Tag Dari Acu Sephia..

Semalam aku kena Tag dgn Acu Sayang.. Aduh!! So arini aku kena tunaikan la jugak ye Acu.. Hehe.. Janji nak buat semalam tapi arini baru berkesempatan.. Rasa acu da on da way balik ke kampong malam nih.. Hehe.. Jalan bebaik k cu..
Oraitt, tag nih sonang ajo.. guna sebelah jari pon boleh bikin.. Hmm.. :)
1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda guna sekarang...
This is my wallpaper rite now... 2) Bagitau naper anda suka wallpaper anda? Simple n sempoiii.. Takyah pening2 kpale, black plain colour. Biar kosong skit minda tatkala membukak PC.. Aku suka giler wallpaper nih. Hehee..
3) Sape yang kena tag seterusnya?
Aku tau ramai yg tak suka kena tag. So aku nak tag geng2 follower baru aku nih..
(Bonus kepada 2org retro follower aku. Hehee.. )
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Maid Yang Terlampau!!!

Tadi pagi aku dapat email dr Kak Nurul a.k.a. Tukang Cerita.. Aku da lama gak perasan video nih dalam tenet tapi tak sempat nak share. Jadi Kak Nurul da email, aku try hapload & share skit pasal video nih.. Dalam blog Acu pon da ade. Sesape yg nak tau dgn lebih lanjut jenguk kat blog Acu nih.. Jadi sesape yg da tengok video nih abaikan je la ye..
Memang kuang ajo Amah nih.. Klu aku dapat, aku bagi sejibik smackdown & tanam idop2..
So Beware!!!
"Can you imagine if those were your kids ? Crazy maid! No way to employ a maid without "full time supervision"... Maid can never be trusted no matter how good they maybe!!! They're No. 1 liars esp. indon maid. Altho captured via CCTV but wats the damage on the kids off camera???"
Best Regard,Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

40 Tip Jimat Minyak..

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik (Tak hitam & gap OK)
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin,minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man! jangan speeding. 90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Griptinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80%daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90%pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupunpakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk,lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk: http://home.howstuffworks.com/smart-window.htm
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Magic Revolution..

Dasat la woo.. Boleh kluar anak boye lagi tuu.. Jadi sesape yg pakai brand cap Crocodile tu hati-hati la ye... Takut nanti boye ngap korang plak.. Hehe.. Ilmu itam nih. Anak2 tak yah diikot, juz utk tontonan ketenangan hati dan minda.. Hee..

Best Regard,Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kekasihku Seru..

Sebelom tu, korang jangan judge aku as JIWANG k.. Juz wanna share satu cerita tentang CINTA SUCI nih.. Walau jauh manepon kalau da kate cinta tu takleh watpo ar, right?? Layanzz..
.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jimmy..
Dia ni org Johor.
Die ade awek name Julie. Julie nih dok kt Perlis..
Diorng nih x pnah jumpe sblom nih, juz msg n call aje..
Gamba pon diorng x pernah tengok sbb mereka hanya memakai Nokia 3310i..
Diorng da x tahan nk jumpe sngat2.
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcadang utk berjumpe di rumah Julie..
Julie telah beritahu keluarga dia yg Jimmy akan datang beraya ke rumah mereka..
Pada seminggu sebelom hari raye, Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan..
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi, Jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp Jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya, baru lah hp die siap dibaiki.
Apabila hp da ok, Jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan, dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd Jimmy..
Jimmy bertolak dr Johor pd subuh awl syawal, dan smpai di Perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta Proton Wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya.
Bila smpai shj dirumah Julie, dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...
Ibu bapa Julie pon menyuruh Jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri Jimmy..
Tetapi mata Jimmy terjenguk2 ke arah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dari dia..
Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual, Jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..
Ibubapa Julie menyarankan supaya Jimmy banyak bersabar.
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,"kenapa mak cik ngan pak cik?? ape yg da berlaku pd Julie??".
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya "bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut. Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke Perlis.
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibubapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut, ibubapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye.
Utk mendapatkan kepastian, ibubapa Julie bawak Jimmy ke tanah perkuburan Julie..
Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie.
Memng betol Julie sudah mati dan berada di dalam kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan.
Sebelum Julie meninggal, Julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati, tanam skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada Jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie di depan ibubapa Julie,"awk ngah wat pe??"
Tidak lama kemudian, hp Jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima, apabila buka shj sms tersebut, kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi "x de wat pape pon.. awk da smpai ke??"
Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian, hp jimmy pon berbunyi lg..
Kesemua mereka menjadi semakin panik, takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..
Apabila mereka baca sms tersebut, mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga.
Kerana sms tersebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"
hahahahahahahaha...
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.. :)
Best Regard,Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Cara Baru Penyebaran HIV.. Berhati2..‏

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya.. Sila baca artikel berikutmengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa. Tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati.. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak.. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk dikerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi ''Welcome to the real world, youare now HIV positive''. Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati..
. 4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman.. Jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling.. Mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampur kandungan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

REQ: Lagu Kanak-Kanak..

Special entry.. Sebelum tu, aku nak selitkan sikit info salingan n3 nih.. Hahaa..
*************************************************************
(gambo ihsan dari Naz)
.
ASAS-ASAS PEMBINAAN AQIDAH ANAK
1. Pendidikan kalimah tauhid kepada anak. 2. Mencintai Allah SWT dan merasa diawasi olehNya, memohon pertolongan kepadaNya, serta Beriman kepada Qadha’ dan Qadar. 3. Mencintai Rasulullah SAW dan Keluarga Baginda 4. Mengajarkan Al-Quran kepada Anak 5. Mendidik Keteguhan dalam Aqidah dan Bersedia Berkorban kerananya .
ASAS-ASAS PEMBINAAN KEMASYARAKATAN
1. Mengajak anak menghadiri majlis-majlis orang dewasa. 2. Menyuruh anak menyelesaikan kerja rumah. 3. Membiasakan anak mengucapkan salam. 4. Menjenguk anak yang sakit. 5. Memilihkan kawan-kawan yang baik untuk anak. 6. Melatih Anak berniaga. 7. Kehadiran anak dalam majlis-majlis perayaan yang disyariatkan dan dalam pesta perkahwinan. 8. Bermalam di rumah keluarga yang soleh 9. Contoh nyata berkenaan kehidupan social RAsulullah SAW dengan anak-anak
.
DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
(SURAH TAHA AYAT 1-6)
طه
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
Ta Ha. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress. But only as a Reminder to those who fear (Allah). A revelation from Him Who created the earth and high heavens. The Most Gracious Istawa the Throne. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil.
*************************************************************
Back to da topic. Oraitt, arini aku nak share skit lagu2 di zaman kanak2 kita dulu. Bebudak skrg tak tau ler tau ke tak lagu nih suma. Aku amek dari Koleksi Mari Menyanyi yg ade kat pasaran skarang nih. Lagu bebudak nie di 'REQUEST' oleh Brader Naz. Da lame brader nih mintak tapi baru skrg dapat buat. Sory geng.. Banyak lagi lagu kanak2 dalam koleksi aku, tapi yg ini aku sempat haplod. Silalah layanzzz kawan. Harap ko berpuas ati yo!! Hahaa..
Nak layan? Klik tajuk lagu bawah nih..
Lagu nih klu Adlin Aman Ramli dok komen tang sore bebudak ni suma, sampai keesokan petang tak abes. Piching out habis, terabor plak.. hehe.. Juz 4 laugh. Naz, aku utang ko lagi satu req..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Q & A Menarik Tentang Islam..

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.
Sumber: Internet
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Video Ustadz Tengah Berucap, Diambil Nyawa.. Lihatlah Didahinya‏..

Perhatikan pada dahi Si Ustadz, perlahan-lahan proses pencabutan nyawa sedang berlangsung oleh " Malaikat Izroil", semoga kita slalu ingat mati setiap saat agar kembali kepadanya secara Khusnul Kotimah, amien ya Rabbal Alamin..

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinyasia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah SWT sudah menghitung air matamu. Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu saja.. Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah SWT sudah punya jawabannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang.. Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidup mukelak. Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cinta mutak terbalas.. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu. Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.. Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.. Allah SWT telah memberkahimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi....Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.. Allah SWT Maha Mengetahui.
Jika kau merasa diberkahi dengan artikel ini, sampaikanlah kepada orang yang kamu sayangi.
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Appreciation..

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.
A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'
The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.' What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.'
Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?
Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?
Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.
Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.
Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'
The most beautiful thing is to see a person smiling...And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!
.
The Best Way to Cheer Yourself is to Cheer Somebody Else. Keep Smiling! :)
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Keriangan Keluarga Proton Exora..

Bermula dari awal tahun ni (Februari 2009), ramai dok pikiak camne la ghupa dan nama kete MPV Malaysia yg pertama nih. Setelah sekian lama dok tunggu akhirnya Proton MPV muncul, tapi sebelum tu di kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah pada Proton Holdings atas pengeluaran kereta baru ni dan tak dinafikan bentuknya boleh dipuji, tetapi kualiti lain kita still tak tahu lagi.
Dengan kesempatan yang aku ade hujung minggu nih, aku gi la Showroom kete Proton kat sekitar area JB nak tengok dengan mata kepala sendiri camne ghupa sebenar Proton Exora. Tengok dalam berita tak bape nak jelas. Aku pon pegi la Proton Showroom (saje buang masa :p).. Hahaa..
Overall, design ketenye boleh tahan la, chantekk.. Aku tertarik tang lampu blakang dan panel LCD untuk GPS tuuu. Ade gak VCD/DVD Player.. Ekon blakang, soket power macam2 adaa.. Menarik jugak ler..
Pada aku Exora ni looks like Toyota Innova and Nissan Grand Livina skit. Bentuk more pada Innova tapi cc sama cam Grand Livina juz 1.6 only.. Aiyoo, camne kete yg sebesar tu hanya guna 1.6 lorrr.. Aku rasa 2.0 better skit like Innova.. Manyak kuat sedut minyak woo kalau body berat tapi guna 1.6 only.. Adoiii.. Tapi sape aku nak kritik, barangkali engineer yg design kete tu da buat yang terbaek utk kereta MPV pertama Malaysia nih. Tahniah Proton.. Dengan harga yg berpatutan, aku pikir mungkin sambutan diluar jangkaan.. Barangkali?? Hehe.. We'll see..
.
Aku pon tak nak la ulas pepanjang. Tak gempaq arr kan.. Korang nengok sendirik oraitt. Nak tengok gambo yg lebih lanjut klik sini k..
Mula2 dulu namanya Ixora sempena nama saintifik bunga siantan. Tapi pastu dituko pada Exora, knape aku pon tak tau sebab dalam peraduan memilih nama kereta baru Proton syaratnya tidak boleh gunakan nama binatang dan tumbuhan. Tak dan pastu Ixora (nama tumbuhan) yg menang tapi ditukar dari 'I' jadik 'E'. Knapa ye? Mungkin org kuat Proton nih minat cite Ezora kot.. Hehe. Aku dengar sesape yg da booking kete nih kena tunggu 3bulan.. Dush!!! Tidokk dulu. Hahaa..
Sebelum kete ni di lancarkan Proton da bukak utk tempahan walhal tak dpt tengok keretenye lagik.. Boleh ke mcm tu?? Dalam Islam boleh ker jual beli sebegitu ghupa??
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Anugerah Dari Tukang Cerita..

Friendship Award ni aku terima dari Kak Nurul a.k.a. Tukang Cerita. Barangkali Kak Nurul nih nak kongsi ke'fofuler'an die dengan aku.. Chewaahh.. Hehehe.. Semestinya akak memang 'fofuler'. Terima kasih yg tak terhingga kawan ucapkan kak atas penghargaan nih. Kawan terharuuu sangat woooo... Award ni penuh dengan pelbagai makna dan sangat mendalam pada kawan kak. Alhamdulillah.. Sesungguhnya ke'poyo'an ku di alam cyber ini dihargai oleh rakan2 blogger.. Hahaha.. Juz kiddin'. Hidup nih klu tak boleh bergurau senda masok keranda idup kita akan sepi. Sesekali tu kena free of thingkin'. Jangan marah ye kawan2. Lawa giler award nih, sape bikin?? Jadik aku pon nak menyambung award ni pada sesape yg yg jengah blog nih. Terutama 33 orang follower aku.
Tanpa kalian, mungkin blog nih lenyap ditelan aku.. Hahaha...
Terima kasih skali lagi Kak Nurul atas hadiah nih.. Chumel sungguh bear nih kak. Mungkin ke3-3 bear nih heroin2 Tukang Cerita dan Tukang Ubat yg punya. Pandai mama dorang chilokk ya.. Hahakk.. Adoyaii kak, small mater je la kak. Bukan susah sangat pon pertolonganku itew. Hanya sebeso biji sawi barangkali.. Hehe.. Kem salam Assalamualaikum kat Tukang Ubat yea. Pape pon keep in blogging k sis. Jangan benti2.. Majulah Blog Untuk Negara (pinjam dari kate2 Naz).
Anak singa pakai kodomo,
Gosok gigi lupa sampai ke pagi,
Sorang brutal, sorang poyo,
Moga persahabatan adik kakak kekal abadi,
InsyaAllah.. Terima Kasih, Cikgu..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Azan..

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAANSETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah.. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin..'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah...
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali....... FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.
Sempena hari ni penghulu segala hari, aku dapat satu email nih.. Yok kita bertazkirah sama2..
Kita renung-renungkan dan selamat beramal!! :p (~Peace No War..)
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Special Gift??? Woww..

Aku baru bukak blog ade signal mata aku trus terpacak kat chat box..

Kak Hazlin: sila ambik hadiah... :p

Pergghhh.. Gumbira yaa amattt... Tak terkata den.. Hehe..

Dengan rasa bangganye aku pon tak buang masa terus bukak ler.. :)

Jeng..jeng..jeng..

Mak datookk beso giler adiah.. Meleleh beb mata aku nengok..Terharu gwa.. huuuu... Poyo lor mamat nih.. hehe.. Fullamaakkk... Thank You Very Much,Teacher (speak english skit berdepan dgn cikgu BI nih :p)

Aku request 3 adiah kete, moto dgn lappy.. tepat2 ade 3 bungkusan spesel utk aku.. Wakakakaaa.. Toche..toche..toche.. Dalam kepala aku dlm ke3-3 bungkus adiah tu..

1. Replika kunci kete idaman aku Honda Jazz putih..2. Replika kunci jugak tapi moto idaman aku plak, Yamaha 135LC..3. Laptop Idaman, Sony Vaio CR Series.. Tapi rupa2 nya hampeh.. Bila ku bukak je.. Hamek kooo..

1. Resit tempahan Swing Car for Child..

2. TomJerry Cycle..

3. Mini Alphabet Laptop..Kak, lappy ni kawan da bagi jiran kawan pakai.. Hehehe.. halal yea.. :p Tima kaseh la ya kak atas pemberian adiah yg sooooo seberapa nih kat kawan.. Nanti kalau tak tima takot kena jual kang.. Hehee.. Tapi kawan suuuuukkaaaaaa sangatttttttt.. >:S Bagi la lagi ye ye.. Hahaa..

p/s: Juz nak ilangkan tension, arini aku buat silap yg agak beso.. Cuak jugak aku.. Naseb baek boss aku jenis sporting, marah2 perli.. Hmm.. Klu idak, menaaanahh telinga aku kena letiak.. :( yg penting kita kena hadapi rintangan hidup dengan senyuman dan ngaku klu da memang salah kita.. Juz ADMIT it..

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

REQ: Selawat Syifa'..

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
Nak sedut Selawat Syifa' ni, klik saje --> Hijjaz - Selawat Syifa'.mp3
Berikut adalah selawat syifa. Bacalah selawat ini setiap hari, berapa banyak pun tak pe. Kalau hafal lagi bagus. Insya-Allah dengan izin-Nya penyakit yang korang alami akan berkurangan... Bacalah dengan yakin kerana Allah s.w.t, sambil berserah sepenuhnya kepada-Nya.

Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya.
Caranya ialah ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit. Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah sakit atau bekas itu.
Selawat ni jadi popular bila ianya menjadi lagu tema ending citer Anak Betong..
Bagusss woo!!!
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Meh Sedut Lagu..

Dah lame rasenye aku tak upload lagu.. So korang layan je la lagu ni ye.. Hahahaa..
Nak layan?? Klik saje --> Afgan - Pada-Mu Ku Bersujud
Mesti denga lagu nih.. Masyuk wooo!!Nak layan?? Klik saje --> Jason Mraz ft. Colbie Caillat - Lucky
Antara lagu favourite aku.. Layannn.. Nak layan?? Klik saje --> Aiman - Dusta Berkalang
Sokong ler lagu nasyid tempatan.. kihkihkih.. yoyo'o je aku nih.. tapi lagu nih best jugak beb masok AJL.. Nak layan?? Klik saje --> Aura Kasih - Mari Bercinta
Lagu ni bila tension cuba try test bukak.. hehe..

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK