Kesempurnaan..

Assalammualaikum w.b.t. kawan-kawan.. Aik, Kak Nurul macam tahu je aku pergi Jom Heboh nih? Hehe.. Bukan ape kak, kalau fikir secara logik dan mantiknya memang den tak nak layan ke tempat sesak mcm tuh (buwat poneng paler den ni haa), tapi disebabkan member-member den Fila dan Nora ajak ku pergi semalam lepas balik kerja tengahari, ku turutkan saja kata hati. Hahaa.. Nasib baik gwa naik motor senang nak cilok-cilok di tengah kesesakkan kota. Cheewahhh!! Memang jem giler semalam. Aku yang naik motor ni pun tensyen memanjang takut bergesel dengan kereta. Adoiii.. Tapi alhamdulillah selamat semuanya. Semalam juga ada eksiden motor dengan kereta, lagi lah bertambah jem (dengar cerita penunggang motor tersebut mati sehingga terkeluar isi perut). Astagfirullah, minta-minta dijauhkan..
Oraitt, bercerita pasal Jom Heboh ni. Aduhh.. Ramai betul umat manusia yang mengambil bahagaian memeriahkan majlis penghebohan ni kat Teluk Danga, aku juga tak terkecuali la baik penduduk dari Bandaraya Johor Bahru ni sendiri dan penduduk berdekatan daerah. Yang aku kesian ada yang sanggup bawa anak kecil (ku kira baby tu umur dalam 5-9 bulan), ada yang bawa warga emas berkerusi roda dengan sinaran terik matahari. Aku memang tak leh tengok benda macam nih. Kesian woo.. Aduhh.. (Ada ape la dengan tempat macam ni, selain untuk cuci mata?? Hahaa.. Adakah aku??)
Disebabkan aku melayan depa berdua yang tak betul tu, secara tak langsung aku pun terjumpalah dengan beberapa artis tempatan. Tengok dekat-dekat, MasyaAllah sempurna sungguh makhluk kejadian Allah nih semua.. Semua cantik-cantik, semua cun-cun, semua kacak-kacak belaka. Mungkin depa ni suma memang dah diciptakan rupa untuk menjadi santapan umum. Perfect!! Nak lagi Rozita Che Wan, chantek giler mukanya. Macam patung beb. Hehee.. Jakun kan aku nih. Budak kampung macam aku nih mestilah jakun kan.. kan??
Antara artis yang sempat gwa bersemuka nak gadoh.. Hehee..
Tapi aku tak bergambar pun dengan artis-artis ni semua. Aku cuma jadi cameraman untuk teman-temanku saje. Walaupun aku berada depan mata depa nih suma. Taknak la aku. Depa nih semua manusia biasa jugak, buat pa aku nak bergambar plak kan. Kihkihkih.. (yoyo'woo ke aku nih..)
Takde apa lah yang aku nak cerita. Saja buang masa korang membaca.. Hehee.. Pengalaman kali pertama pergi Jom Heboh nih wehhh!!!...
.
Sebelum aku terlupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat teman sekelasku, Diana dan pasangannya Wira Darma yang telah selamat diijab kabulkan hari ni. Tahniah.. Semoga dipanjangkan jodoh dan kekal hingga akhir hayat.. Aminn..

Kad jemputan segera yang disampaikan oleh Diana kepada gwe kat ofis beliau pada khamis lepas.. Terima kasih beb. Ingat lagi ko kat aku ye. Tadi aku pegi ke majlis dengan Amienna Amin, thanx Minna.. Gambar kat bawah ni pun kredit for Minna (walaupun kabor thanx Minna for da pic hehe..)

~ By the way, minggu nih aku sikit busy coz akak aku kawin Ahad nih (jadi driver tersohor, hehee..) so sorry kalau aku tak dapat menjenguk ke teratak kawan-kawan oraitt.. :p

Best Regard,

hysMan

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Fatima..

Aku nak kasi lihat dulu video nih yang aku dapat dari Tukang Cerita, Kak Nurul. Sory kak den baru perasan email ni.. Hehee.
Subhanallah.. Petah sungguh jawapannya. .. :)
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Akhirnya.. Terpaksa..

Mak datokk.. cun giler Mitsubishi Evo yang tersergam indah depan Maxis Center tu. Tak boleh tahan woo. Cun giler siuttt.. Aku kasi parking motor aku tu baik punya chantekk sebelah kereta idamanku itu. Hahaa.. Bagi feel semangat tu penting. Azam mesti gentar beb. Hahaa.. Aku duduk sambil2 ambik tender lap body kereta tu kasi kilat sikit (nasib baik alarm tak berbunyi hehee..) sambil berangan-angan Mat Jenin sekejap laa. Hehe..
Sudah 10minit aku sampai, baru aku sedar sambil mengucap syukur Alhamdulillah yang Maxis Center ni masih membukakan pintunya lagi. Hehee.. Aku masuk dengan langkah kanan sambil buat muka bangga dan terus menuju ke bahagian customer servis. Aku menapak pergi ke kaunter. Seorang wanita 'vogeu in da vase' bertanya padaku, "Boleh saya bantu?". Aku jawab "Cik, kalau broadband rosak kat sini boleh betulkan tak??" (gaya sama macam aku nak betulkan peti ais aritu la hehe..). "Oh boleh cik, encik boleh terussssssssss je jalan ni sammmmmpai paling hujung nanti cik jumpa staff kami dan cakap kat technician kami kat sana" jawabnya. Hahaa.. Yang aku pelik, aku rasa ruang officenya tak ler besar sangat dalam 5 langkah je dari setiap penjuru. Yang staff tadi cakap nada bunyi macam la jauh sangat. Aku toleh belakang dah boleh nampak 2 orang technician kat belakang aku nih haa.. Aku bantai gelak sorang-sorang dah macam orang giler nak terjun bangunan. Hehe.. Aku kira kalau aku bisik pun depa berdua (technician) kat belakang aku tu dah boleh dengar dah. Hahahahahaaa.. Adoiiii... Macam-macam ragam manusia ni laa.
Aku jalan 2 tapak sammmmmmmpai ler kat technician tu (jauh ni wehh hahaa..), sorang technician lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan ni kira sejuk mata memandang (pada aku cun sebab dia bertudung litup hehe poyo!!) dan si lelaki kira nak banding dengan aku memang die ada rupa la. Di sebabkan technician perempuan tu tengah dok sibuk melayan kerenah pelanggan lain, aku bertanya pada technician lelaki kat situ "Maaf encik nak tanya sikit, ni broadband mungkin ada problem la camane ye?". Brader tu buat 'donow' je tak pandang muka aku pun, dia suruh aku duduk dulu dan kononnya dia dok sibuk nak kemas kertas-kertas + kotak-kotak yang berselerak atas mejanya. Aku pun cam biasalah, buat muka seposen lagi. Memang tak ramai pelanggan time tu. Aku duduk punyalah lama dah macam batu belah batu bertangkup adalah dalam 20minit (aku rasa dia buat-buat sibuk kot, ish tak baik la wehhh.. bersangka baik).
Sesaat lepas tu ada seorang awek cun masuk, minah tu tak dan lagi nak duduk terus disambar oleh brader technician lelaki tadi tu. Perghhh!! ni menyebabkan kemarahan orang kampung. Aku rileks je duduk kat tepi sambil menyaksikan lakonan yang mengghairahkan si lelaki yang bergaya nak memikat si perempuan. Sabar je la aku duduk kat sisi dinding konkrit yang keras tu. Dalam 10minit lepas tu, technician seorang lagi perempuan datang dekat denganku, bertanyakan apa masalah aku. Aku jawab dengan nada sedikit sinis merli + senyum sambil menujukan muncungku ke arah technician lelaki tersebut. Cik tu pun memang sudah paham macamana atitude rakan sekerjanya itu. Jadi technician perempuan tadi tu dengan pantas ambil modem aku tadi dan terus memeriksa dengan mengoncangkannya. Alamak!!! Kantoiii, ada bunyi aneh plak dek..dek..dek.. Technician tadi pun tanya "Modem ni pernah jatuh ye bang?" aku jawab "Agaknya la kot". Hehee..
Setelah diperiksa, tanpa soal banyak staff tadi tu terus ganti modem yang BARU (nasib baik die cek masih under warranty lagi). Testing sekejap dan terus masuk kotak, aku dah boleh balik. Adoyaiii.. Aku kira tak sampai 5 minit pun service yang sepatutnya. Tapi aku terpaksa menunggu kat situ lebih dari 40minit dek kerana keranjangan mata saudaraku seagamaku itu tadi. Bukan ape, sekurang-kurangnya bagilah siapa yang datang dulu, diutamakan dahulu. Ini tidak. Betul kata Kak Eiba, aku tak patut suka sangat tadi, sekarang ni pedih hati aku ni wehh.. Hmm.. Nasib baik aku sempoi je, amek kotak modem tu terus keluar.
Bukak je pintu kaca tu, alamak!! dah nak maghrib daa.. Dalam aku nak balik tu aku terperasan plak, banyak betul khemah2 kat depan Maxis Center tu.. Aku jalan-jalan sambil amik angin senja kat tepi Danga Bay ********************************** Balik rumah aku tanya kat kakak aku, apehal kat Danga tu banyak giler khemah, rupanya baru aku tahu Sabtu dan Ahad ni ada JOM.. JOM.. JOM, JOM PEYBOH PEYBOH.. JOM.. JOM.. JOM, JOM PEYBOH PEYBOH.. kat Danga ye?? Tak tahu plak aku.. Memang dok bawah tempurung betul la aku nih.. Hehe..
.
Panjang lagi la ceritanya, bermacam-macam yang aku lalui semasa aku balik dari Danga tersebut tapi terpaksalah aku skip (*********). Sory ye kawan-kawan. Aku ade kerja sikit nak buat. Bukan apa sabtu ni office aku menerima kunjungan tetamu untuk mencapai piawaian ISO 9001 jadi kepala banyak ting tong skit.. Hope semua ok.. Maaf ye.
Esok juga aku kena pergi course NIOSH.. InsyaAllah, minta-minta semoga aku lulus dengan cemerlang.. Aminn..
Ada masa aku sambung lagi.. * semua gambar adalah hiasan semata-mata..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tragedi Teluk..

