika ada penumpang di sebelah anda, minta bantuan untuk memegang stering semasa anda turunkan gear. Jika tayar kereta anda botak, jangan memandu terlalu laju semasa cuaca panas. sekian.
UTAMAKAN KESELAMATAN.
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Pengalaman Teman..

Assalammualaikum..
Every weekend, masa aku merilekskan badan setelah 6 hari bekerja. So tired i tink. Tapi apakan daya. It's juz like a force to me maa.. Aku da lama tak hapdet blog. Asik promote dari kotak dalam (inbox) saja. Banyak cerita aku nak cerita tapi gwe sekarang ade penyakit 'M'. Ahahaa.. Killer statement same wif Tukang Cerita loe. Hehee..
Semalam aku baru habis bace buku yang bertajuk 19 HARI SESAT DI GUNUNG TAHAN PENGALAMAN NUR UMAISARAH SAMEAUN yang diberi pinjam oleh Cik Amieyna setelah berbulan-bulan beliau pinjamkan kepadaku. Hahaa.. Sorry Mynna, ko kenal aku kan?? Actually, aku nih bukan jenis yang suka membaca sangat nak lagi buku berupa novel. Kalau diberi soalan math dan komik atau majalah Apo, Gila-Gila, Ujang or seumpamanya insyaAllah aku akan baca berulang-ulang kali. Hehee.. kalau la aku dapat ganti komik tersebut dengan membaca senaskah al-Quran berulang2 kali, SubhanaAllah..:(.
Oleh yang sedemikian.. Cheewahh!! Kesimpulannya buku ni ok la. Banyak pengalaman yang mahu dikongsi oleh Cik Umaisarah ni untuk para pembaca selama 19 hari beliau tersesat dalam hutan Gunung Tahan. New experiance to me beb dengar pengalaman ganjil beliau. Terkesima ku seketika tatkala membaca. Kalau plak aku dalam situasi macam tu, haru biru jadinya woo.. Hahaa.. Elakkn terserempak Cik Pon dan Puan Chong saje. :p
Mungkinkah kita dapat bertahan di dalam kawasan gunung selama 19 hari tanpa makanan dan hanya meneguk air sebagai menghilang lapar dan dahaga? Tentu ramai yang mengakui tidak sanggup malah mengimpikan pun pasti tidak mahu. Kan? Jadi, percaya atau tidak Nur Umaisarah Sameaun atau lebih dikenali dengan nama Umai telah berjaya melepasi halangan itu. Berbekalkan semangat yang cukup kuat, beliau yang sesat tatkala mahu menikmati panorama indah kawasan bonsai di kawasan berdekatan, meneruskan perjuangan merentas kawasan hutan rimba.
Walaupun pelbagai dugaan yang menimpa dalam usaha beliau untuk mencari jalan keluar hingga tersasar jauh membuat beliau semakin kental setelah apa yang dilaluinya berjaya diharungi. Dalam buku ni banyak berunsurkan islamik dan rohani. Dengan berbekalkan lirik lagu dari pelbagai kumpulan nasyid popular Malaysia sebagai salingan bagi merilexkan minda pembaca .
Umai ni member aku sekolah agama dulu. Hehe.. Pasal tu aku ade minat nak membaca nak tau kisah member sendiri. Hmm.. Kalau tak, takde maknenye aku nak baca. Hehee.. Aku juz tolong promote saje. Hahaa.. Yang dalam bulatan merah tu beliau laa dan yang bulatan hijau tu sendiri mau ingat. Hahaa.. Thanx Mynna, nanti aku pulang.. Hahaa..
Korang baca la sendiri yea. Untuk menimba dan menambah pengetahuan u'all sendiri juga. Senaskah hanya RM16.50 sajer, Peace yaoww..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK