





Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.



~ Keputusan Manchester United vs Greentown Hangzhou berpihak pada 'Setan Merah' 8-2. Owen & Gigs jadi hero..


Always be alert and for the ladies ...... your handbag!!!


Man Utd. menang 3-2 hasil kuisan hebat Roonie, Nani & Owen manakala Malaysia plak hasil tendangan maut Mohd Amri Yahyah (pengulas sukan omputeh sebuh Yaya). Rajagopal boleh tarik nafas lega la pasal tak kena tibai dengan teruk oleh Man.Utd. Walaupun jersi nombor 7 milik Cristiano Ronaldo telah bertukar hak milik ke Owen, Sir Alex Ferguson tampak rilek je ye (Real Madrid telahpun membeli Cristiano Ronaldo dengan harga 80 juta pound makkkk aiiii mahei giler!!).
~ Agak-agak penonton beriban-riban petang tadi kat stadium solat magrib tak? Termasok orang beso-beso jugak ler. Hmm.. Juz tink +ve, dorang solat kot kat surau.. :)
.
Cara yg paling elok gunakan tali yg tergantung. Jika gunakan kayu mungkin tak betul tegak atas tanah - Gantung tali kat tempat yang tali tu boleh kena cahaya matahari pada masa tu. Contoh macam palang gol bola tu (bukan tiang tepi), atau boleh ambil 3 batang kayu, dua jadi tian yg satu lagi jadi palang melintang atas dua tiang tu. pastu ikat tali kat tengah palang. Tunggu masuk waktu ikut arah bayang tali. Settle.. Pakai kompas pon boleh juger.. :p
Sabtu dan ahad lepas (semalam) aku saja meringankan tulang untuk membantu pihak Politeknik untuk menyambut kedatangan warga baru Politeknik Johor Bahru. Ada yang bertanya pehal aku ada sangkut paut lagi dengan poly sedangkan aku dah lama habis di institusi kerajaan tersebut, dah keje pun. Sebenarnya aku pun naik segan nak nunjukkan rupa hodoh aku ni pada setiap kali new intake. Tapi disebabkan pihak Koperasi Politeknik sendiri menelefon aku untuk meminta bantuan bagi pengagihan barangan Minggu Suai Kenal kemasukan pelajar baru sesi Julai 2009, tak sampai hati plak aku nak tolak. Begitulah kalau orang lain sudah memberi kepercayaan pada kita dan kita melaksanakan tugas dengan jujur, orang itu sendiri yang akan cari kita walaupun jarak kita jauh mana sekalipun. Terima kasih Koperasi PJB kerana percayakan aku.
Walaupun dalam keadaan hujan, ramai betul yang mendaftarkan diri semalam untuk menjadi warga PJB. Semester sebelum ni hanya 1000 saja yang mendaftarkan diri, tapi semalam yang mendaftar meningkat seramai 1400 orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun hujan lebat. Penat memang penat, tapi kerana seronok melayan karenah ibubapa yang bermacam-macam ragam, hilang suma penat. (Aku enjoy giler)
Nak dijadikan cerita, semalam ada ramai pelajar khas (OKU) seperti masalah pendengaran (pekak), bisu, ketumbuhan (cancer) dan seumpamanya mendaftarkan diri. Aku tengok muka adik-adik tu suma, aku berasa simpati. Dengan keadan ibubapa mereka yang daif, ada yang dari Kelantan sanggup menghantar anaknya yang kurang upaya itu jauh ke selatan untuk melanjutkan pendidikan anaknya ke peringkat tertinggi. Sayu hati aku. Mereka
kelihatan sangat takut untuk bergaul dengan teman-teman yang lain terutama teman-teman yang normal. Dan yang normal plak tengok si pelajar khas ni dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, macam pelik je golongan ni di mata bebudak normal lain. Mungkin rupa dorang lain dari kita, tapi jangan la sampai pandang macam tu, kesian mereka.
Teringat dulu aku ada seorang mamat ni yang ada masalah pekak dan bisu. Dia sorang yang pendiam dan selalu dok sorang diri dalam cafe kamsis sambil tengok tv sendirian. Aku dengan kawan aku sapa dia, tapi tak dilayan dan terus melarikan diri. Selang beberapa hari lepas tu, kitorang dudok sama tengok tv, barulah dia ada respon yang positif untuk bersahabat dengan kitorang. Kitorang berkomunikasi melalui taip perkataan dalam handphone sebab pada masa tu aku tak geti lagi bahasa isyarat. Saling berpasing-pasing handphone. Dalam text massage, aku tanya dia:-
Aku: Kenapa dok sorang diri, mana kawan yang lain?
Dia: Kawan semua bilik dalam belajar.
Aku: Habis tu kau tak belajar?
Dia: Lepas baru.
Aku: Jadi kenapa kau asyik larikan diri dari kami?
Dia: Tak kawan layak aku dengan kamu.
Aku dan kawan aku: ????
(bahasa mereka dalam handphone memang tunggang langgang skit, kena paham sendiri ler)
Lepas tu baru aku paham, bahawa mereka semua rasa terasing bila berhadapan dengan orang normal macam kita. Mereka berasa tersisih dan rendah diri bila berada dikhalayak umum. Semenjak itu aku cuba belajar bahasa isyarat dan cuba untuk mendekatkan diri pada golongan kurang upaya tersebut untuk memudahkan komunikasi aku dengan dorang.
Sesungguhnya bila aku da pandai berbahasa isyarat, dorang tak berhenti-henti dok berbual dengan aku. Mereka sangat peramah berbual dengan aku berbanding dengan kawan normal aku yang lain. Sampaikan aku pun tak terlayan. Hehe.. Dorang ni pon ramai jugak yang pandai. Bila kitorang jumpa mamat tu, kitorang selalu dok berbual pasal bola. Fuhhh!!! Gembira juga aku akhirnya dapat rakan OKU yang lagi best dari kawan normal yang lain. Mereka sempoi lain dari yang lain perangainya. Tak pernah menyanjung diri malah selalu merendahkan diri dan sangat prihatin dengan masalah kawan-kawannya. .
Yang aku nak sampaikan kat sini, ada beza yang ketara ke antara kita dengan mereka sehingga kita nak sisih golongan seperti mereka?? Apakah perlu kita asingkan diri dengan golongan seperti mereka? Kita bersyukur yang kita cukup sifat tapi fahamilah orang yang kurang dari kita. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT beri. Pape pon, sendiri boleh fikir. Tepuk dada tanya IMAN.. Takde ape pon sebenarnya. :p
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.


Padan muka ko.. Nakal gaban.. Amek ko penangan anak ku ini.. DUSH!!
.