Jadi bila aku tak jadi ambil cuti, keesokan harinya dengan berani mati ni balik kerja dalam pukul 5.45pm, aku terus bawa motor cepai aku tu ke Teluk Danga kononya nak mencuba nasib la kalau ada rezeki buka lagi la Maxis Main Center kat Danga tu.
Dalam perjalanan ke Danga Bay tu, banyak renovation pada jalan utama jadi jalan yang 3 lane sudah menjadi 1 1/2 lane (memang kecik giler) disebabkan pembikinan 2 fly over baru. Jadi dengan keadaan jalan yang agak sesak macam tu, aku pun tak la bawa laju sangat dalam average 80km/j je (tak laju kan??hehe..).
Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Bila sedang aku asyik tangkap lentok bawak motor tu ada satu ketika, ada sebuah kereta Honda Civic 'tonjol' belakang aku saja bagi aku lampu bling-bling gayanya seperti mengejar masa. Dah la jalan pun macam tu sempit nak laju macamana lagi wehh dengan keadaan jalan yang licin lepas hujan. Aku pun cuba bawa selaju yang boleh sampaikan sikit lagi aku nak eksiden dengan 'punggung' bas.
Kereta tadi makin lama makin dekat dengan motor aku, aku dapat rasa ada la dalam sejengkal bumper dia nak 'cium' dengan 'muggat' motor aku. Aku rasa kalau aku brek emergency skit je ni da mengelongsor ke bawah lori tanah dah dek kena hentam kereta dari belakang (Alhamdulillah aku selamat, sebab situ area construction, banyak lori tanah keluar masuk). Tak ada sikap prihatin betul baii mamat tu (marah ni wehh). Aku pun buat dang terus press minyak kalau boleh nak elak ke tepi la motor kan beroda 2, gesel sikit aku juga yang parah (think positive cheewahh..) tapi keadaan tak mengizinkan sebab banyak kereta berhempet-hempet. Tak dan lepas tu aku secara tak sengaja terpandang plat kereta tu melalui side miror motor buruk aku tu, oh... SGF76XXX, kereta empunya Singaporean rupanya. Dalam hati aku cakap, "Apa hal dengan mamat nih tak puas ati pe?? atau nak cari gaduh dengan tyco Kg. Dusun nih??". Aku cool selamba je.. (poyo woo)..
Dalam masa aku dapat tahu tu, aku bawa slow la motor tu bukan apa aku dapat rasa itu bukan kes emercency disebabkan aku intai kat cermin kecik aku tu yang si 'driver'nya gelak sakan dengan aweknya barangkali saja nak psyco tunjuk 'X' kat bandaraya ni. Dah lama pada tu, mamat tu tensyen + geram sebab terpaksa ekor di belakang aku. Mamat tu sempat kasi lampu tinggi, dia cilok kiri aku pergi la blah kiri, saja.. Bila dia masuk balik lane kanan, baru aku nak cilok kanan masa tu la ada seorang lagi brader Johorean naik Honda Civic 2.0 hitam JLJ52XX kasi kejar sama itu Honda Civic Singaporean tu tadi. (Memang smart ar brader tu, dekat giler brader tu follow). Dah macam Impak Maksima woo aku tengok. Seronok beb. Hehehe.. Jangan meniru aksi ini ye. Brader tu balas balik ape yang Singaporean tu buat kat aku tadi. Rasanya brader tu nampak aksi drama aku tadi kot. Hahahaa..
Akhirnya Singaporean tu mengaku kalah beralah masuk ke lane kiri. Hehe.. Brader Johorean tadi tu dah hilang pecut entah ke mana. Dalam hati, gelak gembira melihat ke'bengang'gan warga Temasik tersebut. Yang bestnya, ketika satu masa di traffic light, aku sempat berhenti di sebelah kereta Singaporean tadi, aku pun hon dan sempat mengangkat kening tanda 'kekalahan' yang bermaruah atas kekurangan ajar di atas jalan raya. Mamat tu tak pandang aku pun. Buat tak tahu je. Mungkin malu kot. Hahahaaa. Bangganya aku. Kalau aku ada kamera, aku dah snap gambar mimik muka bermuncung merah beliau. Aweknya lagi la, terus pakai cap Nike (cantik juga cap Nike yg dipakai olehnya hehe..). Aku tinggalkan mereka dengan pantas.. Pengggggggggg!!!!
Aku pun meneruskan perjalanan ke Maxis Center Teluk Danga dengan perasaan yang sungguh gembira. Hahaa.. Setibannya di sana, mak datokkkk...
.
Cun woo.. Ape yang cun?? Ade keje skit ni, nanti ler aku sambung lagi..
.
Pengajaran: Bawalah kenderaan anda dengan berhemah dan ikut undang-undang jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.. Sezarah kelalaian anda, mungkin akan menyebabkan kelayangan satu nyawa..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Alkisahnya..

Rasanya macam sudah lama juga aku tak update blog aku ni yer.. Hahaha.. Apa korang kisah iye dak?? Hahahaa.. Bukan ape geng, broadband aku ni ada masalah 'kesihatan' sikit sejak dua menjak ni. Start dari hari sabtu lepas da mula buat perangai, jadi aku pun tanpa perasaan belas kasihan telah pun menghempasnya ke bumi. Hohohoo!! Tapi akhirnya aku juga yang terpaksa hantarnya ke 'hospital' untuk merawatnya. Fikirkan kesian kat 'dia'.. Hehe.. (masa buat tak pikir plak). Nyesal wehh!!!
Jadi Isnin lepas aku pergi Maxis Center kat area office aku, kononnya nak mintak 'technician'nya betulkan modem aku tu. Aku tiba dalam pukul 5.40pm sejurus balik kerja. Aku pun masuklah ke bahagian Customer Service, jejak je kaki semua senyap merenungku. Aku berfikir sejenak, berkata dalam hati "Aku pakai baju terbalik ker??" aku tengok ok je. Aku pun buat selamba badak je la duduk kat kaunter tanya kat awek kaunter tu, "Cik, kalau broadband rosak kat sini boleh betulkan tak??" (gaya macam nak betulkan peti ais) tanya aku dengan nada yang sopan. Tak pasal-pasal awek kat kaunter tu jeling aku. Perghhh!! Aku tanya baik-baik boleh pulak dia buat muka, aku pun buat muka sposen saja la. Malas nak kusutkan kepala aku yang dah kusut nih. Setelah lama menunggu akhirnya awek tu menjawab "Kat sini sekarang tak ada technician la bang. Kalau u nak cepat u boleh pergi ke Maxis Center kat Danga Bay or kat Taman Molek. Tapi sekarang nih da tutup office hour sampai kol 5 je".
Mak aiiii, pehal hang tak cakap awal-awal kan senang. Takkan nak cakap macam tu je kena tunggu lama. Apalah punya service. Hmm.. Tapi bilanya pulak ye aku nak pergi ke sana aku balik dah pukul 5.30pm lagipun banyak kerja ni wehh (cheewahh!!).. Dengan keadaan hujan lebat aku redah balik rumah sambil berfikir aku nak cuti ke tak hanya kerana sebiji modem broadband yg tak bernyawa. Dalam hati aku terdetik tak payah la bro, sayang cuti beb. Baik cuti tu aku buat pergi 'honeymoon'. Wakakakkaa.. Jadi... .
Macamane ni wehh!! Ceritanya sambung la nanti..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Penemuan Menarik Berkenaan Babi..

Edisi Jumaat..
.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.
Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Beware!! Do Not Eat This‏..

Seafood lovers, be careful. These creatures are actually NOT Lobsters. Please read on...
.
Please be alert of this food item... It may infect your lung.
Do not eat these mini lobsters.
These mini crustaceans are literally the garbage cleaners in the sewage treatment plants .
The 'dirtier' the water, the fatter these mini lobsters become.
Their lungs are full of worms and their flesh saturated with poisonous metals.
Unscrupulous merchants somehow found a way to get these marketed to eateries.
Do not order this dish. Pass this on to those friends who may w ant to try these mini 'lobsters'. Let us all be careful!
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kemusykilan Arah Kiblat..

Entry ni aku buat disebabkan ada kemusykilan sikit pasal menentukan arah qiblat kat tempat kerja aku ni..
.
Rata-rata kini dapat kita lihat pelbagai percanggahan dan pertikaian berkenaan isu penetapan dan penentuan arah kiblat di negara kita. Pelbagai usul dan hujah diutarakan demi mencapai satu kata putus yang sering tidak kesampaian di antara ahli falak mahupun ahli astronomi. Seiring dengan kemajuan dan perkembangan zaman yang lebih berteknologi dan berinteraktif, manusia kini lebih berpegang teguh dengan keupayaan teknologi berkomputer untuk dijadikan tempat rujukan atau penyelesaian sesuatu perkara termasuklah dalam penentuan dan penetapan arah kiblat.
Namun begitu, kemampuan, keupayaan dan pandangan ahli fekah adalah amat tidak patut diketepikan begitu sahaja. Jika dapat kita renungkan semula terjemahan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 149 dan 150 yang bermaksud:
"Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, sesungguhnya ketentuan itu benar2 sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan"(149)."Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, dan dari mana saja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia ke atas kamu kecuali orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Dan agar Ku sempurnakan nikmat Ku ke atasmu dan supaya kamu mendapat petunjuk."(150)
Sememangnya kita perlu mendapatkan arah menghadap kiblat dengan setepat yang mungkin, namun ia tertakluk di atas usaha kita dalam menentukan arah tersebut. Biarpun ketepatan yang kita yakini hingga dalam bacaan saat, jika sedikit sahaja tikar sembahyang kita berubah, maka beratus kilometer kiblat kita akan tersasar. Dan kita perlu fahami sedalam-dalamnya apa yang dituntut di dalam ayat di atas tadi. Selagi mana ianya diistilahkan diHADAPAN kita, maka kita tidak perlu berbalah atas satu isu yang tidak ada kesudahannya ini.Pelbagai usaha yang kita laksanakan dalam memastikan kejituan ketepatan arah kiblat kita, namun seperkara yang harus kita ingat, bahawa "Sesungguhnya Agama Islam itu mudah."
Wallahua'lam...
. Oraitt.. Untuk rakan-rakan se'office'ku sekalian.. Chewahh poyo pula rasanya, Hehee!! Saja aku nak kongsi sikit. Jangan marah woo.. Kat bawah ni adalah plan view office kita. So line yang berwarna merah adalah arah qiblat sebenar iaitu arah ke Masjidilharam. So, from our office it's not truely straight.. Ade skit (sikit ke) senget ke kanan. Kita zoom skit.. Taraa..!!! Kalau nak ikut dari rumah aku, memang 100% arah qiblatnya tegak.. Kerana pembinaanya follow rotation surau sebelah rumah.. Jadi rumah aku tak boleh dijadikan panduan qiblat walaupun rumah aku berdekatan dgn office kerana laut memisahkan kita.. Hehe..
For our information only.. Thanx guys.. :)
Bagi anda yang ingin melihat arah qiblat di kawasan tempat anda klik sini..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Leptospirosis..

Sejenis Jangkitan Penyakit Yang Terbaru - Lep-to-spy-RO-sis
Pengenalan Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).
.
AL-FATIHAH
Ia berlaku begitu pantas, pergi ke klinik 8/April, diagnosi sangkaan demam biasa. 4 hari kemudian pada 12/April pergi ke hospital apabila mula sukar bernafas. Tahan wad selama 12jam, apabila keadaan tambah kritikal di pindah ke unit rawatan rapi (ICU) selepas 20jam Allah telah menjemput beliau.
Muhammad Muadz Md Akhir (28/10/1992 - 14/04/2009) MRSM TAIPING – FORM 5 .
Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab. .
Tanda dan Gejala Gejala:
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit (50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Tanda dan ujian makmal:
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari. .
Harapan (Expectations)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
.
Komplikasi:
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang.
.
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah. .
Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
.
p/s: Thanx to Kak Anne for sharing dis info. Btw, rumah sapa yang ada tikus tu elok benor ler bela kucing.. bela kucing yg cute2.. Huhu..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Awas Kicap Eliza..

Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun sukaaaaaaa masak kicap..
Betul ke?????? Orang Perak tolong periksa!!! Kicap Eliza. Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org..
Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3, Jalan .Jelapang, Ipoh. Setahu Saya di Batu 3, Jalan Jelapang cuma ada kilang kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic light).
Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar... dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap. Ermmmm, saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun tak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (Ahad).
Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam... seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yang warna hijau tau, bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam).
Untuk maklumat kawan2, setelah diselidiki dan dipantau... Kicap yang disebutkan itu sememanglah benar, dipunyai oleh seorang taukey cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap adalah orang melayu, jadi itu adalah strategi mereka. Oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut.. Semoga apa yang dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih. Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di Akhirat nanti. Wallahualam..
.
.
JAWAPAN PIHAK JAKIM:
Saya merasa terpanggil untuk menyiasat setelah membaca email kesangsian mengenai Kicap Jenama Eliza. Saya tinggal berdekatan dengan kawasan ini, Meru Valley. Ini adalah maklumat saya:
Jenama ELIZA Kilang kicap Weng Lee ini adalah diusahakan oleh Keluarga Cina, dan perkerja2 nya adalah dua orang makcik India. Secara kebetulan , ada kenalan saya yang telah tinggal di Taman Meru ,hanya 50meter dari Kilang itu , menceritakan sejarah wujudnya perniagaan Eliza itu. Seorang pakcik ketika dalam tahun 1985-87 berasal dari Kelantan tinggal berhadapan dengan rumah dia, selalu beli barang dari Thailand dan perniagakan ke sini. Dia membela seorang cucu bernama Eliza (8 tahun ketika itu). Nama jenama itu diambil sempena nama Cucu dia.
Atas perancangan dengan taukeh2 cina ini (adik beradik,family bisniz), Memang wujud pengusaha bumiputera dalam kilang itu dan jenama Eliza hanya untuk strategi pemasaran. tapi kilang itu juga mengeluarkan jenama lain. Menurut kata jirannya , pakcik tu dah lama tak datang sini lebih 10 tahun (sejak 1995) , malah rumah dia dah diduduki oleh keluarga lain. Budak yang nama Eliza tu pun dah besar dah pun dan bekerja di KL.
Pakcik tu terkenal sebagai perdagang barang2 Siam awal 80-an dan kontraktor binaan kecil-kecilan buat selengaraan sekolah ugama satu masa dulu. Penduduk Taman Meru memang tahu pakcik tu ada kilang tu tapi tak tahu pada mulanya dijalankan oleh taukeh2 Cina ni. Di Perak sendiri kicap ini tidak mendapat sambutan mengikut penduduk di sana (mungkin kerana mereka tahu siapa pembuatnya).
Buat masa ini kicap2 ini banyak dipasarkan di Pantai Timur, khabarnya ada kontrak. Bagi sapa2 nak tahu lebih lanjut tentang kilang ini, ianya terletak di antara Jelapang dengan Meru, Ipoh. Ada simpang permulaan yang nak pergi ke Lumut jalan raya baru. Bagi mereka yang datang dari KL , susur keluar sebelum Tol Jelapang masuk kiri akan melalui 4 traffik light sebelum sampai simpang ke highway Lumut. 2.3km dari tol Jelapang.
Kesimpulan pemerhatian saya, kilang ini mempunyai kicap Jenama Eliza hanya untuk mencapai pengguna Muslim atas nama Pengguna Islam. Kilang ini tidak mengutamakan kebersihan, malah salah satu gambar yang saya (104-0455) ambil melalui rumah pemilik bengkel itu kelihatan kicap2 disimpan dalan bekas plastic macam tong 5 liter ubat-ubatan.
Dari segi perdagangan ianya tidak salah tapi dari segi kesucian saya harap ada pihak lain yang akan menyiasat. Kalau saya, saya tidak akan gunakan jenama ini. Ketika saya ambil gambar ini saya telah diperhatikan oleh pekerja2 disana, dan saya tak nak teruskan khuatir dikejar oleh mereka.
Bagi sapa2 yang pernah membawa usul ini di dalam email ini, saya ucapkan syukur kerana perihatin pemakanan yang kita makan, agar anak cucu kita tidak tercemar dengan unsur2 yang tidak bersih dari pembuatannya. Demi kebaikan pengguna Islam. Wallahualam.
.
Gunalah Kicap Kipas Udang.. Sodapp!!! Dolu2 aku penah beraya kat umah tokey Kicap Kipas Udang ni, beso giler umahnya, baek plak tu orgnya.. Aku rasa kat kampong aku tu uma die antara rumah paling mewah selain pemilik Mutiara Motor empunya suami Juliana Banos.. Hehe..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Selamat Hari Guru 2009..

Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri
Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru muqaddam
Terima kasih guru tadika
Terima kasih cikgu sekolah
Terima kasih pensyarah
Terima kasih guru sejati
.
Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini
Terima kasih cikgu,
SELAMAT HARI GURU..
Guru Pembina Negara Bangsa
~Kepada Kak Lin dan Kak Nurul, Selamat Hari Guru kepada kamu berdua..
.
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
.
sila download di sini: Muzik & Vokal & versi Minus One
.
. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
. Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
. sila download di sini: Muzik & Vokal & versi Minus One
.
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Konvokesyen ke-11 PJB..

Assalammualaikum pembuka bicara..
Stadium Perbadanan Pasir Gudang, 14/5/2009 - adalah tempat dan tarikh konvokesyen aku lepas 3 tahun aku belajar, lepas 3 tahun aku tension, lepas 3 tahun aku mengadap buku yang tak berape nak best, lepas 3 tahun aku berhadapan dengan masalah perhubungan sosial dan korupsi orang2 besar serta macam-macam lagi!! Dah nama pun belajar, perlulah berkorban sedikit bagi menjamin masa depan bukan untuk diri orang lain, tapi untuk diri aku juga. Jadi hari ini adalah hari untuk aku menghadiri hari penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Johor Bahru setelah setahun aku meninggalkan institusi pengajian tersebut. Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar tadi.
Beberapa hari yang lepas, aku terlalu sibuk untuk menyediakan pelengkapan sempena meraikan hari tersebut (kerja last minute memang style aku hehe..) termasuk juga keluar hang out dengan member2 rapat setelah sekian lama tak berjumpa. Bukan apa, pada mulanya aku tidak merancang untuk pergi ke majlis tersebut (tanpa sebab). Tapi setelah dipujuk oleh rakan-rakanku semua, aku melayankanlah juga untuk turut berkonvo. Jadi minta maaf sekiranya aku terlepas untuk meninggalkan komen dalam blog korang semua dalam beberapa hari ni.
InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan cuba cari masa untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang yang sama, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pula walaupun belajar jarak jauh sekalipun. Tapi bukan sekarang (duit tak cukup lagi hehe..).
Hari ini juga aku terima Pingat Anugerah ketua jabatan (same mcm dekan ler). Alhamdulillah.. Berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan selama 3 tahun nih. Walaupun hari ini aku datang berseorangan tanpa ditemani oleh kaum keluarga, tapi aku perlu bergembira dan meraikan kejayaan aku sendiri bersama sahabat handai sekelilingku. Aku syukur.
Walaupon orang kata graduan politeknik takde standard, aku tak kisah.. Yang penting bebudak macam kami nih (50% teori & 50% kemahiran) boleh pegang Spanar 70, biasa bermain dengan minyak hitam, bisa menjadi mekanik jalanan, berjemur atas kren di bawah terik matahari, boleh mengendalikan lathe & milling machine, welding n CNC kalau nak dibandingkan dgn graduan lain yang hanya pandai mengarah dan duduk dalam opis berhawa dingin tanpa memikirkan perasaan orang lain yang berada di bawah..
Bukan melepaskan geram tapi saja mengikut pengalaman org lain yg bercerita kepadaku. Hehe..

Semua geng2 & lecturer yang aku jumpa cakap aku da gemokk.. Muka tembam.. Adoiii.. Ni kena lari 5 round setiap hari..

.

Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ejah..

Tersentuh hati membaca cerita ini semoga cerita ini memberi kita panduan/pedoman bagaimana utk kita menjadi org yg bertanggungjawab dlm mendidik anak.. memarahi , memukul tak salah tapi jgnlah sampai mengakibatkan kecederaan mental fizikal yg boleh membawa maut menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada gunanya...
.
Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.
"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya "Tak naklah. Kita penat," jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. "Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh jek," pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok jek," jawabnya lagi. Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.
"Ejah!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. " Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah. "Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan. "Abis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. "Yang berdiri terkebil tu kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya. Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya.
Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.
Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia ke sekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. "Ejah! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. "Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menuju ke bilik darjah. "Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? tanyanya ragu-ragu." Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik.
Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. "Marilah makan dulu Ejah. Lepas makan baru belajar" pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. "Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat," kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu. "Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam" usik ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.
Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya ditahan. Malulah kalau menangis de depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejah menerangkan kepada Ani beberapa masalah matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya.
Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!!
"Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai tak terurus". "Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh. "Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja," nenek cuba memujuk ayah. "Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan. "Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?" "Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, " jerkah ayah. "Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,".
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, "Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn "Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat. "Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek. Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut "Kau ke mana ha Ejah?" herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. "Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya. "Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah. "Ejah, pegi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya. "Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu. Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. "Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. "Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. "Orang pergi rumah Ani," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. "Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. "Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking ayah sambil menarik rambut Ejah. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. "E..ejah, Ejah pegi belajar kat rumah Ani," jawabnya tersedu-sedu. "Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah.. Ayah tidak berhenti di situ. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.
Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.
Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. "Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk. "Tidur lagi!" jerkah ayah. "Ee..ejah rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. "Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri. "pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi dikuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.
"Nurfaizah," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. "Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah. "Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham kenapa ayah dan nenek sedih. "Kenapa semuaorang sedih," tanya Ejah dengan kepayahan. Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama," Ejah bersuara perlahan. "Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya... Insan kecil bernama EJAH...
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Lelaki atau Perempuan yang Lebih Suka Mengumpat??

Alasan-alasan seperti - untuk menjadikan iktibar, untuk melepaskan tension, untuk membuatkan semua orang peka dgn hal jiran tetangga atau rakan seofis, untuk mengukuhkan pepatah ‘jaga tepi kain orang’ dan juga sekadar mengisi masa lapang.
.
Apa alasan sekalipun aku tak nampak kebagusannya aktiviti mengumpat.
Lumrah kejadian manusia akan rasa seronok bila tengok orang lain ada sifat yang lagi buruk dari kita. Benda ni akan membuatkan kita nampak baik (kononnya), bagus dan berada di status yg lebih tinggi. So, untuk mencapai status tu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. With the intention of making we look damn good. Jadi sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakan diri mereka bagus. (takleh pakai punya orang)
Ada ura2 mengatakan kaum hawa yg sinonim dengan hal umpat-mengumpat nih. Hehe.. Mungkin kaum ibu bercerita pasal rumah tangga jiran mereka yang porak peranda atau pape ler.. Tett!!
Orang lelaki pun kadang2 gila mengumpat juga. Cuma topic sahaja yang lain. Orang lelaki pula akan bercerita pasal kebodohan rakan depa membeli kereta yang buruk atau pasal teman mereka yang dipermainkan oleh kekasih. Kita pusing belah manapun, ianya masih dikirakan mengumpat. Hahaa.. Input yang aku nak sampaikan JANGAN MENGUMPAT..
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Actually aku terbaca satu forum, itu pasal tercetusnya entry nih. Tekan punya tekan kelua tajuk nih. banyak2 komen semua cakap Perempuan yg ranking prihal bab2 umpat-mengumpat nih. Aku petik skit ;
"Of coz la perempuan!!! mmg hobi dan makanan dia...lelaki ni apala sgt... jarang yg suka mengumpat.. sebab lelaki ni suka mengata depan² nyer..lain la cam pompuan.. nak kata depan takut.. cakapla belakang²..heran sunguh aku.. member² sendiri pun nak ngumpat.. ishk..ishk..ishk.."
"aku setuju gak dgn hang hehehee...yerlah lagi pn diorang nie sebenarnya nk ckap depan2..knonnya nk jaga hati...bile kat belaknga...fuuuuhhhh dahsyat...mngumpat nyeerrrrr ntahlah.... apapn...ngumpat nie elok kan btul xx...kang nti kat pdg mahsyar mlut nie akan citer kebaikan keburukan apayg kite umpit kan tuuu btul x..."
"mengumpat-bg aku due2 same je.tp kene tau bezekan laa.kadang2 mengumpat nih utk bgtau ape yg org lain tatau pasal one particular person.kadang2 utk safety tp jgn sampai memfitnah plak.tuh dah lain"
"tul tu....depan2 pijak semut tak mati...bajet cam baik la kunun...belakang...ngumpat kite....canang cerita satu malaya....kununnya cite yg diumpat tu mengalahkan masalah dunia...lolpada aku tak kesah org tu pelik, huru hara, gile ke hapa atau camner...tp aku tak sker org yg sker mengata org....sbb aku pun takde nak ngumpat pasal org lain...itu hal meke, biar la...takde hak nak masuk campurkeyrol: betul beb kita lelaki takde simpan dalam ati...semua kasi ckp dedepan...sock: tu la citer bab ngumpat ni kekadang lebih pada tokok tambah..."
"laki kutuk2 depan, pompuan kutuk2 blakang.. tp ada jer laki kutuk2 belakang mengalahkan pompuan.. depan kita pijak semut tarak mati woo"
.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua..
Takde apa2.. Saje utk renung2kan bersama.. :)
Barangkali seorang 'Penukang' tersedak. Uhukk.. :p..
Ni sama maksud dgn GHIBAH right?? So hukumnya sama kot..
.
**********************************************************
Sebelom aku terlambat, hari ni hari jadi opismate aku Fila, Happy Birthday geng..
~ Konyang den makan piza.. TQVM boss!!
**********************************************************
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Pemuda dan Paku..

Repost..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan aku sekiranya kata2 aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati korang suma."
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ibuku Seorang Pembohong..

Renungan kita bersama..
*****************************************************************
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja dirumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyumanbiarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
*****************************************************************.
Buatmu Ibu..
Ibu..
Bergenang airmataku, Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan, Bagaikan laut yang tak bertepian..
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan, Tidak pun kau merasa jemu, Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu, Dari kecil hingga dewasa.. Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban, Tak dapat ku balasi,
Akan semua ini, Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..
Ibu..
kau ampunilah dosaku, Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan, Kerana di situ letak syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran, Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.. Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan..
Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku, Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku, Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana.. Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia.. Terutama sekali kepada ibu aku, Hajah Rokiah kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan kakak2 aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang ni.. Kaulah permata hatiku.. Love u mak.. "Duhai apakah gerangan budi balasan.. Bagi insan melahirkan dan membesarkan.. Tiada bahagia jika tiada doa puja restu.. Syurga itu ditelapak kaki ibu" - hysMan..
. .
SELAMAT HARI IBU..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK