Koleksi Ilusi Kame Hame Haa..

Kepala aku da fening..
Aku pon nak ajak korang turut memeningkan diri jugak bersama aku..
Hahaa.. Layanzzzzzz...
Cuba try test tengok garisan horizontal kat bawah nie.. Tegak tak agak-agak??
Cuba try test tengok bulat2 kat bawah nie.. Bergelora tak agak-agak??Cuba try test tengok garisan petak2 antara bulatan kat bawah nie.. Rata tak agak-agak??Cuba try test tengok center bulatan kat bawah nie.. Macam dlm trowong tak agak-agak??Cuba try test tengok dotdot kat bawah nie.. Kotak tu bergerak tak agak-agak??Cuba try test tengok line kotak kat bawah nie.. Nampak sebijik kotak tak agak-agak??Cuba try test tengok dotdot puteh kat bawah nie.. Jadi warne itam tak agak-agak??
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

3 Kali Seumur Hidup..

Tahukah anda Allah swt akan memanggil kita hanya 3 kali seumur hidup kita..
.
Panggilan pertama adalah panggilan AZAN
Itu adalah panggilan Allah yang pertama....panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar...ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah...tp Allah masih fleksibel, Dia tak "cepat marah" akan sikap kita...kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas...Allah tidak marah seketika...Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak...Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti.
Panggilan yang kedua adalah panggilan UMRAH / HAJI
Panggilan ini bersifat halus...Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yg halus dan sifatnya bergiliran....setiap orang mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan orang yang lain. Jalannya bermacam-macam...yg tidak ada duit menjadi ada duit, yg tak merancang pula akan pergi, ada yg memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yg ke dua... saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali...Allah berkata, "laksanakan Haji/Umrah bagi yg mampu"...
.
Panggilan yang ketiga adalah panggilan KEMATIAN
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita...pada kebanyakan kasus, Allah swt tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan..kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh...karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah........... InsyAllah, syurga adalah balasannya....."
.
Salingan skit..
Agak2nya ape yg minah kat bawah ni cakap ye?? Agak2nya die ingat tak panggilan Allah SWT yang ke-3 tu?? Huh..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Lawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia..

Sebelum tu aku nak wish dulu kat sepupu aku, Hasnol dan pasangannya Syuraya yang melangsungkan perkahwinannya hari ni kat Seremban.. Trima kaseh bro, sodapp woo santapannya. Mane taknya, ROHANI Catering. Aku tambah nasi minyak sampai 3 pinggan.. Hahaa.. Halal yea bro..
Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat hendaknya.. Back to da topic..
Lepas aku gi kenduri kat Seremban umah sepupu aku ni, balik aku singgah ler kat Bandaraya Bersejarah, Melaka. Kononnya siang masih muda.. Sekali jalan balik JB kan!!.. Hehee.. Aku klua kat Tol Ayer Keroh Melaka. Penat wooo jalan2.. Da lame aku tak gi Melaka nih. Makin chantek bandarnya.. Bersih dan banyak tempat2 yg menarik utk ditangkap gambo. Hahaa..
A Famosa, Muzium Samudera, Dataran Ayer Keroh, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama2 dll.. Best gilak.. Tapi sadis aku tak gi A Famosa Water World.. Tak sempat beb..
Da main is, orang2nya suma baek2 belaka dan ayu jugak.. Bukan ape, saje.. Aku juz layan kpale akak aku je.. Hihikk.. Aku takde pape la nak citer, saje nak citer aku gi Melaka.. Wakakaaaaaa..
Konklusinya, pegi la melancong dalam negara.. Macam2 ade.. Takyah gi obersi..
ZOOM MALAYSIA!!! Hahaa..
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mudahnya Nak Masak Telur..

Perhatian!!
Tahukan korang ape impak sekiranya kita berada di antara 2 gelombang talian dalam jangka masa lebih 65 minit?? Tak kesah ler korang tepon antara dgn mekwe ke, pakwe ke, parent ke atau sesape je laa.. Aku terbaca satu artikel dlm tenet ni.. Saje, nak share..
(Aku saje bagi tajuk ni, bio alert sikit.. :p)
Oraitt, kat sini aku nak share skit info yg aku dapat. Betul ke tak, hanya Allah swt saje yg tahu..
Layan gambo kat bawah nih dulu..
15 minit pertama takde pape perubahan. Nothing..
Tapi 25 minit selepas tu, telur tu da mula untuk memanaskan dirinya. Warm up la kononnya..
Selepas 45 minit, telur tu da panas (hot-tempered) dan seterusnya dalam masa hanya 65 minit je, telur tu da masak (already cooked) dan sedia untok dimakan..
Hahaa.. Mudahkan nak masak telor. Baguih ler petua moden nih.. :p
Tuntasnya, kesan radiasi handphone ni berpotensi untuk mengubah kandungan protein dalam telur tu. Bayangkan ler jugak bape banyak protein dalam kotak pemikiran kita yg hilang or rosak bila kita bergayut kat telepon berjam-jam lamanya??
p/s: Adoyaii, ayat tonggang langgang. Maap ye kawan2.. Tapi naseb baik aku tak suka bergayut.. Kihkihkih.. Aku pon tak cuba lagi petua nih. Sape yg nak cuba, bolehla..dialu-alukan.. :)

Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Selamat Ulang Tahun Mieynna..

Selamat Hari Jadi Kawan..
Da tua da ko.. Hahaa.. Oraitt, semoga ko dipanjangkan umo dan dilimpahkan rezeki yang berganda. Jadi ler anak yang solehah.. Cewahh.. InsyaAllah k..
Lagu nih aku tuju special tok ko.. Layanzz.. May Allah bless u.. :p
p/s: Aku ler yg jadi mangsa die, 24jam 7hari Bonus Birthday 8pax celcom bagi kat die..
Adoyaiii.. hehee..
.
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bicara Kesihatan..

Sumber dari Google Search.. Tekan je dapat ler info..
Hahaa.. Perkongsian di hujung minggu..
.
Bicara 1 : Korang Peminat Roti Canai?? Layanzzz..
Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa? Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanyasekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.
Bicara 2 : Korang Minum Banyak Air tak??
"Tubuh terdiri drpd hampir 70 peratus cairan dan kita hanya blh bertahan selama kira-kira stu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik utk tubuh? Di sini disenarikan lima alsannya:
1. Air blh menyejukkan. Waktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tdk sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh blh mengingatkan kita utk segera minum air. Sbb jika tdk cukup air utk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.
2. Mengumpulkan zat2 makanan. Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air.
3. Mempermudah proses pembuangan. Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.
4. Menjaga kulit tetap halus. Sel memang mengandungi air, krn itu bekalan yg cukup akan menjadikan kulit kite lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka aklan kelihtan lebih uzur.
5. Bebas dari batu karang. Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tdk terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita byk minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.
Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sdgkan sebnarnya haus adalah petanda awal drpd dehidrasi kekurangan cairan dlm badan. .
Bicara 3 : Terapi Pernafasan..
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.
Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.
Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tagged Dari Kak Eiba..

Tag nih from Kak Eiba. Sory ye kak, da lame KIV.. Hahaa.. Sejak la ni busy skit. So skrang ni da terjawab suma persoalan.. Fuhh..ponat den nak jawab. :p
Hope akak puas ati yea.. Peace No War..
.
Tanda-tanda Anda...
1. Sedang Sukahati Kalau aku sukahati aku tak senang dudok somtime macam orang giler.. Kalau boleh suma org aku nak ngacau tapi takler sampai ngacau hak ketenteraman awam. Berdosa beb.. Juz nak ajak kenkawan share saat sukahati aku.. Aku akan senyum panjang lebar dan gelak gajah sampai org ckp "Man, ko ni da giler ke??".. Pastu aku dok diam. Then 5minit pastu, sambung lagi senyum ghimau dengan suma orang walaupon kat depan aku ade jembalang sekalipon.. Usah Gentar!! Senyum itu satu sedekah. Am i rite?? 2. Sedang Marah Marah??? Aku pon sama cam Kak Eiba akan diam diri jer.. Buat hal sendirik, klua jejalan ambik angin sorang2. Layan moody sorang diri dan berusaha tak libatkan org lain.. Aku kalu marah tak lama, kejap je. Tapi bila nak start naek angin satu badan memang mcm da Flash.. Laju oo.. Juz always try to think +ve. Beri masa utk memuhasabahkan diri. Itu suma setan.. Peace!! 3. Sedang Bosan Tahap Maxima Bukak dan dengar MP3 lagu yang aku suka.. Rock ke, Underground ke. Tapi yg pasti bila suasana da kembali normal, aku dengar lagu balad dan nasyid. Biar tenang hati skit.. Sejuk je ibu ngandung.. Hehee.. Tapi kalu bosan sesangat, baru aku main tenet. Game sudah semestinya.. :p 4. Sedang Cemburukan 'Sesuatu'
Aku kalau cemburukan 'sesuatu', aku berdiam diri jugak dan cuba cari jalan utk explain terang2 kat 'sesuatu' tu. Tak pon aku cuba untuk lari dari 'sesuatu' yg aku cemburukan tu (memang tak pro ek??hehee). Aku try elak dari face to face dgn 'sesuatu'. Tak gentle ar.. Tapi biarlah takdir menetukan segalanya. Yang pasti kita je yg rasa dan kena percaya akan ketentuanNya. 5. Sedang Rindukan 'Sesuatu'
Rinduuu??? Cuba dapatkan 'sesuatu' yg aku rindu tu.. Kalau tak dapat jugak aku pastikan ia akan dapat. Apalah punya jawapan.. Hahaa...
.
Kenapa Anda...
1. Rasa Cemburu?? Lumrah kejadian manusia laa. Kalau takde perasaan cemburu, ade somthing wrong kat insan tu. Tapi cemburu pon berpada2 la jugak. Jangan cemburu buta, naya je nanti.. Batang idung sendirik yg kena nanti. Hihikk.. 2. Rasa Marah?? Orang yang tak dengar cakap (degil) dan tak takleh terima teguran @ pendapat aku (tanpa pikir panjang bulat2 terus reject opinion aku). Somtime orang yg menguji tahap kesabaran aku boleh buat aku berangin satu badan. Bila sekali die baling batu kat aku, aku dok diam, dua kali, aku still boleh layan dan masuk kali ketiga memang aku tak pikir panjang, ape yg tercapai kat tangan aku, aku hayun je kat muka die tak kisah ler laki ke pompuan. Tapi tak ler sampai bunuh die. But da main point kat sini, we have to respect each others. Manusia ada batas2 jugak. 3. Senyum?? Senyum itu kan sedekah.. Walau teruk camane pon keadaan aku akan cuba utk terus senyum. Aku tutup kelemahan aku dgn senyuman. Kadang2 kalau org lain perli, ngumpat, khianat atau nak kenakan aku, aku balas dgn senyuman balik. Gerenti die lagi sakit ati bila tengok kita still tersengeh kat die. Tak caya cuba ar.. Lagi satu aku nak awet muda da tua nanti, jadi senyum sokmo oraitt.. Hahaa.. 4. Rasa Bersalah?? Aku rasa bersalah bila aku mungkir janji. Tak dapat membantu @ tunaikan hasrat org yg ada kat sekeliling aku. Berdosa beb. Bila aku membelakangkan ahli keluarga, memang aku rasa down. 1st is Family baru la member..
5. Rasa Mengantuk Tahap Gaban Kenapa aku ngantukkk??? Same cam Kak Eiba, time lepas lunch mesti ngantuk. Knape ye?? Hahaa.. Sebab makan banyak lor tanpa excercise trus dok depan PC (mcmane tak buncet..). Huhuu.. Somtime kalau aku baca buku atas katil pon aku gerenti tertidur. Menghayati barangkali.. Ahakk.. :)
.
Reaksi Anda Bila...
1. Sedang Marah Diamkan diri dalam masa 10min. Pastu life must go on.. Back to normal. Abaikan benda yg buat aku marah. Takyah pikir, buang masa je. Tapi memang aku diam dan tingkah laku kadang2 makin slow tapi still tersenyum. Takpon nek moto jalan2 carik makan. Cayalah lu bro.. :p
2. Terasa Malu Teramat Sangat Kalau aku malu tahap dewa2 nih, aku control macho je ler (walaupon sedar diri ni tak macho...kih..kih..kih..) Cover la beb.. 3. Tak Dapat Tidur Pusing kanan, pusing kiri, golek sana, golek sini.. Dulu time dok umah sewa, slalu dok ngacau member2 yg dok asyik tido sampai ler aku rasa nak tertido, bru boleh tido.. Kadang2 pasang MP3 kat telinga, nyanyi sambil goyang kaki terus zZzzZZ dibuai mimpi indah.. Hahaa... 4. Ternampak Ehem Berjalan Dengan Ehem2 Wahh ni nak kena sekeh nih, aku gi jumpa depan2 la sambil kluarkan Pedang Samurai dalam poket slua aku kasi tetak sama itu olang. Brani ko, hehee. Aku tak ler zalim mcm Piccolo. Aku bagi die masa untuk explain jelas2 depan aku. Suma hal memerlukan perbincangan. Setle.. 5. Keseorangan Bukak lagu MP3 sambil tekan2 henset (ntah ape yg aku tekan pon tak tau). Berangan pon boleh jadik gak tapi bukan angan2 Mat Jenin k. Impian mesti ada.. Kalau dalam situasi mcm ni, mudah je, contact sama itu member laa.. Abes cite..
.
5 Falsafah Anda...
1. Gagalnya aku harini, membentuk kejayaan akan datang. Bangkit!!
2. Aku akan tunjukkan pada si pandai2 bahawa aku bukan si bodoh2. Usaha Tangga!!
3. Berani buat, berani tanggung. Jangan tunding jari!!
4. Di mana bumi dipijak, kat situ langit dijunjung. Sedar diri!!
5. Jangan salahkan orang bodoh kerana tak tahu, tetapi salahkan org pandai kerana tak memberitahu, kadang2 perlu salahkan org bodoh sebab tak bertanya. Buat keputusan utk kita nak berada dalam kumpulan yang mana.
.
Sape yg berhasrat nak menjawab tag nih, amek ler ye.. Jangan malu2. Takde bayaran dikenakan. Free of charge. Aku taknak nyusahkan sahabat2 aku.. kononnya laa.. Tapi aku nak bagi kat 3 budak yg suka makan kepek nih.. Merepek je kejenya.. Ape la agaknya jawapan die ye..
1. Fina (Kepek Transformer)
2. Naz (Putera Pasir Bedengung)
3. Anem (Black Spec Machine)
.

Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bagaimana Rupa Sebenar Nabi Muhammad S.A.W.?

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warnalehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
.
KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku".
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
.
Mengalir air mata aku baca artikel ni.. Sedangkan Rasulullah SAW yg maasum sakit yg amat tika Malaikat Izrail menarik roh baginda, apetah lagi kita insan biasa nih?? MasyaAllah..
Bape byk dosa kita??
.
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Rahsia HANDSET Untuk Kecemasan..

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).
~ Skrang ni bukan ke suma no kecemasan dah diselaraskan ke no 999?? Aku try dail dlm keadaan 'keypad lock' tapi tak berhasil.. :(. Mungkin hp aku Sony E tak boleh kot.. Cuba, try Nokia Brand boleh tak??
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
~ Aku tak sure, tak cuba lagi.. Korang cuba, try, test.. Jadik tak??
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '*3370#'. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
~ Aku pakai Sony E, jadik takleh laa.. hmm.. :(
4) TELEFON KENA CURI Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
~ Alhamdulillah, takat ni hp aku tak penah hilang lagi.. Mintak2 jangan ler.. Juz beware!!
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Lagu Agnes Monica - Allah Peduli..

Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian.
Kelmarin Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'.
Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS (Tamaddun Islam Tamadun Asia Tenggara) dahulu ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu, Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil ateis.
Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Tutor saya ada menyebut mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan.
Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah. Begitu juga dengan agama Hindu dan Budha.
Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah. Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli".
Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.
Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.
Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!
Lirik Lagu :
Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti
Subahanallah... Sumber dari peti masukan email aku.. hmm.. :(
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Selamat Bertunang..

Semalam member seopis aku FILA bertunang dgn kekasih awal dan akhirnya (insyaAllah) Mirul.. Aku dah janji nak datang tapi 'ekon' kete plak buat hal. Tengah lagi sekarang ni kat area Johor musim hujan, jadi kalu kete yg tak ber'ekon' ni time ujan lebat mesti mengaburi penglihatanku (poyo je mamat nih..). Jadi aku terpaksa membatalkan niat aku untuk pegi ke rumahnya kat Kluang.. Sory ye kawan. Daku bukan sengaja.. Aku tau ko mesti tertunggu2 kedatangan member baek ko nih kan!!.. Hehee.. Oleh itu, aku sanggup mengorbankan masa terluang ku ini utk membina satu n3 khas untuk mu wahai rakanku walaupun aku slalu menang lawan sepak menyepak dengan ko. Hahaa.. (takde kaitan pon..)
Pape pon untuk 'Mokcik hippO Fila dan Amirul', Selamat Bertunang dan kawinlah cepat2..
Selamat bertunang utk u'all berdua k.. Huhuu.. :p
p/s: sory gua cilokk gambow korang.. keh..keh..keh..
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kejutan Liverpool, Red Devil Merana..

Manchester United, pasukan yg bakal memenangi liga Perdana Inggeris ini dimalukan oleh Liverpool dengan 4-1. Hahaa.. Ini merupakan jaringan terbesar Liverpool di Old Traford semenjak 1936. Kemenangan ni merupakan kemenangan penting utk Liverpool dalam mencabar Manchester United dalam persaingan merebut piala liga Perdana Inggeris. Kemenangan ni menjadikan Liverpool hanya ketinggalan 4 mata dibelakang United tetapi United kurang 1 perlawanan.
Jaringan:
Liverpool - Fernando Torres (28), Steven Gerrard (pen. 44), Fabio Aurelio (77), Andrea Dossena (90)
Manchester United - Cristiano Ronaldo (23).
Datuk Lee Chong Wei Bangkit Mengalahkan Lin Dan Di Terbuka Switzerland
Tiada apa yang dapat digambarkan selain daripada perasaan bangga dan gembira sebagai seorang rakyat Malaysia apabila Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Tebuka Switzerland. Lee Chong Wei menang ke atas Lin Dan dengan 21-16 , 21-16 . Perasaan agak gusar apabila pada awal permainan pada set pertama seperti perlawanan sebelum ini Lin Dan sentiasa di depan mendahului Lee Chong Wei 11-7. Selepas pertukaran gelanggang pada set ptama Lee Chong Wei mula bangkit mengejar Lin Dan. Apa yg aku perasan Chong Wei bangkit selepas dia menukar raketnya.
Sumber: Akhbar tempatan.
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mandi..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Iilmu tu merupakan ilmu yg bermanfaat. Tidak ada ape yg dpt tolong kita diakhirat nnti melainkan 3 perkara 1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya 2) sedekah amal jariah 3) ilmu yg bermanfaat Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dgn amal mulia kita ini, Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Award From Tukang Cerita..

The Rockest Blog Ever!!
Thanx kak.. Moga dimurahkan rezeki yg berhela2... Hehee...
U Rock Forever sis........!!!! Hahaa...

Saye pon jarang bagi 'ole-ole' kat akak.. Coming Soon maybe.. Hehee.. Juz wait n see ya.. Oleh itu,aku ingin memanjangkan award ni kat:- 1. Naz Hawaiiiee.. 2. DJ Epoi Wallaweii.. 3. Kak Hazlin Minangrawa.. 4. Acu Sayang.. 5. Kak IdaLara.. 6. Arabella Binary.. 7. Bro Amirul MD BH.. Aik, da dapat so cancel la hahaaa... 8. Hanim UTM..wakakaaa.. Silalah yea..... Jangan malu segan....... :p

Best regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK