Ofisku Disamun!!!

Tersentak aku, baru balik solat Jumaat tengahari tadi suma staff pompuan & bos aku berdiri depan pintu dok tergamam. Aku tanya ape pasal?? Belum sempat akak ofis aku tu bagi jawapan, mata aku terus terpana ke pintu kaca yang terbuka luas tanpa berfungsi dgn hasil cungkilan pada alat security pintu ofis yg telah terkopak dgn keadaan wayarnya yg telah dipotong kemas..
Disamun plak daa.. Sapelah yg laknat sangat gi samun ofis aku nih weiii?? Cilako betul depa.. Takde keje lain ke depa nak buat.. Habis diselongkar suma.. Handbag staf pompuan jgn dicakap, suma habis dikeluarkan.. Termasuk meja aku skali.. Nasib baik kunci motor aku tak diambil dalam laci meja tertindih dgn CD, kalau tak senang2 je moto aku depan ofis dilarikan syaitan tersebut.. Ceh.. Geram betul aku.. Nasib baik PC Acer kesayangan aku nie dan 5 bijik PC lain tak diamekk.. Mungkin beso sangat kot. Kalu tak naya je..
Aku dgn geng2 (termasuk staff pompuan) aku keluar ofis kol 12.40pm, bos aku plak masuk semula ofis kol 1pm, boleh dibayangkan dalam masa 20minit je dorang boleh larikan 3 biji laptop, 1 handphone, kamera digital, duit, gran kereta, thumdrive, beg galas & byk lagi... Itu suma barang yg disedari hilang, barang lain yg tak diketahui lagi, ntah ape lg.. Sampaikan spek mata Nike (dengar cerita harganya RM5++) pon dikebas yg tinggal hanya casing je.. Ceh.. Kuang ajar betull.. Mungkin dorang tau lunch hour ari Jumaat panjang kot..
Setelah bape jam kejadian, rupa2nya kedai sebelah ofis aku (jual hardware komputer) pon turut dirompak. Menurut jurujual dlm kedai berkenaan, suspek adalah 4 orang lelaki berbangsa India.. Hmm.. Takde bicara lain, balik keje tadi terus buat report.. Member & bos aku sama2 garok kepala coz laptop latest Acer edition yg baru berusia 4 bulan lebih da dikebas dgn sekelip mata je.. Bermaksud suma file2 projek, drawing, tender dll hilang mcm tu.. Tergamam jugak.. Tapi takleh buat ape la. Pasrah je ler.. Lepas kejadian suma terus takde mood nak keje. Bos ajak turun bawah minum2 kat kafe..
Setelah dibaiki..
Alhamdulillah, nasib baik mase insiden nie takde staff yg diapa2kan..
Esok aku bertiga je kat ofis yg lain suma gi course.. Aku sorang je lelaki, so kena stanby dgn pistol mainan nih..
Sediakan payung sebelum hujan..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ilusi Anda Bagaimana??

Entri kali ni pulak, aku nak share dengan korang tentang ilusi (illusion) mata.. Ape yang korang nampak dalam Gambar Pertama, Gambar Kedua, Gambar Ketiga dan Gambar Keempat?? Kuang..kuang..kuang.. Test power kejap.. Tapi bagi sape yang da tau tu, buat2lah tak tau ye.. Hahaa.. Saje nak release tension...
Ade bran??
.
Ade lagi pic illusion yang lain, tapi tak yah la... Cukup ler ni 4.. Lagipon kuota laki pon ade 4, lebih2 kang nnt ade yg marah.. hehe.. (juz joking..).. Zaazzzzzz....
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Luasnya NERAKA..

Assalammu'alaikum.. Sahabat cyber semua... Bacalah.... Tak sampai 5 minit pun!!!
Ya Allah.. Takutnyer aku.. bacalah sampai habis k.. Skejap jer ye.. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH... AMIN.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi SAW. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.... Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!! Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw: 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Untuk renungan dan amalan bersama ...
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Gelora Hidup..

Hahaa.. Maluuu la weiii.. N3 aku kali ni nampak macam keibu bapaan dan sometime macam tak sabo je nak kawen kan?? Gatai ka mamat ni?? Hahaa.. Ape aku peduli?? Ade ke org yg nak aku?? Huhu.. Weiii lambat lagi ar.. Idung berhingus lagi ade hati nak kawen.. Hmm.. Orait kali ni aku nak share ada sikit bab2 Munakahat lor.. Tak salahkan?? Ntah dari mane aku dapat?? Hehee.. Member aku bagi linknya, dia soh aku baca dan selami dalam2 sebelum membuat satu2 keputusan.. Sape ye?? Kenapa 'die' bagi aku?? Biarlah rahsia... Lagipon 'die' baru abes kursus pra-perkahwinan last week..
Hope, sama2lah kita saling ingat-mengingati antara each others oraitt..
(maaf ler,bahasa rojak.. :p) sekadar gambar hiasan.. >>

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita, janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan. 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%. 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. 13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak. 15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. 16.KETIKA ADA PIL Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat. 17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K 1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran

InsyaAllah..

p/s: buat Kak Lin dan Bro DJ Epoi kalu ade borang kekosongan jawatan meh bagi saya isi.. tak kisah ler sepupu sepapat ke.. i'm single now.. Wakakakaaa..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Panduan Memandu Ketika Kecemasan‏..

BREK GAGAL BERFUNGSI ~ Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai. ~ Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek. ~ Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan. ~ Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak di tepi Jalan, rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya. ~ Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS ~ Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera. ~ Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu. ~ Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT ~ Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda. ~ Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan. ~ Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan. ~ Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak. ~ Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA ~ Brek secara beransur-ansur. ~ Naik ke atas bahu Jalan. ~ Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu. ~ Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH ~ Pegang stereng dengan erat. ~ Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan. ~ Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. ~ Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal. ~ Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar. ~ Jangan tukar tayar di kawasan bahaya. ~ Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM ~ Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda. ~ Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. ~ Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas. ~ Hentikan kenderaan dengan segera. ~ Nyalakan lampu kecemasan. ~ Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR ~ Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik. ~ Hentikan kenderaan dengan segera. ~ Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar. ~ Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. ~ Gunakan alat pemadam. ~ Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.
TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA ~ Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan. ~ Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan. ~ Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan. ~ Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas. ~ Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan. ~ Angkat bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN HADAPAN PECAH ~ Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat. ~ Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut. ~ Lindungi mata dengan memakai kaca mata. ~ Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN ~ Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. ~ Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. ~ Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. ~ Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda. ~ Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tagged from Karl..

Assalamualaikum.. Actually aku pon tak suka di'TAG' karl coz memerlukan masa yang agak lama tuk aku memikirkan apelah jawapanya ye.. I'm not a creative one.. Hmm.. But it's ok, now i'll try my best to answer my first tagged laa.. Hahaa.. Thanx bro =).. Let's see..
~Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah... (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)~
---------------------------------------------------------------
1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Kalau ada anak mesti ada mak. Mana mak kuncinya pegi ye?? Hehee.. Sape yg buat jahat ngan aku aku nak garit je kete dorang pkai anak kunci 19.. Kasi setle.. Hahaa.. Tapi selalunya aku guna kunci motor untuk gores kad top up Celcom aku. Tapi sekarang ni kunci tu aku buat alternatif lain dengan menjadi penyendal bateri kamera aku yang tak bape nak kena bila aku tengah cas. Wakakaka..
2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Pen aku suma mekanikal pen yang men tekan2. Da takde yang ade penutup, leceh.. Asik memanjang ilang.. Kalu ade pon aku buat cucuk plug 2 pin charger hanphone aku kat opis. Penutup tu kan penebat. Safety first.. Huhuhu..
3) Botol Mineral
Kegunaan asal - tempat simpan air
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Isikan batu @ pasir dalam botol tu, standby kat bakul motor. Barang siapa yg menyalahi undang2 jalan raya aku baling terus kat kenderaan dorang terutamanya sesape yg menindas org yang naik motor macam aku.. Ahakk..
4) Paper Lama
Kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Recycle balik, tapi sekarang paper da murah.. Tak kaya pon. Tak pon dulu2 aku buat topeng power ranger (mase kecik2 laa..). Tapi la ni buat alas bekas barang2 basah dalam kete bapak udah.. Yg lain buang trus.. dushhh...
5) Seluar 'tuttt' Lama, (adoyaiii nak jugak pe??)
Kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Ape punya soklan nih?? Huhu.. Buang ler nak simpan watpe weii. Bukan mahal pon kalu beli kat pasar malam 10helai baru 5hingget.. Kahkahkah...
6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Dulu assignment banyak kertas soklan pon melambak so kena kipas asik terbang. Jadi lesung batu ni terpaksa berkorban jadi penindih kertas lor. Tak pon sape yg jahat, dushhh ketuk je pakai lesung nih.. Somtime jadi tray habok rokok (member2 aku la punya keje..). Muahahahahaa...
7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Kat asrama dulu kain langsir dijadikan alas kaki masuk dorm. Ade jugak yg boleh dibuat baju raya, alas meja dan alas katil (cadar) tengok corak laa.. lalalalalaa.. :)
.
8) Komputer ofis
Kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Sahabat yg paling baik, tapi bila dia jadi mengong musuh pertama jadi pelepas geram. Tapi dia still setia padaku.. Kalu ade tenet, kami tak boleh berpisah.. Nak lagi kalu kat pc umah, dia diberikan makanan game like FIFA, SEGA, Counter Strike..takleh rengang.. Hehehehe...
.
9) Duit Syiling
Kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Sedekah la beb.. Tapi kalu bayak sangat simpan masuk tabung. Bila da kesempitan duit, pecahkan tabung tu, kira jumlahnya dan tukar duit syiling tersebut dengan wang kertas kat kedai mamak sebelah umah.. Wawawawawaaa...
.
10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru, tukar2 pendapat
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale hysMan - Share ape2 yg boleh di'share'kan "Lihatlah dunia..". Pendapat dari orang berpengalan is da most important for me. Uhukk.. :)

---------------------------------------------------------------

Adoyaii, jenuh aku nak menjawab.. Tapi nggak apa sih, kena eppy slalu.. Yeeeha!!
Should i tagged others too,ha?
Aku nak tag tapi macam tak sesuai je..
Tapi aku kesian kat mamat sorang nih.. Am ko di tag.. Silalah menjawab ye..
.
*UPDATE 23/02/2009 : Terlintas kat kepale aku nak tag Kak Lin plak. Lalalalala.. :p
~ Kak Hazlin >> Warisku Minangrawa. Kalau ghajin, silalah ye cikgu..wawawa :p
Lenguh tangan den nak nulis... Aku malas nak tag yang lain... Coz soalan nye litle insane.. Sure korang pon malas nak jawab, right?? Hahaa.. Jadi ada yg rajin nak menjawab ke??? Silakanlah bagi sesape yg rajin tu ye.. World Peace!!
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Jangan Marah-marah..

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar² serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.
Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.
Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
Golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
Golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)
Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.
Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan). Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati)..
Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..
Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.
Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)
p/s: Jadi kite ni tergolongan dalam golongan yang mane ye?? Harap2 sentiase dalam golongan ketiga..
InsyaAllah.. :p
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-14..

Petang tadi balik kerja aku dengan member aku terus gi ke Festival Layang-layang Antarabangsa kat Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang, Johor.. Angin kuat betul tadi.. Kononya nak release tension tapi makin tension beb.. Hahaa.. Ramai betul orang, dengan jalanraya yang sesak.. Siapa yang naik kereta, kena bersabar la sikit. Aku rasa dalam 1jam baru dapat parking kot.. Nasib baik aku naik motor. Selit punya selit sampai jugak, tapi motor nak parking pon bermasaalah. Aku rasa selama 3tahun aku dok sana time study dulu, tak pernah bayar parking, tapi bila ade festival ni setiap tahun mesti Metro Parking buat kaunter sementara kat pintu masuk. Motor pon kena bayar 50sen. Ceh.. Bukan ape, aku bukan berkira tapi ramai betul manusia.. Berapa hinggit dorang boleh untung ek utk festival ni je?? Tapi aku tak salahkan dorang. Hehe, sempat tuu.. Tadi masa aku datang Tengku Mahkota Johor tengah merasmikan pembukaan festival ni. Ia acara tahunan yang mesti diadakan di Pasir Gudang setiap tahun.. Festival ni disertai dengan pelayang2 tempatan dan luar negara yang bertanding untuk mendapatkan title siapa pelayang yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Meriah sungguh.. Dengan aksi giant local and international kite spt layang2 berbentuk Harimau, Buaya, Sotong, Spiderman, Beruang, KFC dan Pizza Hut jugak ada. Besar dan cantik ar.. Ada jugak layang2 yang boleh menari mengikut rentak muzik. Fuyoo gempaq giler.. Hehee.. Bukan senang nak naikkan layang2 gergasi tu, ade yang menggunakan 10-20 orang krew untuk menaikkan satu2 layang2.. Pulak tu, bila da naik layang2 tersebut diikat pada kren.. Disebabkan angin terlalu kuat, batu konkrit pengikat layang2 pon ade yang terbang, jadi konklusinya ia diikat ler pada kren.. Ada yang berkelah kat tepi tasik.. Yang bawak anak kecik panas2 kesian aku tengok.. Apa aku kisah, asalkan anak dorang tu tak hilang dari pandangan ibubapa dorang.. Hehee..

Ini pic secara rambang la.. Nak amek gambo banyak2 nanti filem abes.. hehee..
Actually, aku tak bawa kamera.. Ni pon pakai kamera handphone 'sendal pintu' aku.. So tak brapa nak clear ar.. To see more, klik sini.. kredit by Kak Ima, Mawar Merah.. Nice pic sis.. Huahahahah... Thanx.. :p
Btw, ok laa.. Pada aku pesta ni sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama famili..

Sempat lagi tu mamat ni nak interprem.. Hehe..
p/s: karnival macam ni bukan hanya famili je yg ramai, couple2 budak sekolah yg hingusan lagi ramai. Berpegang tangan ke hulu ke hilir masuk taman bunga da macam tak de batasan.. Sedih aku tengok. Ade jugak ramai minah melayu yg pakai baju tak cukup kain. Aku tahu panas, tapi ni baru panas dunia laa.. Sampai ada yang nampak lurah atas bawah.. Emm, aku tengok pon segan, mak bapak sebelah pakai songkok dan tudung, tapi anak pompuan pakai singlet dan seluar pendek amoi je.. Pelik. Tapi apa aku kisah, itu tanggung ayahnya la.. Sekali pandang rezeki, dua kali pandang dosa.. btul??? :p
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bantuan Diperlukan..

Member aku hantar SMS kat aku soh aku tolong 'setle'kan satu SMS yg die terima..
Bunyi @ bentuk SMSnye begini ghupanyer..
"Jawab soalan ini:
Kalau awak mencintai seseorang, awak boleh atur huruf ini menjadi perkataan
AKLAIKAIMSWAY
Kalau awak tak reply mesej ni, bermakna awak tak tau utk bercinta..
Semoga berjaya.."
Siapa mau try susun semula huruf2 tersebut utk jadi satu perkataan??? Aku memang tak tau bab2 cintan-cintun ni.. Tak penah bercinta lg.. Kuikuikui.. Aku rasa ini bukan perkataan melayu kot coz jarang sekali bahasa melayu ada Y & W..
Ada sesiapa yang tau??
Ahaakk.. :p
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kes Histeria Selalu Berlaku Di Sekolah BSB..

Mengapa hanya gadis melayu di rasuk?
Kes histeria disekolah kat BSB kini terjawab..
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salahnya?? Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
'Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!'
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam'
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
''Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat'.. 'Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK....''
''Aduhaiiiiii... kekekeekeeee. ..''
Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....
Pi buat keja cepat..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kawan Rupanya Lawan..

Arini mood aku tak stabil.. Knape?? Aku sendiri tak tau.. Rase diri tak berguna, menyusahkan, kecil hati, dan kadang2 aku rase benci, marah dan geram dgn org sekeliling aku.. Aku manusia biase yg tak sempurna.. Aku sedar tu suma.. Mungkin aku banyak berpikir. Tapi knape orang2 di sekeliling aku memandang aku dgn sinis? Suma mata memandang dengan curiga dan seakan menuduh. Adekah dunia ni telah menghukum aku?? Inilah perasaan di saat orang2 kat sekitar aku tidak bersahabat. Kebijaksanaan yg aku keluarkan selalu ditentang. Kadang2 ianya berakibat buruk sehingga kebijaksanaan itu menyerang diri aku sendiri. Terasa diri bodoh dan tak diperlukan oleh org sekeliling.. Bagaimana boleh terjadi macam tu?? Adekah aku tak layak bersahabat.. Aku berniat baik dan aku anggap sahabat tapi rupanya yg kite anggap sahabat mengutuk aku dgn hanya nyatakan ko tak boleh 'masuk' dgn aku .. Knape?? Aku tak penah nak marah, naik angin kat ko.. Kalu aku marah pon aku senyap dgn mendiamkan diri.. Walaupon niat ko nak berjenaka dengan menaruh nyawa aku, tak sepatah pon aku bersuara.. Tapi apehal hanya sebab ko tak boleh 'masuk' dgn aku, ko nak canang2 keburukan aku kat org lain?? Nasib baik org yg ko lemparkan keburukan aku lebih kenal aku berbanding ko yg aku da anggap kawan baik aku sendiri.. Perit, sakit ati bila manusia tu sendiri bagitau aku face to face ape yg dah ko da bagitau die.. Aku terkejut tapi aku tak kesal kawan dengan ko, terima kasih sudi kawan dengan aku walaupon hanya (#)tahun.. Walaupon ko tau aku dgn perempuan yg ko anggap kekasih tu hanyalah kawan baik aku, tak lebih dari tu.. Aku rase mungkin itu reasonnya. Kawan, aku takkan amek hak ko.. Aku masih boleh berpikir secara rasional dan mantiknya sape aku yg tak seberapa ni kalu nak di bandingkan dgn ko.. Come on la. Matang sikit.. Walupun kiri kanan org asek dok ckp ko tak matang macam budak2 tapi aku deny kan. Tapi skrg ni aku da tau sebenar2nya ko.. Sehinggakan ko boleh buat suma org buang aku dgn hanya sekelip mata dan peliknya pada ari terakhir takde sepatah ayat pon dari kuncu2 ko.. Tapi aku tetap anggap korang sahabat aku dunia akhirat..
Thanx buddy..
insan tak sempurna - hysMan Ubahlah perasaan ini menjadi penuh persabahatan. Ubahlah semua orang ingin bersahabat dengan kita. Jalin hubungan erat dan kedekatan.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Semua pemegang akaun MAYBANK..

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.
1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (8 digit), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin???
2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin'
3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.
NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he didnot withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.
Sekian harap maklum.
Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833
.............................................................................................
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan daripada nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Johor FC Kecundang Lagi..

Malam tadi Liga Super Johor FC vs Perak.. Hmm.. Aku sbg ex-penduduk Pasir Gudang dengan rasa bangga aku menyaksikan match ni kat Stadium JCorp Pasir Gudang.. Hhmm.. Nampaknya skuad pilihan aku Sang Lebah ni kecundang buat kali ke-2, kat tempat sendiri.. Hampa betul aku.. Sebelum ni tewas dgn Negeri Sembilan 3-0. Semalam plak dorang tewas 0-1 kpd Perak hasil kuisan hebat dr pemain Perak, Razali Umar Kandasamay pada minit ke-39.. Tapi ape boleh buat. Pasrah.. :( Sebelum ni Johor FC seri dgn Kedah, tapi kire ok ler 13 Januari yg lepas Selangor FC kalah dgn Johor FC dgn 2-1 dan menang jugak dgn Pahang 3-2.. Hehee.. Kire wokay la.. Nasib?? Nggak ler.. Sang Lebah bisa menyengat lg.. Walucamane pon, aku still sokong team negeri aku sendiri Johor FC walaupon skuad Johor da tak de.. Waiting for next match on dis Tuesday Johor FC vs Perlis..
Untuk result terkini Malaysia Super League 2009 - klik sini..
Walupun pakai baju Kuning Hitam tak bermaksud aku sokong Perak k.. Ape ade dengan baju.. Wakakakaka.. :p
p/s: Jangan lupa gi Pasir Gudang Kite Fest 16-22 Februari kat Bukit Layang-layang Pasir Gudang k..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Akhirnya Pengembaraan Selesai..

Akhirnya..
Tadi aku gi wayang tengok citer Geng: Pengembaraan Bermula dgn member aku. Hahaa.. Kelaka giler.. Best ar.. Banyak action.. (Iye ke??) Suma penonton dalam pawagam tak kering gusi berdekah.. Ramai gak dlm panggung tu tadi dari umor 3thn sampai ler ke warga emas.. Ia sesuai utk tontonan seisi keluarga.. U.. Hihii.. Citernya tak berat tapi mmg adventure giler.. dgn sound system yg gempaq.. Lagi2 bebudak kecik yg ternanti2 kemunculan Upin & Ipin.. Aku boleh bagi 5star utk jalan citernye.. Memang puas hati. Tapi 4star utk animasi coz ade somthing pergerakan animasi yg tak bape nak smooth.. Kire ok la for the 1st tried.. Congrats.. Aku tabik spring kat crews Les Copaque.. Air tangan dr anak M'sia yg created citer nie.. Dalam cite Geng ni ade selitkan banyak moral value spt nilai persahabatan.. Ade banyak kisah lucu, aksi, seram, fantasi, nilai tanggungjawab dan ending yg sedih bila Oopet nak berpisah dgn Geng.. Yg paling aku tak leh nak handle berdekah bila Rajoo, Upin & Ipin nak jatuh dari satu curam kat kaki bukit dlm hutan.. Hahaa..
So, sape yg tak tengok lagi, pi la tengok..
Support our local animation film..
Lepas tu pi tengok citer Ong Bak 2.. :p
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

My bos bornday..

Today is my bos birthday.. 13.02.. Tepat 12tghari suma staf gi lunch.. Yg aku suka coz dapat makan free.. Bos blanjer.. Hahaa.. Yg ke bape aku tak tanya plak.. :p.. Tadi kitorang celebrated kat LAVENDER JUSCO Permas Jaya.. Bole ler.. Aku memang kuat makan tapi bab2 makan kat restoren beso2 (beso ke??) ni agak susoh beno nak order menu.. Kat gambo suma makanan nampak sedap tapi bila sampai je hidangan emm hampeh.. Lambat sangat aku order je ler mee mamak hehe.. abis citer.. Nasib baik sedap.. Klu tak sedap baik aku makan kat Ahmad Khan lagi sodap.. Tapi tadi agak rushing nak kejokan solat Jumaat.. Tapi Alhamdulillah sempat jugak, abis je kol 1pm kitorang trus solat Jumaat..Ni die Mr. Lai a.k.a bos aku.. Happy Birthday bos.. Hope taun ni banyak dpt pojek baru.. Kalu tak, nanti aku ngulor bikin blog.. :p

Our ladies staff.. Engineer, assistant and admin..

Shahrul and me.. Safety & draft..

Our twin wawawawa... Draft & site superb..

Kenyang perut aku.. Alhamdulillah..

Tapi nak tanya skit, LAVENDER ni termasuk list made of yahudi tak ek?? Coz tadi kawan aku (tudung puteh) ade tanya aku LAVENDER ni halal tak?? Ade sesape tau, share skit..

Before aku terlupe.. Esok 14 Februari, mesti ade mat or minah2 yg nak celebrate Hari Kekasih.. Kita sebagai umat Islam baik elakkan dari menyambut.. Bukan takat elakkan tapi takyah sambut terus.. Nak tau knape?? ha! klik sini.. Benda ni da lame daa.. Dorang nak ngulingkan umat Islam secara halus.. Sampai negara pak arab sendiri pon nyambut jugak. iish.. klik sini.. So aku berharap sangat jgn sambut k.. Hari kekasih dalam Islam tak tertakluk pada mana2 tarikh atau hari pon.. Tiap2 ari adalah hari kekasih.. Watch out..

Katakan "TIDAK" pada V*******E DAY.. :(

Sumber link ke Amirul Blog.. Thanx bro.. :p

Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tiba Masanya..

Masa yg ditunggu2.. 12.02.2009.. Hahaa.. Arini terlerai la "Betul.. Betul.. Betul.." Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin kat pawagam. Aku nak tengok tadi tapi balik keje da lambat plak, hujan renyai2 aku tak jadik ler pegi.. Tapi esok, InsyaAllah aku gi tengok.. Tak sabo nie aku nak komen citer katun 3D pertama Malaysia.. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga beb.. Hope, citenya tak menghampakan.. Sebab dok promotion macam gempak.. :P.. Kat bawah nie aku nak share wallpaper Upin & Ipin yg aku slalu dok tuko kat desktop opis aku.. Ahakzz.. Tengok katun tak bermaksud kepale pon katun okay.. I'm matured dr umo sebeno aku.. Hmm.. Layan ler.. Juz klik then save as background, siap!!..
Ni plak screen savernyer -->> Klik sini.. :p
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK